PERKATAAN HARI INI
جَحَدَ Mengingkari, menafikan. 12 kali disebut di dalam al-Quran
SINOPSIS
2. Nikmat yang banyak untuk Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS (27:15-19)
3. Kisah burung Hud-hud bersama Nabi Sulaiman AS (27:20-22)
Mukadimah
kita terus ceria bersama al-Quran untuk mengutip permata demi permata dari Surah al-
Naml, surah semut.
baginda membawa mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT.
Ayat 27:14
وَجَحَدُوا۟ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ
meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang
melakukan kerosakan. Berdoa dan perbanyakkan amalan kebaikan supaya kita terhindar
daripada bencana.
Pengajaran
- Mereka ingkar secara zalim dan sombong apa yang dibawa oleh Nabi Musa AS. Merekarasakan diri mereka yang percayakan Firaun sahaja yang betul. Mereka cuba yakinkandiri mereka perkara yang tidak betul.
- Kesan orang yang membuat kerosakan, mereka ditenggelamkan. Mereka diazab olehAllah SWT.
- Bila mereka melawan kehebatan mukjizat Nabi Musa AS, mereka di azab oleh Allah SWT. Kalau melawan Nabi SAW setelah mendapat al-Quran, ini adalah amaran bagi orang Quraisy, begitu juga amaran kepada kita.
Ayat 27:15
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ وَسُلَيْمَٰنَ عِلْمًا وَقَالَا ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ ٱلْمُؤْمِنِينَ
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
Pengajaran
- Misi Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS ialah dakwah menggunakan kepimpinan dan kemajuan teknologi.
- Mereka diberi ilmu oleh Allah SWT. Mereka merendah diri dan bersyukur dengan anugerah Allah SWT yang diberi kepada mereka.
- Kita juga perlu bersyukur dengan apa sahaja kelebihan yang Allah SWT beri. Ucapkan, "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
Ayat 27:16
وَوَرِثَ سُلَيْمَٰنُ دَاوُۥدَ وَقَالَ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ ٱلطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَىْءٍ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلْفَضْلُ ٱلْمُبِينُ
Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan
burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan);
sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
Pengajaran
- Nabi Sulaiman AS mewarisi pangkat kenabian dan ilmu pengurusan kerajaan.
- Baginda boleh memahami pertuturan burung, boleh kawal angin, dan jin.
- Nabi Sulaiman AS bersyukur dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT.
Ayat 27:17
وَحُشِرَ لِسُلَيْمَٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ وَٱلطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ
Pengajaran
- Baginda mengumpulkan dan mengatur keadaan dan perjalanan tenteranya darikalangan jin, manusia serta burung. Mereka berbaris dengan tertib. Dibahagi-bahagikantugas mengikut struktur.
- Kita belajar di sini tentang pengurusan sumber. Baginda tidak duduk diam, relax goyang kaki, tetapi baginda mengurus sumbernya dengan baik.
Ayat 27:18
حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوْا۟ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمْلُ ٱدْخُلُوا۟ مَسَٰكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman
dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
Pengajaran
- Bila mereka bergerak dan sampai ke lembah semut, Nabi Sulaiman AS terdengarpermaisuri semut menyuruh semut-semut masuk ke dalam sarang supaya tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman AS dan tenteranya.
- Permaisuri itu positif kepada Nabi Sulaiman bahawa baginda tidak akan memijak semut-semut dengan sengaja.
- Permaisuri semut itu proaktif, amat bertanggungjawab, mempunyai kemahiran pengurusan risiko yang sepatutnya dicontohi dalam keadaan kita sekarang ini.
- Sebelum terjadi sesuatu, pemimpin perlu bertanggungjawab, buat pengurusan risiko, dan sentiasa bersiap sedia mengurus sumber seperti yang diajar oleh permaisuri semut dan Nabi Sulaiman AS.
berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang
Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan
amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam
kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
Pengajaran
- Nabi Sulaiman AS datang bersama tentera yang ramai dan pasti keadaan bising tetapi baginda masih mendengar perkataan permaisuri semut. Ini menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman AS ini amat detail orangnya.
- Dalam pengurusan, kita perlukan secara mikro dan makro, menguruskan data yang ada untuk respon dan buat sesuatu yang patut.
- Nabi Sulaiman AS tersenyum, kagum dengan komitmen permaisuri semut itu. Mereka proaktif sebagai satu kumpulan.
- Nabi Sulaiman AS berdoa untuk diilhamkan menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmatNya dan bersyukur dengan ibu bapanya dan mengizinkannya untuk beramal soleh yang diredhai Allah SWT.
- Jika kita tidak ada ilham, kita akan merasa yang diri kita ini hebat sebab kita hebat, terlupa bahawa semuanya adalah nikmat kurniaan daripada Allah SWT. Nabi Sulaiman AS juga memohon rahmat dan redha daripada Allah SWT.
- Semut buat kerja baik, kita juga hendak buat kerja baik dan mejadi dalam kalangan orang-orang yang baik.
Ayat 27:20
وَتَفَقَّدَ ٱلطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِىَ لَآ أَرَى ٱلْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ ٱلْغَآئِبِينَ
tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari
mereka yang tidak hadir?
Pengajaran
- Nabi Sulaiman AS memeriksa tenteranya dan bertanya tentang seekor burung hud-hud. Baginda tidak nampak hud-hud itu.
- Inilah ciri pemimpin yang merendah diri, bertanya dengan beradab. Ini adalah model kasih sayang dan pada masa yang sama, tegas.
Ayat 27:21
aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang
membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
Pengajaran
- Hud-hud adalah tentera yang membantu Nabi Sulaiman AS. Baginda tegas dan akan menghukumnya kecuali jika hud-hud ada alasan yang baik.
- Ini adalah contoh pemimpin yang prihatin dan tegas dalam menjalankan amanah.
Ayat 27:22
فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِۦ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍۭ بِنَبَإٍ يَقِينٍ
Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup
mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar
berita yang diyakini kebenarannya.
Pengajaran
- Nabi Sulaiman menunggu hud-hud sampai.
- Hud-hud membawa berita besar yang diyakini kebenarannya. Nabi Sulaiman AS tidak tahu tentangnya.
- Hud-hud adalah tentera yang buat kerja denga proaktif, tidak hanya menunggu arahan bos.
RESOLUSI
Ingat!
2. Susun struktur dengan skop yang jelas dalam melaksanakan kerja (27:18)
3. Prihatin dengan pengikut atau rakyat (27:18)
struktur dengan skop yang jelas dalam melaksanakan kerja. Saya jelas saya mesti prihatin
dengan pengikut atau rakyat.
bimbing kami untuk susun struktur dengan skop yang jelas dalam melaksanakan kerja. Ya
Allah, bimbing kami untuk jadi orang yang prihatin dengan pengikut atau rakyat.
kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan
hamba-hambaMu yang soleh.
kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan
doa kami Ya Allah Ya Mujib.