Sunday, October 29, 2023

Halaman 520-521 Surah Al-Dhariyat (51:1-30)

 

PERKATAAN HARI  INI


هَجَعَ Tidur, tenang. 

1 kali disebut di dalam al-Quran





SINOPSIS

  1. Sumpah sebagai penegasan terjadinya Ba'ts (51:1-6)
  2. Sikap orang Musyrik mengenai Ba'ts (7-14)
  3. Sifat orang yang bertakwa dan balasannya (15-23)
  4. Kisah tetamu Nabi Ibrahim AS dan berita gembira kelahiran Nabi Ishak AS (24-30)


Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada Surah Al-Dhariyat yang bermaksud 'Angin yang menerbangkan'.

 

Ini adalah surah yang banyak bercerita tentang rezeki.

 

Ayat 51:1

 

وَٱلذَّٰرِيَـٰتِ ذَرْوًا

 

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT bersumpah dengan angin yang menerbang dan menaburkan debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya, dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya.

 

Ayat 51:2

 

فَٱلْحَـٰمِلَـٰتِ وِقْرًا

 

Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -

 

Pengajaran

 

  1. Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya ke tempat yang dikehendaki.

 

Ayat 51:3

 

فَٱلْجَـٰرِيَـٰتِ يُسْرًا

 

Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -

 

Pengajaran

 

  1. Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya.

 

Ayat 51:4

 

فَٱلْمُقَسِّمَـٰتِ أَمْرًا

 

Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;

 

Pengajaran

 

  1. Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya.

 

Ayat 51:5

 

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ

 

(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;

 

Pengajaran

 

  1. Sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu mengenai hari akhirat tetap benar;

 

Ayat 51:6

 

وَإِنَّ ٱلدِّينَ لَوَٰقِعٌ

 

Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.

 

Pengajaran

 

  1. Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
  2. Di akhirat nanti kita akan ditanya tentang hutang kita. Nikmat yang Allah telah berikan seperti kereta, rumah, kepandaian, keluarga, semuanya itu adalah anugerah dan ia adalah hutang yang akan ditanya.
  3. Untuk lulus hutang tersebut, pastikan ianya diurus dengan agama.
  4. Hari pembalasan itu yang berharga adalah diuruskan dengan asas agama semasa di dunia.

 

Ayat 51:7

 

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْحُبُكِ

 

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

 

Pengajaran

 

  1. Allah bersumpah bahawa hari kiamat itu pasti berlaku.
  2. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya. Masing-masing bergerak mengikut paksi masing-masing.

 

Ayat 51:8

 

إِنَّكُمْ لَفِى قَوْلٍ مُّخْتَلِفٍ

 

Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).

 

Pengajaran

 

  1. Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

 

Ayat 51:9

 

يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ

 

Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).

 

Pengajaran

 

  1. Dipalingkan daripada perselisihan itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran.
  2. Orang yang ikhlas mencari kebenaran tidak akan berbalah.

 

Ayat 51:10

 

قُتِلَ ٱلْخَرَّٰصُونَ

 

Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,

 

Pengajaran

 

  1. Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja.

 

Ayat 51:11

 

ٱلَّذِينَ هُمْ فِى غَمْرَةٍ سَاهُونَ

 

(Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).

 

Pengajaran

 

  1. Orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan hari pembalasan akan mengeluarkan pendapat tanpa berlandaskan ilmu yang benar. Mereka akan dibinasakan oleh Allah SWT.

 

Ayat 51:12

 

يَسْـَٔلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلدِّينِ

 

Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"

 

Pengajaran

 

  1. Mereka bertanya secara mengejek (أَيَّانَ): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"

 

Ayat 51:13

 

يَوْمَ هُمْ عَلَى ٱلنَّارِ يُفْتَنُونَ

 

(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT menjawab: Hari itu ialah hari mereka diseksa dengan dibakar atas api neraka.

 

Ayat 51:14

 

ذُوقُوا۟ فِتْنَتَكُمْ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَسْتَعْجِلُونَ

 

(Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".

 

Pengajaran

 

  1. Mereka berada di neraka yang mana mereka dicairkan seperti emas dicairkan. Berada pada didihan yang tinggi.
  2. Sambil dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".

 

Ayat 51:15 Motivasi Takwa

 

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ

 

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.

 

Pengajaran

 

  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.

 

Ayat 51:16

 

ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ

 

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

Pengajaran

 

  1. Keadaan mereka di sana sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka.
  2. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

Ayat 51:17 Rahsia Cemerlang

 

كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

 

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

 

Pengajaran

 

  1. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

 

Ayat 51:18

 

وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

 

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

 

Pengajaran

 

  1. Dan pada waktu akhir malam sebelum fajar pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun.

 

Ayat 51:19

 

وَفِىٓ أَمْوَٰلِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّآئِلِ وَٱلْمَحْرُومِ

 

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

 

Pengajaran

 

  1. Dan pada harta-harta mereka, ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri daripada meminta.
  2. Ada orang yang tidak meminta-minta kerana menjaga kemuliaan diri sendiri.
  3. Sifat orang cemerlang yang dimasukkan ke dalam syurga, dia tahu bila ada rezeki harta, harta itu bukan milik mereka. Jadi harta itu disalurkan pada orang yang berhak.       

 

Ayat 51:20

 

وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَـٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

 

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

 

Pengajaran

 

  1. Orang-orang cemerlang, dia yakin dengan ayatullah (tanda-tanda kekuasaan Allah) di muka bumi.
  2. Dan pada bumi ada tanda-tanda yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mahu mencapai pengetahuan yang yakin.

 

Ayat 51:21

 

وَفِىٓ أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

 

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

 

Pengajaran

 

  1. Orang-orang cemerlang itu juga, perhatikan diri mereka sendiri.
  2. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan dalil-dalil dan bukti itu?

 

Ayat 51:22

 

 وَفِى ٱلسَّمَآءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ


Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

 

Pengajaran

 

  1. Dan di langit pula terdapat sebab-sebab rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan dan dijanjikan kepada kamu.
  2. Untuk menjemput rezeki: solat malam, istighfar waktu sahur, beri kepada orang yang memerlukan.

 

Ayat 51:23

 

فَوَرَبِّ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ إِنَّهُۥ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَآ أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ

 

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.

 

Pengajaran

 

  1. Apa sahaja yang dikatakan Nabi Muhammad itu adalah benar dan tidak dapat dinafikan lagi.
  2. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya apa yang tersebut itu tetap benar, tidak patut diragu-ragukan sebagaimana tidak sepatutnya diragukan benarnya kamu dapat berkata-kata.

 

Ayat 51:24 Contoh individu yang bertakwa

 

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْمُكْرَمِينَ

 

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT menceritakan tentang Nabi Ibrahim AS yang memuliakan tetamu.

 

Ayat 51:25

 

إِذْ دَخَلُوا۟ عَلَيْهِ فَقَالُوا۟ سَلَـٰمًا ۖ قَالَ سَلَـٰمٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ

 

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

 

Pengajaran

 

  1. Tetamu yang datang itu memberi ucapan salam: "Salam sejahtera kepadamu!"
  2. Nabi Ibrahim AS menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu!" sambil berkata dalam hati: mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

Ayat 51:26

 

فَرَاغَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ فَجَآءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ

 

Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).

 

Pengajaran

 

  1. Kemudian Nabi Ibrahim AS masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk yang dipanggang.
  2. Apa yang rezeki ada pada Nabi Ibrahim, baginda beri kepada tetamu.
  3. Adab kepada tetamu ialah menyediakan makanan dan hidangan terbaik.

 

Ayat 51:27

 

فَقَرَّبَهُۥٓ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ

 

Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".

 

Pengajaran

 

  1. Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".

 

Ayat 51:28

 

فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً ۖ قَالُوا۟ لَا تَخَفْ ۖ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَـٰمٍ عَلِيمٍ

 

(Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.

 

Pengajaran

 

  1. Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu, maka ia merasa takut dari keadaan mereka.
  2. Melihat kecemasannya, malaikat berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim".
  3. Mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
  4. Ianya adalah berita bakal kelahiran Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Sarah.

 

Ayat 51:29

 

فَأَقْبَلَتِ ٱمْرَأَتُهُۥ فِى صَرَّةٍ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ

 

(Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"

 

Pengajaran

 

  1. Ayat ini adalah respon daripada isteri Nabi Ibrahim AS.
  2. Mendengarkan berita yang mengembirakan itu, maka datanglah isterinya sambil menjerit kehairanan lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, bagaimana aku boleh mendapat anak?"

 

Ayat 51:30

 

قَالُوا۟ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ ۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْعَلِيمُ

 

Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".

 

Pengajaran

 

  1. Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, kami hanya menyampaikan sahaja; Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".
  2. Pelajaran: Bila buat kebaikan, raikan tetamu, akan dapat rezeki. Anak itu juga bentuk rezeki.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


  1. Usaha bangun malam mengerjakan ibadah dan berdoa mohon keampunan (17-19)
  2. Jaga adab dengan memberi salam apabila bertandang ke rumah orang (25)
  3. Menyambut kedatangan tetamu dan memuliakannya dengan jamuan (26)

 

Saya berasa lega, Allah SWT akan berikan rezeki kalau saya buat kebaikan.

 

Saya jelas saya mesti usaha bangun malam mengerjakan ibadah dan berdoa mohon keampunan. Saya jelas saya mesti jaga adab dengan memberi salam apabila bertandang ke rumah orang. Saya jelas saya mesti menyambut kedatangan tetamu dan memuliakannya dengan jamuan.

 

Ya Allah, bimbing kami untuk bangun malam mengerjakan ibadah dan berdoa mohon keampunan. Ya Allah, bimbing kami untuk jaga adab dengan memberi salam apabila bertandang ke rumah orang. Ya Allah, jadikan kami orang menyambut kedatangan tetamu dan memuliakannya dengan jamuan.

 

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.











Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...