Thursday, December 5, 2024

Prakata

بسم الله الرحمن الرحيم


كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ مُبَـٰرَكٌۭ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ ٢٩ 

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Surah Sad, 38:29)

Catatan tadabbur tazakkur ini adalah berdasarkan kefahaman team tadabbur daripada kuliah tadabbur yang diikuti secara online dan bersemuka daripada guru-guru kami termasuk Tuan Haji Fazrul Ismail, Ustaz Abdul Muein, Ustaz Syaari Ab Rahman dan lain-lain.

Ayat-ayat al-Quran dan terjemahan disalin daripada quran.com yang diterjemah oleh Abdullah Muhammad Basmeih. 

Kami merasa amat bersyukur kerana Allah SWT memberi motivasi dan kesempatan untuk kami membuat catatan halaman demi halaman. Semoga setiap setiap huruf yang kami catat diterima oleh Allah SWT sebagai amal-amal soleh. 

Semoga catatan ini akan menjadi saksi bahawa kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berinteraksi dengan kalam Ilahi dan kami beramal dengan surah al-Qalam ayat 1. 


نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis 

(QS Al-Qalam, 68:1)


Nota: Sebarang kesilapan yang dijumpai, sila maklumkan kepada Admin. Terima kasih.

Halaman 602 : Quraisy 106 : 1-4 & Al Ma'un 107 : 1-9 & Al Kauthar 108 : 1-3

Surah Quraisy PERKATAAN HARI INI    خاف  =   takut Diulang  124 kali di dalam Al-Quran SINOPSIS    1. Peringatan kepada kaum Quraisy kenang ...