PERKATAAN HARI INI
Diulang 1 kali sahaja di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Allah SWT beri amaran kepada usahawan [83 :1-6]
2. Kitab catatan keburukan dan kisah orang yang derhaka di Sijjin [83 :7-17]
3. Kitab catatan kebaikan dan keadaan orang yang berbakti di Illiyyin [83 :18-28]
4. Kejahatan dan penghinaan pendosa terhadap orang beriman [83 : 29-36]
Mukadimah
Surah al Mutaffifin , surah ke lapan puluh tiga dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang menagndungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, Surah Makiyyah adalah surah yang memasakkan akidah. yang menyentuh memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Manakala surah Madaniyyah memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Allah SWT amat mementingkan akhlak hambanya dalam kehidupan seharian. Allah SWT mengangkat akhlak buruk usahawan supaya dijauhi hambanya kerana dalam setiap perbuatan akan dicatat dan akan dibalas di akhirat.
Ayat [ 83 :1-6]
وَيْلٌۭ لِّلْمُطَفِّفِينَ ١
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكْتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسْتَوْفُونَ ٢
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ ٣
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
أَلَا يَظُنُّ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ ٤
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
لِيَوْمٍ عَظِيمٍۢ ٥
Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
يَوْمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٦
Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
Pengajaran
- Allah SWT mencela golongan mutaffifin, yang melampau dalam urusan ekonomi kehidupan sesama manusia, mencuri dalam interaksi dengan manusia walaupun kecil dan tidak kelihatan.
- Allah SWT mengingatkan manusia supaya sentiasa ingat akan hari kiamat dan hari pembalasan supaya berlaku adil dalam berniaga samada kita pembeli atau penjual dan dalam bermuamalat.
- Hendaklah kita sentiasa ingat kedahsyatan hari kiamat dan hari pembalasan yang azab agar taat.
- Ingatan ini mampu menjadi pendorong supaya kita adil dan berakhlak mulia serta tidak mementingkan habuan dunia yang sementara berbanding balasan di akhirat yang azab dan kekal.
- Jagalah akhlak kita bila berinteraksi ekonomi , samada kita penjual atau pembeli, samada majikan ataupun pekerja, supaya sentiasa berlaku adil mengikut ajaran al Quran .
كَلَّآ إِنَّ كِتَـٰبَ ٱلْفُجَّارِ لَفِى سِجِّينٍۢ ٧
Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا سِجِّينٌۭ ٨
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,
كِتَـٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ ٩
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
وَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ ١٠
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -
ٱلَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ ١١
Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.
وَمَا يُكَذِّبُ بِهِۦٓ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ ١٢
Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ءَايَـٰتُنَا قَالَ أَسَـٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ ١٣
(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ١٤
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّمَحْجُوبُونَ ١٥
Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.
ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُوا۟ ٱلْجَحِيمِ ١٦
Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.
ثُمَّ يُقَالُ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ١٧
Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."
Pengajaran
- Allah SWT mengingatkan manusia supaya sentiasa ingat akan hari kiamat dan hari pembalasan supaya berlaku adil dalam bermuamalat sepanjang kehidupan.
- Akhlak buruk adalah tindakan melampau yang mampu رَانَ menutup hati sehingga mengeraskan hati dari menerima hidayah.
- Pelihara diri dari dan jauhi diri dari menjadi golongan مُعْتَدٍ أَثِيمٍ , golongan melampau kepada Allah SWT dan ar Rasul s.a.w kerana sudah biasa engkar,dan menolak nasihat kebaikan.
Ayat [ 83 :18-28]
كَلَّآ إِنَّ كِتَـٰبَ ٱلْأَبْرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ ١٨
Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا عِلِّيُّونَ ١٩
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?
كِتَـٰبٌۭ مَّرْقُومٌۭ ٢٠
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,
يَشْهَدُهُ ٱلْمُقَرَّبُونَ ٢١
Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ ٢٢
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ٢٣
Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
تَعْرِفُ فِى وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ ٱلنَّعِيمِ ٢٤
Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍۢ مَّخْتُومٍ ٢٥
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
خِتَـٰمُهُۥ مِسْكٌۭ ۚ وَفِى ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ ٱلْمُتَنَـٰفِسُونَ ٢٦
Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
وَمِزَاجُهُۥ مِن تَسْنِيمٍ ٢٧
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
عَيْنًۭا يَشْرَبُ بِهَا ٱلْمُقَرَّبُونَ ٢٨
laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
Pengajaran
- Allah SWT menyimpan catatan baik dalam Illiyyin, iaitu amal golongan ٱلْأَبْرَارَ , mereka yang menjaga diri dengan akhlak Al Quran di mana jua mereka berada.
- Golongan ٱلْأَبْرَارَ , mereka akan beroleh syurga penuh nikmat atas ketaatan mereka.
Ayat [ 83 :29-36]
إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجْرَمُوا۟ كَانُوا۟ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يَضْحَكُونَ ٢٩
Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
وَإِذَا مَرُّوا۟ بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ ٣٠
Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَهْلِهِمُ ٱنقَلَبُوا۟ فَكِهِينَ ٣١
Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;
وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ ٣٢
Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"
وَمَآ أُرْسِلُوا۟ عَلَيْهِمْ حَـٰفِظِينَ ٣٣
Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!
فَٱلْيَوْمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنَ ٱلْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ ٣٤
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.
عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ٣٥
Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
هَلْ ثُوِّبَ ٱلْكُفَّارُ مَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ ٣٦
(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"
Pengajaran
- Jangan sesekali kita meremehkan atau mendustakan hari kematian dan hari kiamat kerana ianya pasti berlaku.
- Jaga kata-kata, gerak badan dan memek muka kerana keengkaran dari taat pada Allah SWT membawa seseorang ke neraka.
- Jauhi berakhlak buruk , mentertawa dan mengejek orang beriman dan mereka yang berbuat kebaikan.
- Jaga diri kita dan keluarga kita supaya sentiasa taat dan selamat dari tertipu dengan kehidupan dunia. Muga muga kita dan ahli keluarga selamat dari celaan Allah SWT dan selamat dari api neraka.
- Pelihara iman dan amal supaya selamat dan beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Didik diri dan keluarga supaya sentiasa berakhlak dengan akhlak al Quran.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Segera jauhi dan sucikan diri dari dosa agar hati tidak tertutup menerima kebenaran.
2. Berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana kemanisan ganjaran syurga tiada tandingan.
3. Terus mengangkat nilai-nilai Islam dalam diri walau ditertawakan orang lain.
Lega kerana Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada hambaNya dalam al Quran hatta kepada perkara yang akhlak dalam interaksi ekonomi sesama manusia dan supaya berlaku adil yang biasa dipandang remeh oleh manusia.
Lega rasa diri, Allah SWT tidak pernah jemu menggambarkan keadaan hari kiamat dan hari pembalasan supaya manusia membaca, memahami dan mengambil tindakan dari ayat-ayat yang manusia baca dan manusia dengar. Allah SWT saat cinta kepada hambaNya yang membuat pilihan terbaik buat kehidupan di dunia dan akhirat berpandukan kalamNya, al Quran.
Saya jelas untuk beriman dengan al Quran dan hari kiamat . Saya juga jelas untuk berasa gerun dengan hari kiamat kerana ia sepatutnya menjadikan saya lebih taat dan bersedia menghadapinya.
Saya jelas untuk sentiasa memerdekakan diri dari amalan jahiliah dan dari mengikut hawa nafsu yang mengutamakan cinta dunia berbanding kehidupan akhirat yang kekal
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat dengan cara baca, faham, amal panduan kehidupan dari Allah SWT iaitu al Quran.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia .
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat .
Ya Allah, kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.