Monday, November 17, 2025

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

 

Surah Al 'Asr

PERKATAAN HARI INI 

 خَسِرَ  =  rugi

Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1.   Risalah kehidupan atau keadaan kehidupan orang beriman dan kafir. [1-3]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah Al 'Asr , surah ke seratus tiga dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Allah SWT bersumpah dengan ciptaannya iaitu masa. Masa salah satu makhluknya yang tidak dapat kita lihat dengan mata. Masa sangat berharga bagi manusia kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Masa tidak boleh dihentikan. Maka ia suatu yang perlu manusia beri perhatian bila Allah  bersumpah dengannya.

Surah ini disusun antara dua surah yang menyatakan kerugian sekiranya manusia terjebak dengan perkara-perkara tersebut . Surah At Takatsur  menerangkan kerugian akibat membanyak banyakkan perkara yang tidak utama dalam kehidupan dunia dan matlamat kehidupan di akhirat. Sementara Surah Al Humazah , menerangkan kerugian akibat menjadi pencela dan pengumpat manusia lain. Manusia yang bijak akan berusaha mengelakkannya supaya sentiada dalam kejayaan dan keberuntungan.

Muga Allah SWT terima  iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan bagi bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .



Ayat [ 103 : 1-3 ]


وَٱلْعَصْرِ ١

 Demi masa!

إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ٢ 

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ٣

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Pengajaran

  1. Allah SWT bersumpah dengan al 'asr yang mempunyai beberapa makna. Demi waktu asar, demi masa (usia kehidupan), demi sesuatu yang diperah dan demi sesuatu yang mempunyai intipati tersendiri. Tujuan Allah SWT bersumpah kali ini adalah untuk menarik perhatian manusia kepada sesuatu yang banyak ertinya dan amat merugikan kepada manusia sekiranya ia diabaikan. Ingatan Allah SWT ini supaya manusia tidak tergolong dalam mereka rugi iaitu orang yang gagal.
  2. Demi waktu asar. Lumrahnya ia julat waktu yang sangat sibuk bagi semua manusia . maka amat mudah bagi manusia lalai dari banyak perkara. Ada kalangan muslim lalai  menunaikan solat asar kerana kesibukan itu. Ada manusia leka dalam perkara yang merugikan.
  3. Waktu asar adalah suatu waktu yang sibuk kerana kita akan memasuki waktu malam. Begitu juga manusia , setiap detik sebenarnya kita berada dalam waktu asar kehidupan menuju waktu malam kehidupan iaitu waktu kematian. Kematian tidak mengikut umur. Setiap detik kematian semakin hampir. Setiap saat saat berharga, manafaatkan sebaiknya.
  4. Demi usia kehidupan. Kehidupan itu menuju pengakhiran. Kesibukan dan kelapangan dalam kehidupan boleh menyebabkan kita lalai untuk menyiapkan persediaan untuk kehidupan di alam kubur. Peringatan ini untuk setiap manusia. Semak diri kita. Apa tindakan kita untuk baiki keadaan kita disisi Allah SWT?
  5. Kita tidak tahu untung nasib kita di dalam kubur. Adakah amalan kita diterima dan cukup untuk menjadikan liang kubur kita sebagai sebahgian dari taman-taman syurga? Atau adakah sebaliknya kubur kita adalah sebahgian dari kawah api neraka? Waiyya zubillah. Maka pastikan amal kita memenuhi ciri amalan yang diterima supaya kita tidak rugi di alam mendatang.
  6. Detik yang berlalu tidak akan kembali dan tiada gantinya. Oleh itu kita mesti sentiasa berusaha menjadi hamba yang di redhai Allah SWT dalam setiap detik usia yang kita lalui. 
  7. Kita semua perlu menjaga amal supaya diterima Allah SWT. Pastikan niat setiasa dijaga dan kita melakukan apa yang Allah SWT perintah dan diredainya seperti yang diajarkan oleh ar Rasul s.a.w.
  8. Demi sesuatu yang diperah. Bagaimana kita perah usia kehidupan kita ini ? Apakah hasil perahan itu ? InsyaAllah kita usahakan proses perahan dan hasil perahan usia kehidupan yang telah dan akan kita lalui ini dengan cara yang diredhai Allah dan hasilnya juga diredhai Allah SWT. Amin.
  9. Pastikan setiap kali kita membaca surah ini, kita menyemak diri sendiri dengan ingatan Allah SWT ini, adakah kita tergolong dalam mereka yang rugi di sisi Allah ? Atau kita golongan yang beruntung? Pastikan kita baiki baki usia kehidupan ini dengan mengutamakan yang utama. Masa sudah tinggal lama . Elakkan dari mensia-siakannya.
  10. Semak rutin kehidupan kita. Usahakan setiap saat ada nilai tambah dalam amal dan ibadah kita disisi Allah SWT.
  11. Usahakan kita baiki diri , keluarga dan masyarakat supaya semua kita menjadi orang yang tidak rugi atau gagal dalam usia kehidupan. Empat ciri mereka yang berjaya dan tidak rugi itu adalah orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Perkemas baki usia kehidupan kita, keluarga dan masyarakat dengan empat ciri di atas . InsyaAllah semua kita tergolong dalam orang beruntung dan berjaya. Amin.

    RESOLUSI 

    Ingat !!

    1. Segera mengisi kehidupan dengan perbuatan yang baik (1)

    2. Fokus melakukan amal soleh menggunakan seluruh anggota tubuh (2)

    3. Saling menasihati dengan kesabaran kepada ketaatan dan meninggalkan perkara haram (3)


    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.

    Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.

    Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

    Saya jelas, hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

    Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

    Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Surah Al Humazah

    PERKATAAN HARI INI 

    نَبَذَ =  membuang, melempar

    Diulang  12 kali sahaja di dalam Al-Quran


    SINOPSIS   

    1. Celaka bagi pencela dan pencaci manusia [1-3]

    2. Balasan bagi orang yang mengabaikan akhirat kerana harta. [4-9]


    Mukadimah

    Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

    Surah Al Humazah , surah ke seratus empat dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

    Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

    Surah Al Humazah ini Allah SWT susun sebagai surah terakhir yang mengandungi azab api neraka. Azab api neraka yang ini spesifik untuk orang yang rugi seperti yang nyatakan di dalamnya.

    Allah SWT mulai surah ini dengan celaan kepada golongan manusia yang keji dan rugi itu iaitu pencaci (secara berdepan) dan pengeji (di belakang orang yang dikeji) serta pengumpul harta yang merasa harta yang dikumpul tidak pernah cukup maka mereka tidak berhenti mengumpulkannya dan menghitungnya. 

    Berusaha kita memahami surah ini dan melindungi diri dari termasuk dalam golongan yang rugi atas celaan Allah SWT ini. 

    Muga Allah SWT terima  iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan khas bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .


    Ayat [ 104 : 1-9 ]

    وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ ١
     Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

    ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ ٢
    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
     
    يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ ٣

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

    كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ ٤ 
    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

    وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ ٥
     Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

    نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ ٦
    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

    ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ ٧ 
    Yang naik menjulang ke hati;

    إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ ٨ 
    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

    فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ ٩
    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

    Pengajaran

    1. Allah SWT sangat sayangkan hambaNya maka Allah SWT mencela akhlak yang buruk dan menerangkan perkara tersebut dan akibat kepada pelakunya , supaya semua manusia tidak tergolong dalam orang yang dicela dan orang yang rugi di akhirat kelak.
    2. Allah SWT sangat memahami manusia itu lemah maka Allah SWT nyatakan azab yang akan diterima oleh pelaku akhlak tercela ini sebagai penguat diri supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkannya dan melawan hawa nafsu mereka dari terjebak .
    3. Bagaimana perasaan dan tindakan kita bila dicelakakan dan diugut oleh manusia?
    4. Bagaimana pula  perasan dan tindakan kita bila yang mencelakakan dan yang mengugut kita itu adalah Allah SWT?
    5. Elak diri dari tergolong orang yang dicelakakan Allah SWT kerana berakhlak keji sebagai pencaci ( berdepan dengan orang yang dicaci) dan pengeji atau pengumpat (di belakang orang yang dikeji ) serta pengumpul harta yang merasa harta yang dikumpul tidak pernah cukup maka mereka tidak pernah berhenti mengumpulkannya dan menghitungnya. 
    6. Mencela dan mengeji itu berbagai cara. Boleh secara "verbal" atau "non verbal" seperti bahasa badan , mimik muka, jelingan mata , dan yang seumpamanya. Boleh di alam nyata atau di alam maya. Syaitan melalui hawa nafsu jahat akan berusaha menghiasi maksiat ini sebagai satu kepuasan atau pencapaian sehingga manusia terjebak dalam maksiat dan dosa.
    7. Hawa nafsu yang serakah pula menyebabkan manusia yang lemah akan berterusan menghitung harta dan apa yang dia ada dan berusaha memperbanyakkannya dengan rakus sehingga sanggup menggunakan cara terlarang seperti rasuah , menindas orang lain, menipu , "scam" dan seumpamanya . Tindakan mereka ini seolah-olah rezeki yang Allah SWT beri padanya tidak cukup untuk dia makan . Ingat , Hutamah, api Allah sedia menanti golongan ini.
    8. Di zaman moden ini manusia mudah terjebak dengan mencari dan mengumpul "like" dengan mengeji dalam media sosial . Ada pula yang melakukan kejian di media sosial bertujuan membunuh keperibadian dan kerjaya lawannya. Mereka lalai dan lupa akan peringatan Allah SWT dalam surah ini. Jauhi mereka !
    9. Kita sebagai pengguna media sosial perlu berhati -hati supaya kita tidak sama berkongsi dosa dan laknat Allah SWT dengan mereka yang berakhlak buruk dan suka mencela dalam media sosial dengan turut sama menyebarkan atau memberi sokongan dalam ruangan komen. Tinggalkan mereka !
    10. Bersihkan diri dari kebiasaan buruk dan keji ini kerana kebiasaan buruk ini akan menjadi akhlak seseorang. 
    11. Jauhkan diri dari pengeji dan pengumpat ini supaya selamat dari dosa basah maupun dosa kering.
    12. Jauhkan diri dari menjadi pengeji dan pengumpat , supaya selamat dari api Allah SWT di neraka Hutamah yang menjulang panasnya hingga membakar hati kita lapisan paling dalam.
    13. Segala nikmat kesenangan dan kehebatan diri serta kekayaan yang kita adalah hanya pinjaman dari Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Kuasa. Tidak layak kita untuk kita sombong , berbangga dan mencela orang lain atas pinjaman Allah SWT tersebut.
    14. Setiap sesuatu yang kita usahakan dan apa yang kita ada itu pula datang dengan tanggungjawab dari Allah SWT. Sudahkan kita laksanakan tanggungjawab itu ?  Adakah kita semakin hampir dengan Allah SWT atau kita semakin jauh dari Allah SWT dengan segala pinjaman Allah SWT tersebut?
    15. Setiap kita akan mati. Setiap sesuatu yang kita ada itu tidak mampu menyelamatkan kita dari azab Allah SWT , melainkan jika kita beriman dengan hari pembalasan dan uruskannya mengikut kehendak Allah SWT.
    16. Panas mentari dunia yang jauh berjuta kilometer pun kita tidak tahan. Apatah lagi panas api neraka Hutamah .
    17. Penghuni neraka Hutamah umpama daging ayam roti Nan yang dibakar dalam tempayan yang tertutup. Balasan api Hutamah, api Allah ini telah tersedia menanti manusia yang merasa puas melakukan kejian dan celaan kepada manusia lain ciptaan Allah. Mereka terikat pada batang kayu dan tidak mampu melepaskan diri kerana pintu neraka Hutamah itu tertutup . Allah gambarkan kebenciannya kepada golongan ini dengan terperincinya ngerinya azab yang menanti.
    18. Berusahalah kita bersungguhnya menjauhi akhlak keji sebagai pencaci ( berdepan dengan orang yang dicaci) dan pengeji atau pengumpat (di belakang orang yang dikeji ) serta pengumpul harta yang merasa harta yang dikumpul tidak pernah cukup maka mereka tidak pernah berhenti mengumpulkannya dan menghitungnya, supaya kita selamat dari dilempar Allah SWT ke dalam api neraka Hutamah, api Allah SWT. Redha Allah SWT dan nikmat syurga Allah SWT yang kita cita-citakan. Amin



    RESOLUSI 

    1. Tidak memandang rendah dan menghina orang lain dengan perkataan atau perbuatan (1)

    2. Tidak sibuk mencari harta sehingga terabai urusan akhirat (2-3)

    3. Jauhi sifat takabbur yang boleh menjerumuskan diri ke lembah neraka (4)


    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.

    Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.

    Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

    Saya jelas, hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

    Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

    Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Surah Al Fil 

    PERKATAAN HARI INI 

    رَمَى =  melempar, memanah, menuduh

    Diulang  9 kali sahaja di dalam Al-Quran


    SINOPSIS   

    1. Kisah Ashaabul Fil (Tentera bergajah) [1-5]


    Mukadimah

    Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

    Surah Al Fil , surah ke seratus lima dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah. 

    Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

    Surah Al Fil termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Surah Al Fil ini adalah sebahgian dari jawaban Allah SWT doa Nabi Ibrahim a.s yang Allah catatkan dalam dalam QS 2: 126  di suatu kawasan yang tandus menjadi negeri yang aman dan dikurniakan rezeki bagi penduduknya yang kini dikenali dengan kota Mekah.

    Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima  iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan khas untuk bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .


    Ayat [ 105 : 1-5 ]

    أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـٰبِ ٱلْفِيلِ ١ 

    Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

    أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍۢ ٢

    Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
     
    وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ ٣

    Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, 

    تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍۢ مِّن سِجِّيلٍۢ ٤ 

    Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, 

    فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ ٥

    Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


    Pengajaran


    1. Allah memberi maklumkan dalam surah ini supaya manusia melihat sejarah yang dinyatakan dalam surah ini dan bagaimana setiap proses yang terlibat supaya selamat di dunia mahupun di akhirat . 
    2.  Sejarah tertulis dalam al Quran. Sejarah tertulis dalam alam. Sejarah ditulis dalam penulisan dan dalam tercatat dalam gambar. Sejarah tercatat untuk diambil iktibar dan panduan bagi mengimarahkan dunia dan kehidupan. Kita perlu melihat setiap sejarah itu berserta setiap prosesnya sehingga kepengakhirannya.
    3. Kita perlu sentiasa memastikan proses dalam kehidupan kita sentiasa dalam kerangka keimanan dan yang dibenarkan dan disukai Allah SWT supaya beroleh pertolongan Allah SWT dan sentiasa dalam rahmat dan redhaNya sehingga kepengakhiran kehidupan kita. Amin.
    4. Kisah Tentera Bergajah itu menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT tetap akan menjaga orang beriman selagi mana mereka berusaha dengan keimanan yang kukuh kepada Allah SWT. 
    5. Sejarah dalam surah al Fil ini Allah SWT nyatakan bahawa Allah SWT boleh bertindak dan mengazab manusia atau sebesar mana kuasa dan bala tentera mereka yang tidak beriman di dunia lagi. Apatah lagi nanti di akhirat sekiranya manusia itu masih ingkar. 
    6. Kita perlu mengambil iktibar dari sejarah , apatah lagi sejarah yang Allah SWT ungkapkan dalam al Quran kerana ia penuh keberkatan untuk membantu manusia melakar sejarah mereka di dunia , bahkan menempa sejarah yang kekal abadi dan penuh nikmat di syurga nanti.
    7. Sehebat mana tentera bergajah ketika itu ia amat mudah Allah hancurkan sehancur-hancur ia .
    8. Pertolongan Allah SWT dan tenteranya boleh dalam berbagai bentuk dan arah contoh burung bersama batu dari api neraka atau air laut yang terbelah dan seumpanya seperti sejarah yang di catatkan dalam al Quran untuk manusia ambil iktibar. Allah SWT memiliki segala sesuatu dan maha berkuasa.
    9. Sehebat mana tentera zionis dan sekutunya berusaha menghancurkan Palestin, namun kita yakin Allah SWT lebih mampu menghancurkan mereka. Kita teruskan usaha membantu saudara kita di Palestin dan serahkan hasilnya kepada Allah SWT. Allah SWT lebih tahu waktu dan ketika untuk ia berlaku. 
    10. Sekecil atau selemah kita dan usaha kita dalam memartabatkan agama Allah SWT dalam diri, keluarga dan masyarakat, sekiranya berdasarkan keimanan dan panduan dari Allah SWT , pasti Allah SWT membantunya dari berbagai cara dan arah . Mungkin kita tidak sedar pertolongan itu. Renungkan. 
    11. Palestin belum merdeka lagi bermungkinan keyakinan mukmin seluruh dunia ketika ini belum sebulat keyakinan Abu Mutalib , nenda ar Rasul s.a.w ketika itu kepada Allah SWTketika itu dalam usaha menyelamatkan Kaabah. Oleh itu bersegera kita bersama bersihkan dan tingkatkan keyakinan kepada Allah SWT dan beusaha bersungguh bersama supaya kita sempat melihat kemerdekaan Palestin dalam waktu yang terdekat.
    12. Istiqomah berdoa kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat pada diri, keluarga, masyarakat , negara dan dunia. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janjinya. QS 2: 186 "Berdoalah kepada Ku , niscaya akan Ku perkenankan bagi mu".


    RESOLUSI 

    1. Jangan cabar kekuasaan Allah SWT dan merasakan diri hebat dan kuat (2)

    2. Sentiasa memuliakan Kaabah dan rumah suci Allah SWT kerana di situ dipenuhi rahmatNya (3)

    3. Jangan buat perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT (4)


    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.

    Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.

    Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

    Saya jelas, hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

    Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

    Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Ya Allah,  kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.



    Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

      Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...