Tuesday, January 7, 2025

Halaman 595 : As Syams 91 : 1-15 & Al Lail 92 : 1- 21

 


PERKATAAN HARI INI 

غَشِيَ =   menutupi, meliputi

Diulang  29 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1.Sumpah Allah SWT dengan makhuknya dan manusia yang memikirkan jiwa mereka. [1-10]

2.Pendustaan kaum Thamud dan pengajarannya [ 11-15]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah As Syam adalah surah ke sembilan puluh satu dalam susunan al Quran. Ia berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Surah As Syam adalah surah yang paling banyak Allah SWT bersumpah di dalamnya. Maka perlu kita beri perhatian dengan apa yang disumpahkan dan mesej penting yang Allah SWT mahu sampaikan. Allah SWT bersumpah dengan tujuh ciptaanNya dalam tujuh ayat yang berbeza iaitu matahari dan cahaya yang terang benderang, bulan yang mengiringi, siang yang memperlihatkan dengan jelas, malam apabila menyelubungi dengan gelap gelita, langit dan binaannya, bumi yang dihamparkan untuk kemudahan makhluk, diri manusia dan yang menyempurnakan penciptaannya. Semua sumpah ini ikat dengan pernyataan " Beruntung bagi yang mensucikan dirinya dengan ketaqwaan, merugi bagi mereka yang mengotori diri dengan kemaksiatan" . Pernyataan tersebut amat penting untuk  kita jadikan sebagai pegangan dan  amalan bagi kejayaan di dunia dan di akhirat.



Ayat [ 91 :1-15]

وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا ١

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ٢ 

Dan bulan apabila ia mengiringinya;

وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا ٣ 

Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

ٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰهَا ٤

Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا ٥

Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);

وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا ٦ 

Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

وَنَفْسٍۢ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧ 

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا ٨ 

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ٩ 

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ١٠

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَىٰهَآ ١١ 

(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا ١٢

Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَـٰهَا ١٣  

Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا ١٤ 

(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

وَلَا يَخَافُ عُقْبَـٰهَا ١٥

Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).


Pengajaran

  1. Allah SWT bersumpah dengan kehebatan ciptaanNya yang boleh dilihat oleh manusia zaman dahulu hingga kini dan hari kiamat iaitu matahari, bulan, siang , malam , langit , bumi dan manusia . 
  2. Kesemua ciptaan Allah SWT yang sempurna dengan fungsinya itu sepatutnya menjadi sumber perhatian dan pemikiran manusia yang menghasilkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT yang maha kuasa lagi maha pengasih.
  3. Penciptaan manusia itu disempurnakan dengan jasad dan roh. Pengurusan jasad dan roh perlu diuruskan dengan sebaiknya dengan sumber akal yang diberikan. 
  4. Manusia yang berjaya adalah mereka yang menggunakan akal untuk memilih cara menguruskan jasad dan rohnya dengan cara terbaik iaitu mengikut panduan wahyu Allah SWT dalam al Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w.
  5. Manusia yang berjaya memilih menggunakan akalnya bagi memanafaatkan sebaiknya ciptaan Allah SWT iaitu matahari, bulan, siang , malam , langit , bumi dan manusia supaya kehidupannya berjaya di dunia dan akhirat di atas jalan taqwa.
  6. Allah SWT beri akal untuk kita berfikir dan memilih yang terbaik untuk diri dan jiwa kita.
  7. Berusaha kita membina kekuatan jiwa dan keimanan supaya kita mampu membersihkan diri dan mengatakan tidak kepada keburukan dan kerosakan , iaitu perkara yang dibenci Allah SWT.
  8. Mereka yang membersihkan jiwanya akan mampu membantu membersihkan kaum keluarganya dan ahli masyarakatnya seperti yang dicontohkan oleh Nabi Salleh dalam surah As Syam ini. 

    RESOLUSI 

    Ingat !!

    1. Buat pilihan yang bijak memilih jalan ketaqwaan dari jalan kemaksiatan. (8)

    2. Jauhi perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT . (14)


    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa sentiasa bersama mereka yang dizalimi.

    Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.


    Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

    Saya juga jelas bersegera membuat persiapan untuk taat sepanjang fasa kehidupan  menuju kematian dan hari kiamat serta hari pembalasan supaya selamat dari azab api neraka.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat beroleh kejayaan sebenar dengan di syurga.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami , ahli keluarga kami dan pemimpin kami di dunia dan semua kami selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Surah Al Lail 92 : 1-21


    PERKATAAN HARI INI 

    غَشِيَ =   menutupi, meliputi

    Diulang  29 kali sahaja di dalam Al-Quran


    SINOPSIS   

    1.    Perbezaan usaha amal manusia dan balasannya  [1-11]

    2.    Orang yang telah diperingatkan tidak diberikan tolenrasi [ 12-21] 


    Mukadimah


    Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

    Surah Al Lail , surah ke sembilan puluh dua dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

    Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

    Allah SWT bersumpah dengan ciptaannya yang berpasangan iaitu malam dan siang serta  manusia lelaki dan wanita termasuk makhluk lain ciptaannya jantan dan betina untuk diberi perhatian bagi bagi meningkatkan iman dengan beramal tanda syukur akan nikmat yang datang bersama ciptaan yang berpasangan itu. 

    Muga Allah SWT terima  iman yang terhasil dan amal persiapan yang dilakukan bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan .


    Ayat [ 92 :1-21]

    وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ ١ 

    Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),

    وَٱلنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ ٢ 

    Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;

    وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ ٣ 

    Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -

    إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ ٤

    Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

    فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَٱتَّقَىٰ ٥ 

    Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -

    وَصَدَّقَ بِٱلْحُسْنَىٰ ٦ 

    Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,

    فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ ٧ 

    Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

    وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسْتَغْنَىٰ ٨ 

    Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -

    وَكَذَّبَ بِٱلْحُسْنَىٰ ٩

    Serta ia mendustakan perkara yang baik,

    فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْعُسْرَىٰ ١٠ 

    Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

    وَمَا يُغْنِى عَنْهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدَّىٰٓ ١١ 

    Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?

    إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَىٰ ١٢ 

    Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).

    وَإِنَّ لَنَا لَلْـَٔاخِرَةَ وَٱلْأُولَىٰ ١٣ 

    Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.

    فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًۭا تَلَظَّىٰ ١٤

    Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,

    لَا يَصْلَىٰهَآ إِلَّا ٱلْأَشْقَى ١٥ 

    Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -

    ٱلَّذِى كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ١٦ 

    Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.

    وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى ١٧

    Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -

    ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ ١٨ 

    Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,

    وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعْمَةٍۢ تُجْزَىٰٓ ١٩ 

    Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,

    إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ ٢٠ 

    Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;

    وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ ٢١

    Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).


    Pengajaran

    1. Beruntung mereka yang beriman dan mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT titip bersama ciptaannya yang berpasangan. Ia adalah kehidupan dan perlu disyukuri.
    2. Kegelapan dari petunjuk keimanan akan segera terang dengan kita lazimi membaca al Quran, meneliti petunjuk yang Allah SWT ingin sampaikan dengan merujuk tafsir dan hadis serta mengikuti majlis ilmu .Insyaa Allah . 
    3. Allah SWT sentiasa melihat dan akan menganjari segala usaha dan manusia yang berbagai walau sebesar zarah yang dinyatakan maupun disembunyikan.
    4. Beruntung orang yang beramal dengan taqwa untuk memperoleh syurga .
    5. Antara jalan ke syurga : memberi banyak-banyak dengan taqwa dan membenarkan perkara kebaikan dalam mencari redha Allah SWT.  Antara contohnya adalah memudahkan urusan manusia lain, tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja. Sumber yang boleh kita manafaatkan adalah masa, idea, memudahkan urusan dan lain-lain.
    6. Rugilah mereka yang beramal dengan kesesatan mengikut nafsu dengan mendustakan dan berpaling dari kebenaran. Antara contohnya adalah bakhil, memperlekehkan kebaikan orang lain dan menghalang kebaikan orang lain.
    7. Dunia dan akhirat adalah kepunyaan Allah SWT.


      RESOLUSI 

      Ingat !!

      1. Baiki amal dengan rajin menderma, tinggalkan yang haram, berikan hak pada Allah. (4-7)


      Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

      Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa sentiasa bersama mereka yang dizalimi.

      Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.


      Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

      Saya juga jelas bersegera membuat persiapan untuk taat sepanjang fasa kehidupan  menuju hari kiamat dan hari pembalasan supaya selamat dari azab api neraka.

      Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat beroleh kejayaan sebenar dengan beroleh syurga.

      Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

      Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

      Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

      Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

      Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

      Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

      Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.



      Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

        Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...