PERKATAAN HARI INI
Diulang 2 kali sahaja di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Keadaan hari kiamat yang dahsyat dan manusia terbahagi kepada dua golongan [84 :1-15].
2. Allah SWT bersumpah dengan perjalanan kehidupan manusia yang silih berganti [84 :16-25]
Mukadimah
Surah al Insyiqaq , surah ke lapan puluh empat dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang menagndungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah,
Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Ada persamaan dengan surah sebelumnya, surah al Infittar dimana Allah SWT memanggil manusia. Surah Infittar di dalamnya Allah panggil manusia dan bertanya apa sebab sehingga manusia lalai dan berbuat derhaka. Manakala dalam surah al Insyiqaq Allah SWT masih panggil manusia , tapi kali ini Allah terus mengingatkan bahawa sesibuk mana manusia dengan kehidupan mereka , pasti semua manusia akan bertemu dengan Allah SWT samada dalam keadaan manusia taat atau engkar.
Allah SWT ingatkan bahawa hari kiamat dan kematian itu pasti berlaku supaya terpasak dalam jiwa manusia. Setiap manusia itu akan dibalas setimpal dengan amal mereka. Manusia perlu siapkan bekal melaluinya.
Ayat [ 84 :1-6]
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ ١
Apabila langit terbelah,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ٢
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ ٣
Dan apabila bumi diratakan,
وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ ٤
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ٥
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًۭا فَمُلَـٰقِيهِ ٦
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Pengajaran
- Allah SWT memulakan bersumpah dengan langit, salah satu ciptaannya. Langit sentiasa patuh pada perintah Allah SWT, seperti sentiasa kukuh di atas bumi, menurunkan hujan ke bumi dan terpecah bila sampai masanya kiamat.
- Allah SWT ingatkan manusia dengan gambaran apa yang berlaku kepada ciptaannya pada hari kiamat.
- Allah terus mengingatkan bahawa sesibuk mana manusia dengan kehidupan mereka dengan rutin harian atau mencari rezeki dalam kehidupan , samada dalam keadaan manusia taat atau engkar, samada sedar atau tidak, semua manusia itu akan bertemu dengan Allah SWT
- Maka hendaklah kita berusaha menjadi manusia yang وَأَذِنَتْ , iaitu taat selepas mendengar ayat-ayat Al Quran .
- Teruskan كَادِحٌ bersungguh-sungguh belajar al Quran dengan memberi perhatian akan bacaan al Quran supaya betul baccan seperti mana malaikat ajarkan kepada ar Rasul s.a.w dan berusaha memahami maksud perintah Allah SWT dalam bahasa arab itu supaya dapat dilaksanakan كَادِحٌ bersungguh-sungguh dalam ketaatan dengan baik.
- Hendaklah kita juga sentiasa ingat bahawa segala kerja buat kita dicatat secara terperinci oleh malaikat .
فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ٧
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Pengajaran
- Allah SWT mengingatkan manusia bahwa manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut taat atau engkar untuk dibalas setimpal kerja buat mereka sepanjang kehidupan.
- Berusaha kita untuk menjadi manusia yang كَادِحٌ bekerja keras dari golongan kanan, iaitu orang yang taat dengan perintah Allah SWT dalam al Quran walau apa peranan dan tanggungjawab.
- Berusaha كَادِحٌ bersungguh dalam taat muga kita tergolongan yang mudah hisabannya dan beroleh kitab dari sebelah kanan bersama bergembira bersama ahli keluarga.
- Muga kita terhindar dari golongan yang menerima buku catatan dari belakang .
- Hendaklah kita sentiasa ingat kedahsyatan hari kiamat dan hari pembalasan yang azab agar taat.
- Ingatan ini mampu pendorong supaya kita adil dan berakhlak mulia serta tidak mementingkan habuan dunia yang sementara berbanding balasan di akhirat azab atau nikmat dan yang kekal itu.
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ ١٨
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍۢ ١٩
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ٢٠
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ ٢١
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ ٢٢
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ ٢٣
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢٤
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ ٢٥
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Pengajaran
- Allah SWT bersumpah dengan waktu mega merah, waktu senja yang supaya manusia mengambil perhatian dan mengambil pengajaran akan kekuasaanNya Allah SWT.
- Allah SWT menjadikan malam yang sifatnya وَسَقَ, menyelubungi dan memenuhi agar manusia memanafaatnya sebaiknya untuk taat dan mengumpul redha Allah SWT.
- Allah SWT bersumpah dengan bulan purnama, juga untuk manusia merenung dan mengambil ibrah, dari hilal menjadi bulan purnama dan kebolehan bulan membalikkan cahaya matahari sehingga memberi sedikit cahaya kepada bumi di malam hari.
- Manusia perlu sedar mereka melalui طَبَقًا عَن طَبَقٍۢ fasa-fasa dalam kehidupan dengan berbagai ujian supaya dalam masa yang sama memberi manafaat kepada manusia dan alam sehingga manusia mati.
- Setiap sesuatu akan dicatatkan dan dipertangjawabkan di akhirat nanti, maka pastikan sentiasa taat.
- Jagalah akhlak kita dengan Allah SWT samada siang atau malam begitu juga samada sendiri atau dihadapan manusia.
- Takutlah kita tergolong dalam yang akan diseksa di neraka. Waiyazubillah.
- Akhlak kita dengan Allah SWT dengan taat melaksanaka akan perintahnya setelah kita mendengar , membaca dan memahami al Quran dapat menyelamatkan kita dari sesat didunia dan diseksa di akhirat.
- Ingatan bahawa orang beriman yang beramal soleh akan mendapat pahala dan balasan yang tidak putus-putus akan memberi semangat untuk kita istiqomah beramal soleh.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Tanam azam matlamat kehidupan dunia dengan formula dan jalan menuju kejayaan akhirat
2. Hargai dan nikmati setiap fasa kehidupan dengan tingkatkan amal soleh.
3. Bersegera tunduk dan patuh pada segala panduan al Quran tanpa ragu setelah mendengarnya.
Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana saat pertemuan dengan Allah SWT itu tidak diketahui tetapi ia pasti dimulai dengan kiamat kecil iaitu kematian dan diikuti dengan hari kiamat dan hari pembalasan.
Saya jelas untuk beriman dengan al Quran dan hari kiamat dan hari pembalasan..
Saya juga jelas untuk bersegera membuat persiapan untuk taat sepanjang fasa kehidupan menuju hari kiamat dan hari pembalasan berasaskan apa yang saya dengar, baca dan fahami.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat dengan cara baca, faham, amal panduan kehidupan dari Allah SWT iaitu al Quran.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga.
Ya Allah, kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.