Monday, May 1, 2023

Sinopsis Juzuk 1

 

 Sinopsis Juzuk 1

Juzuk 1 Al-Quran terdiri daripada 2 surah iaitu Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah.



Surah Al-Fatihah (Pembukaan) Ayat 1-7

Sebab Penamaan: Menggambarkan pembukaan al-Quran. Surah ini adalah "kunci" bagi keseluruhan 113 surah. Membuktikan Allah SWT Maha Berkuasa untuk mempermudah al-Quran sehingga 113 surah dirumuskan oleh surah al-Fatihah. 

Sinopsis

Memperkenalkan Allah, sifat-Nya kepada makhluk-Nya di dunia dan akhirat (1-3)
Memperkenalkan akhirat sebagai arah tuju perjalanan hidup kita (4)
Menjelaskan tujuan hidup iaitu beribadah (5)
Doa supaya Allah tunjukkan jalan yang lurus iaitu jalan orang yang diberikan nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan jalan mereka yang sesat (6-7)

Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) Ayat 1-141

Sebab Penamaan: Dalamnya terdapat kisah tentang lembu betina (67-73). Kisah tersebut mengandung pelajaran yang sangat penting bagi para hamba, iaitu wajibnya patuh dan berserah diri dalam menjalankan perintah Allah tanpa berlebih-lebihan. 
Nama surah menegaskan mesej agar jangan menyembah selain daripada Allah SWT. Hal ini demikian kerana Bani Israel dahulunya pernah diuji oleh Allah dengan lembu betina yang dijadikan oleh Samiri sebagai patung berhala lalu disembah oleh mereka.

Sinopsis
Al-Quran petunjuk orang bertakwa 
Akhir surah ini menekankan Allah SWT tidak membebankan sesuatu yang kita tidak mampu.
Ayat Allah SWT di mana-mana sahaja untuk difahami dan menjadi hidayah :
- Sejarah
- Alam
- Dalam al-Quran
- Akal
- Fitrah manusia
Allah SWT bersumpah (1-2)
Manusia terbahagi kepada tiga golongan (3-20)
- Mukmin (3-5)
- Kafir (6-7)
- Munafik (8-15)
Sikap orang munafik (9-15)
Perumpamaan orang munafik (16-20)
Allah SWT mengingatkan kita (21-29):
- Sembah Allah (21)
- Allah SWT menjadikan bumi (22)
- Jika masih ragu-ragu dengan Al Quran (23)
- Menempelak jika tidak boleh hasilkan satu ayat al Quran (24)
- Sungai yang mengalir di dalam syurga bagi orang yang beriman (25)
- Allah SWT tidak hina walaupun membuat perumpamaan nyamuk (26)
- Tidak beriman lagikah?(28)
- Allah SWT ciptakan segala makhluk (29)
Kita dilantik menjadi Khalifah (30-39)
Allah bawakan gelagat Bani Israel (40-48)
Nikmat yang diperolehi Bani Israel (49-59)
Sikap pengikut Nabi Musa (60-66)
Bani Israel persendakan Nabi Musa (67-74)
Allah SWT ingatkan Nabi Muhammad SAW (75-86)
Sikap Ahli Kitab terhadap Nabi Muhammad SAW (87-91)
Bani Israel juga menolak Taurat (92-96)
Orang kafir musuh Allah SWT (97-101)
Nabi Sulaiman dikatakan ahli sihir (102-105)
Cara Allah SWT membatalkan ayat (106-110)
Yahudi dan Nasrani berbalah (111-113)
Allah SWT berada di mana-mana (114-118)
Gelagat Yahudi dan Nasrani (119-123)
Nabi Ibrahim membina Kaabah (124-131)
Pesanan Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ya’kub (132-141)



قَالُوا۟ سُبْحَـٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ ٣٢

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" (Al-Baqarah ayat 32).


وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِـۧمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَـٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ ١٢٧

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Al-Baqarah ayat 127)


رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةًۭ مُّسْلِمَةًۭ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ١٢٨

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Baqarah ayat 128)


Wallahua’lam

Rujukan:

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman







Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...