Sunday, September 3, 2023

Halaman 379 Al-Naml, 23-35

 PERKATAAN HARI INI

  خَبَأَ Menyembunyikan, menutupi. 1 kali disebut di dalam al-Quran

SINOPSIS   

1. Laporan daripada burung Hud-hud kepada Nabi Sulaiman AS (27:23-28)

2. Jawapan Ratu Balqis terhadap surat Nabi Sulaiman AS (27:29-35)

Mukadimah


Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada surah al-Naml, halaman 379.

Ayat 27:23


إِنِّى وَجَدتُّ ٱمْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِن كُلِّ شَىْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.

Pengajaran

  1. Burung hud-hud melaporkan bahawa dia dapati seorang perempuan yang mempunyai singgahsana dan kerajaan yang besar.

Ayat 27:24


وَجَدتُّهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ أَعْمَٰلَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ ٱلسَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ

"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -

Pengajaran

  1. Raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari, bukan kepada Allah SWT. 
  2. Hud-hud telah dilatih untuk mensucikan Allah SWT.
  3. Hud-hud membuat laporan bahawa syaitan memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan syirik itu lalu menghalang mereka dari jalan yang benar yang menyebabkan mereka tidak mendapat petunjuk.

Ayat 27:25


أَلَّا يَسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى يُخْرِجُ ٱلْخَبْءَ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ

"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

Pengajaran

  1. Syaitan menghalang mereka dari bersujud. 
  2. Syaitan menghias amalan-amalan mereka maka mereka tidak nampak jalan yang benar.
  3. Di langit ada yang tersembunyi. Dari langit turun wahyu. Di langit juga ada awan yang menurunkan hujan. 
  4. Hanya Allah SWT yang tahu mana yang bermanfaat, mana yang tidak. 
  5. Di dalam bumi, Allah SWT sembunyikan minyak, galian dan sebagainya. Semuanya untuk kita bersujud merendah diri kepadaNya.

Ayat 27:26


ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ ۩


"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".

Pengajaran

  1. Nabi Sulaiman AS menjawab bahawa Allah, tiada Tuhan selainNya dan Dia mempunyai Arasy yang besar.
  2. Ini cara untuk respon kepada komentar oleh seseorang. Baginda masih lagi maintain fokus kepada Allah SWT. Tidak cakap yang dia lebih berkuasa.

Ayat 27:27


قَالَ سَنَنظُرُ أَصَدَقْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ ٱلْكَٰذِبِينَ

Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.

Pengajaran

1. Baginda beritahu akan memikirkan adakah benar apa yang diperkatakan oleh hud-hud. 
2. Pelajaran untuk kita:
a. Hud-hud memberi laporan yang jelas.
b. Bila ahli pasukan kagum dengan sesuatu perkara, hendaklah kita kembalikan kepada Allah SWT yang lebih penting dipuji.
c. Bukan tentang kelebihan sahaja. Kekurangan juga kita perlu kembalikan kepada Allah SWT.
d. Jangan suka viralkan kekurangan orang lain. Kita minta dia kembali kepada Allah SWT. Jangan serahkan kepada manusia untuk buat komentar yang boleh menyebabkan masing-masing berbuat dosa sesama sendiri. Istighfar dan ingat kepada Allah SWT.

 

Ayat 27:28


ٱذْهَب بِّكِتَٰبِى هَٰذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَٱنظُرْ مَاذَا يَرْجِعُونَ

"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".

Pengajaran

  1. Nabi Sulaiman AS mengarahkan hud-hud menghantar surat baginda kepada Raja Balqis. Jika benar apa yang hud-hud katakan, pasti surat itu berbalas. 
  2. Nabi Sulaiman AS bertujuan untuk uji hud-hud dan Ratu Balqis.
  3. Nabi Sulaiman AS walaupun mempunyai kerajaan yang besar, baginda merendah diri tetapi tegas dan terus mengambil tindakan. 

Ayat 27:29


قَالَتْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمَلَؤُا۟ إِنِّىٓ أُلْقِىَ إِلَىَّ كِتَٰبٌ كَرِيمٌ

(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.

Pengajaran

1. Ratu Balqis memberitahu pembesar-pembesarnya bahawa dia telah terima surat yang mulia. 
2. Ini menandakan yang dia amat kagum pada isi kandungan surat itu. 

Ayat 27:30


إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمَٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): 

Pengajaran

  1. Ratu Balqis memberitahu surat itu daripada Nabi Sulaiman dan dia membacakan kandungan surat itu yang dimulakan dengan ٱلرَّحِيمِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱللَّهِ بِسْمِ .
  2. Ratu Balqis tahu Nabi Sulaiman AS mempunyai kerajaan yang hebat. Surat itu menandakan ia daripada seorang yang merendah diri kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Inilah roh basmallah. 

Ayat 27:31


أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

"Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). "

Pengajaran

  1. Dalam suratnya, Nabi Sulaiman AS mengingatkan Ratu Balqis supaya jangan meninggi diri terhadap baginda dan menjemput Ratu Balqis datang kepada bagida dengan menyerah diri beriman dan mematuhi ajaran agama Allah. 

Ayat 27:32


قَالَتْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمَلَؤُا۟ أَفْتُونِى فِىٓ أَمْرِى مَا كُنتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّىٰ تَشْهَدُونِ

Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya

Pengajaran

  1. Ratu Balqis meminta pembesar-pembesarnya untuk memberi respon mereka tentang perkara tersebut.
  2. Fatwa bukan sekadar halal haram. Ia adalah proses membuat keputusan berdasarkan hujah-hujah supaya yakin untuk mengambil tindakan.
  3. Aku (Ratu Balqis) tidak pernah buat suatu keputusan sampai sebelum kamu hadir dan beri pendapat.

Ayat 27:33


قَالُوا۟ نَحْنُ أُو۟لُوا۟ قُوَّةٍ وَأُو۟لُوا۟ بَأْسٍ شَدِيدٍ وَٱلْأَمْرُ إِلَيْكِ فَٱنظُرِى مَاذَا تَأْمُرِينَ

Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.

Pengajaran

  1. Pembesar-pembesar Ratu Balqis mengatakan bahawa mereka ada kekuatan untuk berperang. Mereka tidak cadangkan untuk pergi berperang yang boleh membawa kepada kemusnahan. Mereka kenal pasti kekuatan yang ada.
  2. Dalam hidup ini jangan kita mencari musuh, melaga-lagakan dua kumpulan yang awalnya tidak bermusuh. Jadilah penasihat seperti pembesar-pembesar Ratu Balqis ini. Mereka bekalkan data-data dan serahkan kepada ketua untuk membuat keputusan.

Ayat 27:34


قَالَتْ إِنَّ ٱلْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا۟ قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوٓا۟ أَعِزَّةَ أَهْلِهَآ أَذِلَّةً وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.

Pengajaran

  1. Ratu Balqis berkata jika berperang, ia boleh merosakkan dan menterbalikkan sesuatu keadaan. Orang yang mulia dihina, orang yang jahat diangkat. 

Ayat 27:35


وَإِنِّى مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌۢ بِمَ يَرْجِعُ ٱلْمُرْسَلُونَ

"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita"

Pengajaran

1. Ratu Balqis membuat keputusan untuk menghantar hadiah kepada Nabi Sulaiman AS.
2. Kemudian dia menunggu balasan daripada Nabi Sulaiman AS.

RESOLUSI

Ingat!
1. Melaporkan segala info untuk mencapai visi organisasi (27:23)
2. Sahkan kebenaran sesuatu laporan (27: 27)
3. Mulakan sesuatu dengan Basmalah (27:30)

Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya mulakan sesuatu dengan Basmallah.

Saya jelas untuk melaporkan segala info untuk mencapai visi organisasi. Saya jelas saya mesti sahkan kebenaran sesuatu laporan. Saya jelas saya mesti mulakan sesuatu dengan Basmalah.
 
Ya Allah, ingatkan kami untuk melaporkan segala info untuk mencapai visi organisasi. Ya Allah, bimbing kami sahkan kebenaran sesuatu laporan. Ya Allah, ingatkan kami untuk mulakan sesuatu dengan Basmalah.

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib. 

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...