Saturday, April 18, 2026

Halaman 602 : Quraisy 106 : 1-4 & Al Ma'un 107 : 1-9 & Al Kauthar 108 : 1-3

Surah Quraisy


PERKATAAN HARI INI 

 خاف =  takut

Diulang  124 kali di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1. Peringatan kepada kaum Quraisy kenang akan nikmat kurniaan Allah SWT [1-4]


Mukadimah

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah Quraisy , surah ke seratus enam dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah. 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Surah Quraisy termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah merakamkan kelebihan yang dimiliki kaum Quraisy dan nikmat keamanan serta kemajuan yang diperolehi Mekah hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. Hal ini diangkat agar kaum Quraisy mensyukuri Pemberi Nikmat itu iaitu Allah SWT dengan mentauhidkanNya.

Begitu juga kepada kita supaya sentiasa mensyukuri segala nikmat zahir dan batin yang diberi pinjam oleh kepada Allah SWT supaya ia benar memberi manafaat kepada kita khasnya nikmat iman untuk kebahagian di dunia dan akhirat.

Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima  iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan khas untuk bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .


Ayat [ 106 : 1- 4 ]

لِإِيلَـٰفِ قُرَيْشٍ ١
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

إِۦلَـٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ ٢
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

فَلْيَعْبُدُوا۟ رَبَّ هَـٰذَا ٱلْبَيْتِ ٣ 
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,

ٱلَّذِىٓ أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍۢ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍۭ ٤
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari 


Pengajaran

 1. Allah mengingatkan kaum Quraisy akan segala nikmat yang mereka ada dan nikmati adalah untuk disyukuri dan mentauhidkan Allah SWT , cth. dengan keberadaan Kaabah di Mekah itu menarik manusia melaksanakan haji dan asbab itu Mekah menjadi salah satu pusat perdagangan. Bahkan ayat ini juga untuk kita supaya mengingati segala nikmat yang telah kita nikmati dana yang kita masih ada. Sesungguhnya segala nikmat itu adalah dari Allah SWT , Maha Pemberi nikmat. Hendaklah kita mensyukurinya dengan mengesakan Allah SWT dan taat kepada Nya.
2.  Allah SWT juga mengingatkan kita bahawa segala yang kita nikmati itu juga adalah hasil doa nenek moyang kita yang terdahulu dan ibubapa kita. Maka hendaklah kita mencontohi amal baik nenek moyang dan ibubapa kita selagi mana ia tidak bersalahan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Pemberi Nikmat , iaitu Allah SWT. Perbanyakkan doa kebaikan kepada ibubapa , nenek moyang , ahli keluarga dan zuriat keturunan kita. Insyaallah ada keberkatan kepada semua.
3. Hendaklah kita jauhi sifat sombong dan kedekut dengan segala nikmat dan pencapaian kehidupan yang kita miliki kerana segalanya dari Allah SWT . Semuanya itu juga pinjaman semata dari Allah SWT. Allah SWT boleh ambil semula bila-bila masa. Setiap nikmat itu juga datang bersamanya amanah dan tanggungjawab. Oleh itu manafaatkan segala nikmat tersebut sebaiknya mengikut apa yang Allah SWT perintahkan.  InsyaAllah , Allah SWT akan tambah lagi dengan berbagai nikmat dan rahmat.
4. Allah SWT sentiasa bersifat Maha Penyanyang. Allah SWT tetap memberi rahmatNya kepada orang Quraisy walau mereka banyaknya engkar kepada Allah SWT seperti  nikmat kesenangan dan keamanan. Allah SWT juga tetap memberi peluang untuk mereka mentauhidkan Allah SWT dan menerima Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasulNya selagi mereka bernyawa. Begitu juga kita manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan dosa dan kelalaian . Dalam banyak keadaan kita tidak melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tanggung jawab. Allah SWT tetap memberi berbagai nikmat kehidupan kepada kita dari yang keperluan asan seperti udara dan air sehingga segala nikmat yang lain. Berusaha kita kembali mentaati dan memberi yang terbaik kepada Allah SWT. 
5. Allah SWT tidak memerlukan ketaatan kita kerana Allah SWT Pemilik Alam ini. Kita yang perlukan ketaatan tersebut untuk memastikan diri kita sentiasa beroleh rahmat dan kasih sayang Allah sejak di dunia hinggalah di akhirat nanti kita selamat dari api neraka dan beroleh syurga yang tertinggi, syurga Firdaus. Amin.
6. Allah SWT ulang peringatan kepada kaum Quraisy melalui surah ini kepada Ar Rasul s.a.w dengan mengulang ayat yang mengandungi perkataan 'إِۦلَـٰفِ ' yang bermaksud kebiasaan beroleh keamanan. Begitu juga kita boleh mengulang sesuatu perkataan yang boleh menguatkan nasihat kita kepada seseorang  melalui nasihat kita kepada orang ketiga dalam keadaan boleh didengar oleh beliau orang yang hendak kita nasihati.
7. Alhamdulillah kita menikmati keamanan ekonomi, keamanan sosial dan keamanan keselamatan dalam negara ini. Begitu keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan ini perlu diusahakan, dijaga bermula dari sekecil-kecil institusi negara iaitu rumah dan keluarga kita sehingga peringkat kejiranan , masyarakat dan negara juga dunia. Kita perlu berperanan disemua peringkat tersebut. Keamanan ekonomi , dan keamanan sosial dan keamanan keselamatan itu penting untuk membolehkan kita melaksanakan ibadah sebaik mungkin dengan tenang dan damai. Kefahaman ini perlu disemai dan dipelihara bermula dari diri, ahli keluarga , kejiranan dan masyarakat negara ke masyarakat yang lebih luas iaitu diperingkat dunia.


RESOLUSI 

1. Bersyukur atas segala kurniaan nikmat dan gunakan kepada perkara bemanafaat. (2)

2. Beribadah kepada Allah SWT dan tidak menyekutukan kepadaNya dengan yang lain (3)

3. Bina negara yang aman damai dengan menjauhi perkara syirik. (4)


Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.

Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.

Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Saya jelas, hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang istiqomah bertaqwa dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran juga menjaga nikmat keamanan sosial, keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan .

Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

Ya Allah,  kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah Al Ma'un


PERKATAAN HARI INI 

 دَعَّ =  mengherdik , menolak

Diulang  3 kali di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1. Sifat orang yang mengingkari hari akhirat.  [1-7]


Mukadimah

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah Al Ma'un , surah ke seratus tujuh dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah. 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Surah Al Ma'un termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah SWT mengingatkan dalam surah ini kepada semua semak diri, adakah kita termasuk dalam golongan pendusta agama atau golongan yang mempunyai ciri-ciri pendusta agama.

Peringatan itu juga kepada semua kepada semua kita , supaya benar dalam beragama, berakhlak dengan Allah SWT dan berakhlak kepada manusia dan membela mereka yang lemah.

Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima  iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan khas untuk bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .


Ayat [ 107 : 1- 9 ]

أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ١
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ ٢
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ ٣
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ٤
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang 

ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ٥
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ٦
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ ٧
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Pengajaran

 1. Allah SWT mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya bahawa agama, kehidupan dan hari pembalasan sangat kuat perkaitannya dimana setiap apa yang dilakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat.
2.  Allah SWT juga mengingatkan kita supaya menjauhi berbuat dengan perbuatan pendusta agama, samada yang diungkap dengan perkataan, tulisan atau perbuatan yang menghasilkan kemungkaran di sisi agama. Contohnya penggunaan frasa kata salah pada tempatnya seperti " Ade aku kesah" pada nasihat agama yang diberi. Contoh dari surah ini pula seperti mengherdik, menghina , menindas dan menzalimi anak yatim baik secara fizikal maupun emosi.  
3. Allah SWT pilih topik, kisah , perkataan , contoh dan perumpamaan dalam kalamnya penuh dengan fungsi dan iktibar supaya pembaca atau pendengar al quran berfikir untuk kebaikan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
4. Allah SWT memilih anak yatim  dan orang miskin dalam surah ini sebagai golongan lemah yang perlu dibela khasnya oleh golongan masyarakat yang beragama dari kalangan ahli keluarga hinggalah kekepimpinan negara. 
5. Kita perlu memerhati dan mencari golongan anak yatim dan orang miskin dalam lingkungan keluarga dan masyarakat supaya kita dapat melaksanakan perintah Allah SWT dalam surah ini iaitu menjaga kebajikan emosi, kewangan ,fizikal dan penerusan kehidupan mereka. Usaha itu tidak lain dan tidak bukan adalah menyelamatkan diri kita dari tergolong dalam mereka yang mendustakan agama.
6. Nabi Muhammad s.a.w melalui sendiri kehidupan sebagai anak yatim. Oleh itu baginda sangat faham apa yang diperlukan oleh anak yatim. Baginda banyak menunjukkan kepada kita bagaimana menyantuni golongan anak yatim melalui hadis-hadis baginda s.a.w. Ayuh kita amalkan sunah baginda dalam menyantuni anak yatim.
7. Baginda s.a.w juga menerima santunan dari sistem sokongan kepada baginda sebagai anak yatim dari kecil . Perkara itu dapat kita ketahui melalui sirah kehidupan baginda. Sistem sokongan itu boleh kita bina dan perkukuhkan di kalangan keluarga kita untuk menyantuni anak yatim dikalangan keluarga terdekat dan jiran tetangga sekiranya ada.
8. Bina dan biasakan berakhlak yang mulia bermula pada diri dan keluarga kita supaya kita terhindar dari mereka yang suka mengherdik dan menolak orang lain. Lebih malang kepada kita jika yang diherdik dan ditolak itu adalah kalangan anak yatim dan fakir miskin.


RESOLUSI 

1. Muliakan anak yatim dan beri makan kepada fakir miskin. (2 - 3 )

2. Mendirikan solat dengan khusuk, menyempurnakannya dan tidak lalai .(5)

3. Ikhlas melakukan ketaatan dan bukan untuk meraih pujian. (6)


Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.

Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.

Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Saya jelas, hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

Saya jelas untuk menjaga menjaga diri dari terjebak sebagai pendusta agama. 

Saya jelas untuk berakhlak mulia kepada Allah SWT dengan menjaga dan menyempurnakan solat.

Saya jelas untuk berakhlak mulia kepada manusia terutama kepada anak yatim dan fakir miskin.

Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang istiqomah bertaqwa dan sentiasa mensyukuri segala nikmat pinjaman yang Engkau kurniakan . Rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran juga menjaga nikmat keamanan sosial, keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan .

Ya Allah kurniakan kepada kami kesabaran dan hikmah dalam menyantuni mereka yang lemah terutama golongan anak yatim dan fakir miskin.

Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

Ya Allah,  kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah Al Kauthar


PERKATAAN HARI INI 

 شَنَأَ =  membenci

3 kali diulang dalam Al-Quran


SINOPSIS  

 

1. Kurniaan nikmat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w [1-2]

2. Musuh Nabi Muhammad s.a.w yang terputus dari nikmat Allah SWT. [ 3 ]


Mukadimah

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah Al Kauthar , surah ke seratus lapan dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah. 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Surah Al Kauthar, antara surah yang terpendek dalam al Quran juga. termasuk dalam kelompok sepuluh surah terakhir yang Allah susun dalam juz amma ini. Allah SWT menerangkan sejarah pertolongan Allah SWT sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dalam Surah Al Fil. Allah SWT yang sama juga yang akan membantu Nabi Muhammad s.a.w , rasul Nya yang terakhir dalam setiap fasa  kehidupan dan perjuangan baginda s.a.w.

Berusaha kita memahami surah ini moga Allah SWT terima  iman yang terhasil dengan kesedaran ini dan amal persiapan yang dilakukan khas untuk bekalan hari kematian iaitu hari saksi dan persaksian , dikenali sebagai hari pembalasan .


Ayat [ 108 : 1- 3 ]

إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ ١ 
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ ٢ 
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ٣
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Pengajaran

1. Allah  SWT sangat kasih kepada Rasulullah s.a.w. Allah SWT yang hebat mengasihi rasulNya, apatah lagi kita hamba Allah SWT , patutnya juga mengasihi apa yang Allah SWT kasih.
2. Allah memberi motivasinya kepada Nabi Muhamad s.a.w tatkala baginda bersedih atas penghinaan kafir Quraish Mekah bahawa baginda tiada keterunan sebab baginda tidak mempunyai zuriat lelaki tatkala mengetahui kematian anak lelaki melalui surah ini. Sedih itu adalah fitrah dan normal bagi manusia. Kita boleh sedih. Allah SWT juga memberi tunjuk kepada kita manusia untuk menguruskan kesedihan kita dengan kembali kepada Allah SWT. Salah satu caranya adalah mengadu kepada Allah SWT dan membaca serta memahami ayat-ayat Allah. Ayat al Quran itu adalah petunjuk kehidupan bagi manusia.
3. Allah SWT mengingatkan ar Rasul s.a.w supaya sentiasa mengenang semula segala  أَعْطَ  pemberian nikmat kehidupan yang banyak yang tidak akan diambil kembali, yang telah dikurniakan kepada baginda dan segala janji Allah SWT berkaitan nikmat akhirat kepada baginda  ٱلْكَوْثَرَ  supaya tidak terkesan dengan onar kaum kafir Quraish yang memusuhi baginda dan orang Islam.
Kita umat Nabi Muhammad s.a.w mesti selalu mensyukuri segala nikmat kehidupan yang Allah SWT kurniakan dan sentiasa berusaha supaya kita layak menerima segala nikmat kehidupan di akhirat bersama Nabi Muhammad s.a.w yang Allah SWT janjikan dengan taat kepada Allah SWT, salah satunya adalah sungai al Kauthar   ٱلْكَوْثَرَ
4. Dengan selalu mengingati nikmat pemberian Allah SWT ini juga mampu membentengi kita dari bersifat dengan sifat orang kafir dan orang munafik, sombong dan engkar kepada Allah SWT. Orang kafir dan munafik adalah golongan yang terputus dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT kerana mereka membenci Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang membenci ar Rasul s.a.w dan ajaran yang dibawa oleh baginda adalah orang yang terputus, iaitu golongan yang terpurus dari rahmat Allah SWT. Berusaha kita membenteng diri dari sifat orang kafir dan munafik.
5. Allah SWT juga mengingatkan ar Rasulullah s.a.w supaya melakukan solat sebaiknya kerana Allah dan melakukan sembelihan korban. Nabi Muhammad s.a.w melakukan solat sunat dua rakaat bila gembira menerima sesuatu nikmat dari Allah SWT.
Oleh itu kita juga perlu sentiasa menjaga solat wajib dan solat sunat kita , melakukan nya semata-mata kerna Allah SWT. Adalah bijak bila kita mencontohi ar Rasul s.a.w melakukan solat syukur bila mendapat nikmat yang menggembirakan jiwa.
6. Kita juga perlu sentiasa bersedekah dari sebahgian nikmat yang Allah SWT kurniakan ke jalan yang Allah SWT suka dan redha yang terdiri dari masa, tenaga, fikiran, harta benda dan seumpamanya. Kita juga perlu berusaha menabung setiap bulan supaya tidak ketinggalan dalam ibadah qurban dalam bulan Zulhijjah.
5. Solat dan berkorban itu tanda keimanan dan syukur kepada Allah SWT.


RESOLUSI 

1. Tidak lelah melakukan kebaikan kerana nikmat syurga itu lebih berharga. (1)

2. Dirikan solat dengan sempurna dan lakukan qurban dengan benar .(2)

3. Mendoakan orang zalim diberi petunjuk dan hidayah untuk kembali kepada kebenaran. (3)



Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan menasihati dan mengasihani hambanya.

Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.

Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru dengan kesabaran kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Saya jelas, hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang istiqomah bertaqwa dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

Ya Allah , beri kekuatan kepada kami untuk mendirikan solat daan berkorban semata kerana Mu

Ya Allah kurniakan kesabaran kami dalam menasihati diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran juga menjaga nikmat keamanan sosial, keamanan ekonomi dan keamanan keselamatan .

Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran

Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga serta menikmati minuman dari sungai al Kauthar bersama ar Rasul s.a.w

Ya Allah,  kurniakan kami negeri yang aman dan rezeki dan kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu

Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji Mu.



Halaman 602 : Quraisy 106 : 1-4 & Al Ma'un 107 : 1-9 & Al Kauthar 108 : 1-3

Surah Quraisy PERKATAAN HARI INI    خاف  =   takut Diulang  124 kali di dalam Al-Quran SINOPSIS    1. Peringatan kepada kaum Quraisy kenang ...