Surah Al Kafirun
PERKATAAN HARI INI
عَبَدَ = ibadah, menyembah, mengabdi
Diulang 275 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
Mukadimah
Surah Al Kafirun , surah ke seratus sembilan dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah.
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah Al Kafirun termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Surah ini mennjelaskan tauhid tanpa ada perkataan Allah disebut.
Allah mengajarkan Nabi Muhammad s.a.w bagaimana menyatakan pegangan yang jelas dan tegas berkaitan tauhid dalam Islam bila berkomunikasi dengan musyrikin Mekah hatta kepada bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab. Ayat ini diturunkan fasa akhir ar Rasul s.a.w sebelum baginda berhijrah. Ia adalah jawaban yang tegas dalam ayat ini selepas tiga belas tahun baginda mengajak mereka kepada kebenaran dan selepas baginda dihina oleh kaum musyrikin dalam surah sebelum surah ini iaitu surah al Kauthar.
Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima iman dan amal yang terhasil dengan kesedaran ini . Moga amal persiapan yang kita dilakukan khas untuk bekalan hari kematian dan hari kiamat iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan itu diterima Allah SWT sebagai amal kebaikan.
RESOLUSI
1. Bersikap lemah lembut dan tegas dalam menegakkan kebenaran (1-2)
2. Beribadah kepada Allah SWT dengan cara yang disenangi dan diredaiNya. (4-5)
3. Tidak mengikuti panduan agama sebagai jalan kehidupan. (6)
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman , beribadah, menyembah dan mengabdikan diri hanya kepad Allah SWT mengikuti apa yang Engkau suka dan apa yang Engkau redhai.
Saya jelas untuk menggunakan bahasa dan pendekatan yang betul seperti yang diajarkan Allah SWT dalam menyebar dan membela Islam.
Saya jelas, hanya panduan agama Islam yang boleh saya gunakan dalam kehidupan.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. Dan semuanya itu hanya boleh dicapai dengan taat hanya kepada Allah SWT.
Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang istiqomah bertaqwa dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran juga menjaga nikmat keamanan sosial, keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan .
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga. Hidupkan kami dalam iman, dan matikan kami dalam iman.
Ya Allah, kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah Al Nasr
PERKATAAN HARI INI
نَصَرَ = menolong
Diulang 158 kali di dalam Al-Quran
SINOPSIS
Mukadimah
Surah Al Nasr , surah ke seratus sepuluh dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah.
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya. Surah Al Nasr adalah satu-satunya surah Madaniyyah yang pendek .
Surah Al Nasr termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah SWT mengingatkan dalam surah ini kepada semua gambaran kemenangan dalam Islam dan kaedah meraikannya. Ia diturunkan pada pembukaan kota Mekah supaya manusia mengambil pelajaran dari peristiwa kejayaan pembukaan kota Mekah. Surah ini juga menunjukkan semakin hampir kedatangan ajal Rasulullah s.a.w. Kandungannya mengandungi satu perempat isi al Quran.
Peringatan itu juga kepada semua kepada semua kita , supaya benar dalam beragama, berakhlak dengan Allah SWT dan berakhlak kepada manusia dan membela mereka yang lemah.
Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan khas untuk bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .
Pengajaran
1. Allah SWT mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya bahawa bantuan Allah SWT itu ada dalam setiap detik kehidupan manusia. Merendah dirilah kita pada Allah SWT dan berdoalah supaya pertolongan itu berterusan sehingga kita berjaya dalam apa jua usaha yang kita lakukan.RESOLUSI
1. Berusaha untuk sebar luaskan syariat Islam di muka bumi (2)
2. Bertasbih, bertahmid dan bertakbir sebagai tanda mensyukuri segala nikmat Allah SWT.(3)
3. Sentiasa beristigfar untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. (3)
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.
Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Saya jelas bahawa segala kejayaan saya adalah dengan pertolongan Allah SWT.
Segala kejayaan usaha dan seruan saya adalah milik Allah SWT.
Saya jelas untuk menjaga menjaga diri dari terjebak sebagai pendusta agama , menjauhkan diri dari segala kesyirikan, keegoan sombong, hasad dengki dan penyakit hati yang lain
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia.
Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.
Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang istiqomah bertaqwa dan sentiasa mensyukuri segala nikmat pinjaman yang Engkau kurniakan . Rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran juga menjaga nikmat keamanan sosial, keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan .
Rezekikan kami sentiasa membaca ,faham dan amal kalam Mu, sentiasa bertasbih, bertahmid , bertakbir dan beristigfar kepada Mu siang dan malam.
Ya Allah ampuni kami, terima lah taubat kami.
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga.
Ya Allah, kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah Al Masad
PERKATAAN HARI INI
تَبَّ = celaka , binasa , rugi
4 kali diulang dalam Al-Quran
SINOPSIS
Mukadimah
Surah Al Masad , surah ke seratus sebelas dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah.
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah Al Masad, antara surah yang terpendek dalam al Quran juga. termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah SWT menerangkan dalam surah ini berkaitan keengkaran Abu Lahab dan isterinya terhadap dakwah Nabi Muhammad s.a.w dan balasan kepada mereka. Surah ini Allah SWT turunkan ketika Abu Lahab dan isterinya masih hidup bersama Rasullullah s.a.w di kota Mekah untuk kita mengambil pelajaran. Ia adalah antara surah yang awal diturunkan , surah ke lima selepas surah Al Fatihah.
Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan khas untuk bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .
Pengajaran
1. Allah SWT sangat kasih kepada Rasulullah s.a.w. Allah SWT yang hebat mengasihi rasulNya, maka bila cercaan Abu Lahab & isterinya kepada ar Rasul s.a.w telah melampau maka Allah SWT sendiri yang membalas cerca mereka itu dan mencatatkannya sebagai salah satu surah dalam al Quran.RESOLUSI
1. Tidak menentang mereka yang menyampaikan dakwah dengan jujur dan ikhlas (1)
2. Gunakan anak dan harta bagi manafaat dan pembangunan ummah (2)
3. Elak menjadi penyebar fitnah untuk menghancurkan orang lain (4 )
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.
Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Saya jelas bahawa segala kejayaan saya adalah dengan pertolongan Allah SWT.
Segala kejayaan usaha dan seruan saya adalah milik Allah SWT.
Saya jelas untuk menjaga menjaga diri dari mencela dakwah ar Rasul s.a.w dan terjebak bersama dengan mereka mencela dakwah ar Rasul s.a.w
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia.
Saya jelas untuk menjadi pembela dan penerus dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia terutama sebagai penerus dan pembela pendakwah ar RAsul s.a.w bagi beroleh kenikmatan sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.