Surah al-Kahfi (Gua) Ayat 75-110 - sambungan
• Kisah Nabi Musa dan Khidir (75-82)
- Perahu dilubangkan (79)
- Budak yang dibunuh (80)
- Rumah dibina dinding semula (82)
• Kisah Zulkarnain (83-98)
• Allah SWT paparkan lintasan neraka dan ganjaran bagi yang beriman serta beramal soleh (99-110)
Surah Maryam (Maryam) Ayat 1-98
Nama surah ini disebut di dalam ayat 16 bersempena kisah Maryam AS yang melahirkan Nabi Isa A.S. tanpa bapa. Penamaan ini sebagai mengangkat kemuliaan Maryam AS kerana dia adalah sebaik-baik wanita di muka bumi.
Tema: Warisan agama kepada anak.
Diawali dengan Allah SWT bersumpah dengan huruf al-Quran KAF HAA YAA AIN SAD untuk membuktikan kelahiran Maryam adalah rahmat kepada Nabi Zakaria yang memeliharanya. Diakhiri dengan penyataan bahawa ramai umat terdahulu yang telah dibinasakan, tiada seorang pun yang kembali semula ke dunia ini menceritakan apa yang berlaku di sana.
• Doa Nabi Zakaria (1-15)
• Kisah Maryam (16-40)
• Kisah Nabi Ibrahim (41-65)
• Sikap manusia (66-82)
- Suka mempersoalkan kerja Allah SWT, “Adakah betul apabila kita sudah mati, kita akan dibangkitkan semula?” (66)
- Mencabar Nabi Muhammad SAW (73)
- Menyatakan Allah SWT akan memberi kemenangan juga kepada mereka di akhirat kerana memiliki harta dan anak yang ramai di dunia ini (77)
• Allah SWT mengizinkan iblis menghasut manusia (83-87)
• Kita akan bertemu Allah SWT secara bersendirian (88-98)
Surah Taha (Ta Ha) Ayat 1-135
Allah SWT bersumpah dengan huruf Tha Ha untuk membuktikan al-Quran bukan diturunkan untuk menyusahkan, tetapi ingatan kepada mereka yang takut kepada azab Allah SWT di akhirat nanti. Diakhiri dengan penyataan mereka yang pernah meminta supaya diutuskan rasul untuk mereka ikuti, tetapi apabila diutuskan Nabi Muhammad SAW dengan al-Quran, mereka menolak dan mempersendakannya.
Tema: Islam dan pedoman kebahagian
• Al-Quran diturunkan untuk mengingatkan kita (1-8)
• Kisah Nabi Musa (9-23)
• Nabi Musa bertemu Firaun (24-36)
• Nabi Musa dihanyutkan dalam sungai (37-52)
• Ahli sihir beriman dengan Nabi Musa (53-76)
• Pengikut Nabi Musa menyembah Samiri (77-101)
• Keadaan pada hari kiamat (102-112)
• Peranan al-Quran sebagai peringatan buat kita (113-131)
• Solat penting dalam hidup kita (132-135)
Doa-doa dalam Juzuk 16
رَبِّ إِنِّى وَهَنَ ٱلْعَظْمُ مِنِّى وَٱشْتَعَلَ ٱلرَّأْسُ شَيْبًۭا وَلَمْ أَكُنۢ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيًّۭا ٤
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (Maryam ayat 4)
رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى ٢٥ وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى ٢٦ وَٱحْلُلْ عُقْدَةًۭ مِّن لِّسَانِى ٢٧ يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى ٢٨
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku; (Taha ayat 25-28)
رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًۭا ١١٤
Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (Taha ayat 114)
Wallahua’lam
Rujukan
1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil