Surah Al Ikhlas
PERKATAAN HARI INI
وَلَدَ = beranak , melahirkan
Diulang 102 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
Mukadimah
Surah Al Ikhlas, surah ke seratus dua belas dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah.
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah Al Ikhlas termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah SWT mengajarkan dalam surah ini siapakah tuhan yang layak disembah oleh Nabi Muhammad s.a.w yang ditegaskan dalam dalam Surah Al Kafirun, namun tidak dinyatakan . Oleh itu Surah Al Ikhlas menjelaskan Allah SWT tuhan yang layak disembah itu. Ia juga membersihkan nama Allah SWT dari tempelan jahiliah yang dilakukan oleh musyrik Mekah yang mengaku dan menggunakan nama Allah dalam keyakinan mereka. Oleh itu dapat kita perhatikan ar Rasul s.a.w selalu mengandingkan membaca dua surah ini dalam solat sunat , begitu juga oleh para sahabat yang mencontohi baginda.
Surah Al Ikhlas dinamakan begitu walau tiada satu perkataan ikhlas di dalamnya. Ikhlas itu wujud dalam intipati pegangan tauhid yang dinyatakan, maka layaklah ia dikatakan mengandungi sepertiga dari isi Al Quran. Salah satu nama lain surah ini adalah Surah Al Ma'rifah (Mengenal secara mendalam dan yakin). Makna surah ini amat hebat sehingga ar Rasul s.a.w mencintai surah ini, begitu juga para sahabat baginda. Mereka selalu membaca surah ini dalam solat fardhu dan sunat.
Surah Al Ikhlas disusun dalam al Quran selepas Surah Al Masad yang diturunkan tatkala ar Rasul s.a.w menerima tekanan yang hebat dalam menyebarkan dakwah . Maka pengajaran dari kaitan antara Surah Al Ikhlas dengan Surah Al Masad adalah agar kita tidak terkesan dengan konflik dan perbezaan pendapat dan pandangan.
Surah Al Ikhlas di katakan mewakili satu pertiga dari al Quran, di mana ia mengandungi pokok asas akidah.
Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima iman dan amal yang terhasil dengan kesedaran ini . Moga amal persiapan yang kita dilakukan khas untuk bekalan hari kematian dan hari kiamat iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan itu diterima Allah SWT sebagai amal kebaikan.
RESOLUSI
1. Bersikap lemah lembut dan tegas dalam menegakkan kebenaran (1-2)
2. Beribadah kepada Allah SWT dengan cara yang disenangi dan diredaiNya. (4-5)
3. Tidak mengikuti panduan agama sebagai jalan kehidupan. (6)
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman , beribadah, menyembah dan mengabdikan diri hanya kepad Allah SWT mengikuti apa yang Engkau suka dan apa yang Engkau redhai.
Saya jelas untuk menggunakan bahasa dan pendekatan yang betul seperti yang diajarkan Allah SWT dalam menyebar dan membela Islam.
Saya jelas, hanya panduan agama Islam yang boleh saya gunakan dalam kehidupan.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. Dan semuanya itu hanya boleh dicapai dengan taat hanya kepada Allah SWT.
Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang istiqomah bertaqwa dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran juga menjaga nikmat keamanan sosial, keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan .
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga. Hidupkan kami dalam iman, dan matikan kami dalam iman.
Ya Allah, kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah Al Falaq
PERKATAAN HARI INI
حَسَدَ = dengki , irihati
Diulang 5 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
Mukadimah
Surah Al Falaq, surah ke seratus tiga belas dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah.
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah Al Falaq termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah SWT mengajarkan dalam surah ini siapakah tuhan yang layak disembah dan diminta perlindungan dari segala kejahatan makhluk ciptaanNya dalam menjalani kehidupan seharian di dunia ini. Surah Al Falaq digandingkan dengan surah selepasnya iaitu Surah An Nas sebagai gandingan surah untuk memohon pertolongan yang dikenali sebagai dua surah pertolongan, al Mu'awwizatain.
Surah Al Falaq disusun dalam al Quran selepas Surah Al Ikhlas yang menyatakan untuk kita meminta pertolongan hanya pada Allah SWT. Surah Al Falaq menyatakan untuk kita meminta perlindungan dari segala kejahatan luaran kita, segala kejahatan makhluk ciptaanNya hanya kepada Allah SWT.
Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima iman dan amal yang terhasil dengan kesedaran ini . Moga amal persiapan yang kita dilakukan khas untuk bekalan hari kematian dan hari kiamat iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan itu diterima Allah SWT sebagai amal kebaikan.
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ ١
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ٢
Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ ٤
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya
Pengajaran
1. Allah SWT mengajar ar Rasul s.a.w dan umatnya bahawa apabila sesuatu ayat atau surah dimulakan dengan perkataan قُلْ maka hendaklah kita memberi perhatian akan arahan selepas perkataan itu untuk tindakan kita sendiri dan hendaklah kita menyampaikan kepada orang lain akan arahan tersebut.
2. Kita hidup bermasyarakat , oleh itu gangguan dan ujian dari luar diri kita iaitu masyarakat sekeliling atau dari mereka yang rapat dengan kita dalam kita meguruskan kehidupan mungkin wujud . Allah SWT mengajarkan supaya kita mohon perlindungan dari Allah SWT رَبِّ sahaja yang mengusai falak ( fajar ) bagi menguruskan ujian dan cabaran tersebut . رَبِّ , tuhan ini bersifat mencipta, memiliki dan mentadbir. Maka serahkan urusan membalas tindakan atau menjawab tohmahan mereka itu kepada Allah SWT. Elak diri dari mengambil tugas Allah SWT.
3. Biasakan diri menyatakan kelemahan diri kepada Allah SWT ketika berdoa, dengan itu akidah kita akan lebih mantap dan pengharapan kita akan bulat hanya kepada Allah SWT. Ya Allah , Engkau yang mencipta, memiliki dan mentadbir seluruh alam. Bantulah aku menguruskan kehidupan ku ini dengan permasalahan yang ini....Tiada daya dan kekuatan ku melainkan dengan mohon perlindungan ,petunjuk dan pertolongan Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau ciptakan. Amin.
4. Allah SWT juga memaklumkan kepada kita bahawa setiap sesuatu yang Allah SWT ciptakan itu ada kepada kebaikan dan keburukan pada dan dalam kehidupan manusia. Manusia perlu tahu menguruskan diri mereka dan menggunakan segala sesuatu yang disediakan oleh Allah SWT itu sebaiknya dan sekadarnya. Cth buah-buahan. Buah-buahan adalah makanan sehat. Namun pengambilan berlebihan dan pengambilan di waktu yang salah boleh menyebabkan meningkatnya gula dalam darah, tidak baik bagi pengidap diebetik. Tidur itu dijadikan Allah SWT sebagai masa untuk merehatkan badan, namun tidor yang berlebihan dan pada waktu yang salah juga tidak bagus pada tubuh manusia. Maka kita perlu membuat keputusan menggunakan ilmu agama dan ilmu kehidupan supaya kita selamat dunia dan akhirat.
5. Malam Allah SWT ciptakan untuk manusia berehat dari kesibukan dunia di siang hari dan kembali kepadaNya, menambahkan iman dan hampirkan diri padaNya di separuh malam . Namun ada manusia yang menjadikan malam sebagai waktu melakukan maksiat ,dan onar seperti sihir. Tiada daya dan kekuatan kami melainkan dengan mohon perlindungan ,petunjuk dan pertolongan Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau ciptakan dan mereka yang hasad dengki dan mereka yang beramal jahat dengan sihir.. Amin.
6. Kita makhluk Allah SWT yang hidup bermasyarakat . Tidak dapat tidak kita bergaul dengan berbagai jenis manusia termasuk mereka yang mempunyai penyakit hati cth mereka yang hasad dengki apa bila dengki kesehingga mereka lupa Allah SWT dan melakukan syirik dengan menggunakan sihir dalam menuruti hawa nafsu dan syaitan yang bersarang dalam jiwa mereka. Tiada daya dan kekuatan kita melainkan dengan mohon perlindungan ,petunjuk dan pertolongan Allah SWT dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan dan mereka yang hasad dengki dan mereka yang beramal jahat dengan sihir.. Amin.
7. Indahnya ayat al Quran yang penuh mukjizat dari Allah SWT, dimana setiap perkataan dipilih dengan penuh erti. Dalam ayat ke lima perkataan حَسَدَ .tanpa ada ٱلْ maka bererti tidak semua hasad itu buruk. Hasad yang keji itu adalah hasad yang membawa penghasad melakukan dosa seterusnya , contoh melakukan sihir, menyebarkan fitnah dan sebagainya terhadap orang dihasadkan. Hasad yang baik pula adalah hasad yang menghasilkan tindakan penambahbaikan kepada diri yang mempunyai hasad, seperti berusaha menambah ilmu membaca al Quran supaya bacaan al Quran, atau berusaha menambah sumber pendapatan supaya dapat memiliki kenderaan yang setara atau lebih baik dari orang yang dihasadkan .
8. Sentiasa kita mengamalkan bacaan Surah Al Falaq pagi dan petang supaya dapat perlindungan yang dijanjikan Allah SWT dari segala kejahatan makluk ciptaanNya dan kejahatan manusia yang dengki apabila dia dengki.
RESOLUSI
1. Sentiasa mohon perlindungan Allah SWT dari segala kejahatan zahir dan batin (1-2)
2. Jauhi amalan syirik yang menyesatkan dan menjatuhkan akidah manusia. (4)
3. Jauhi iri hati dan sifat dengki yang merosakkan akhlak dan hati manusia. (5)
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman , beribadah, menyembah dan mengabdikan diri hanya kepad Allah SWT mengikuti apa yang Engkau suka dan apa yang Engkau redhai.
Saya jelas, hanya panduan agama Islam yang boleh saya gunakan dalam kehidupan.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. Dan semuanya itu hanya boleh dicapai dengan taat hanya kepada Allah SWT.
Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang istiqomah bertaqwa dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran juga menjaga nikmat keamanan sosial, keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan .
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah ,Tiada daya dan kekuatan ku melainkan dengan mohon perlindungan ,petunjuk dan pertolongan Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau ciptakan, dari mereka yang hasad dengki apabila mereka dengki dan dari mereka yang beramal jahat dengan sihir.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga. Hidupkan kami dalam iman, dan matikan kami dalam iman.
Ya Allah, kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.
Surah An Nas
PERKATAAN HARI INI
عَاذَ = berlindung
Diulang 17 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
Mukadimah
Surah An Nas , surah ke seratus empat belas dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Majoriti ulamak berpendapat surah ini diturunkan di Mekah dan surah Makiyyah berdasarkan struktur ayatnya. Namun ada juga ulamak yang berpendapat Surah An Nas adalah diturunkan di Madinah. Dari tiga puluh enam surah dalam Juz tiga puluh ini hanya Surah An Nasr yang dikategorikan Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah.
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah An Nas termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah SWT mengajarkan dalam surah ini siapakah tuhan yang layak disembah dan diminta perlindungan oleh manusia dari segala kejahatan syaitan ,makhluk ciptaanNya yang kita manusia tidak nampak.
Surah An Nas disusun sebagai surah terakhir dalam al Quran selepas Surah Al Falaq . yang diturunkan tatkala ar Rasul s.a.w menerima tekanan yang hebat dalam menyebarkan dakwah . Maka pengajaran dari kaitan antara Surah An Nas dengan Surah Al Falaq adalah agar kita manusia mohon perlindungan kepada Allah SWT. Surah Al Falaq untuk memohon perlindungaan dari hasad yang mencentuskan tindakan tidak berakhlak. Surah An Nas pula untuk kita mohon perindungan dari kejahatan makhluk yang paling hasad iaitu iblis laknatullah yang membisikkan keraguan dalam hati manusia sehingga menyebabkan manusia itu ragu-ragu pada jiwa dan imannya.
Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima iman dan amal yang terhasil dengan kesedaran ini . Moga amal persiapan yang kita dilakukan khas untuk bekalan hari kematian dan hari kiamat iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan itu diterima Allah SWT sebagai amal kebaikan.
Pengajaran
1. Allah SWT mengajar ar Rasul s.a.w dan umatnya bahawa apabila sesuatu ayat atau surah dimulakan dengan perkataan قُلْ maka hendaklah kita memberi perhatian akan arahan selepas perkataan itu untuk tindakan kita sendiri dan hendaklah kita menyampaikan kepada orang lain akan arahan tersebut.
2. Allah SWT menyebut perkataan ٱلنَّاسِ , dalam lima dari enam ayat dalam surah ini. Maka kita manusia mesti beri tambah perhatian selain dari sebab surah ini dimulai dengan perkataan قُلْ.
3. Allah SWT memberi penekanan arahannya supaya kita mohon perlindungan أَعُوذُ. kepadaNya iaitu رَبّ (mencipta, menguasai, mentadbir ) tuhan manusia dengan perkataan رَبّ yang merangkumi erti yang sebegitu. Kemudian kepada مَلِكِ raja manusia , Kemudian kepada إِلَـٰهِ sembahan manusia . Maka hendaklah kita bersegera dan sentiasa memohon perlindungan kepadaNya , Allah SWT dari kejahatan yang memakhluk yang membisikkan keraguan kepada manusia, yang terdiri dari manusia dan jin.
4. Allah SWT mengarahkan kita untuk memohon perlindungan dan pertolongan kepadanya Allah SWT dari kejahatan manusia dan jin yang menimbulkan keraguan dalam hati manusia . Gangguan syaitan berupa manusia dan bisikan syaitan itu boleh merosakkan amal kebaikan manusia.
5. Allah SWT tuhan manusia dan seluruh alam , sangat mengetahui bahawa manusia itu lemah dan amat mengetahui kejahatan syaitan yang telah berjanji merosakkan manusia tidak pernah alpa dalam usaha jahatnya. Maka berdoalah kita memohon perlindungan kepada Allah SWT tuhan seluruh alam dengan membaca Surah An Nas ini setiap pagi dan petang dari bisikan syaitan perkara yang menimbulkan keraguan dalam jiwa manusia dari jin dan manusia seperti yang di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
RESOLUSI
1. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT agar dijauhi daripada gangguan syaitan (1)
2. Hanya mengagungkan Allah SWT sebagai tuhan seluruh alam (2-3)
3. Sentiasa berhati-hati dengan tipu daya syaitan yang boleh merosakkan amal kebaikan (4)
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman , beribadah, menyembah dan mengabdikan diri hanya kepad Allah SWT mengikuti apa yang Allah suka dan redhai.