Monday, May 1, 2023

Halaman 5 : Al-Baqarah, 2:25-29

PERKATAAN HARI INI


بشر  Beri khabar gembira
123 kali disebut dalam al-Quran.


SINOPSIS   

  1. Khabar baik untuk orang beriman dan beramal soleh (2:25)
  2. Faedah dibuat perumpamaan bagi manusia dalam al-Quran (2:26-27)
  3. Tanda-tanda kekuasaan Allah (2:28-29)

Ulangkaji Ayat 23-24 

وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍۢ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍۢ مِّن مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ٢٣

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَـٰفِرِينَ ٢٤

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.


Pengajaran

Menceritakan tentang orang-orang yang tidak beriman kepada Allah SWT, disiapkan untuk mereka neraka. 


Ayat 25 

وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍۢ رِّزْقًۭا ۙ قَالُوا۟ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهًۭا ۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌۭ مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٥

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.


Pengajaran

Allah menyuruh Nabi Muhammad SAW sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Bassyir adalah tugas Nabi. Orang yang tidak mahu mendengar akan mendapat nadzir (peringatan) daripada Nabi. Orang beriman dan beramal soleh buat apa yang mereka percaya berasaskan ilmu al-Quran dan sunnah.

Apakah khabar gembira tersebut? 

Allah sediakan untuk mereka taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan diberi rezeki buah-buahan yang disukai. Mereka juga diberikan pasangan yang suci di dalam syurga, dan mereka kekal di dalamnya. Syurga itu bertingkat-tingkat. Yang atas untuk orang yang lebih baik.

Kenapa sungai? Kerana sungai lambang mata air, dan kita amat suka kepada nikmat ini.

Kenapa buah? Sebab buah adalah lambang hiburan, kerana di syurga makan bukan kerana lapar tetapi kerana suka-suka untuk gembira.

Pasangan akan jadi lebih cantik/handsome di syurga. 

Basyar - kaitan dengan manusia

Kulit luar --> khabar gembira --> rembes hormon gembira (dopamin dan serotonin) --> seronok dan bersemangat untuk beriman dan beramal soleh dan lakukan ciri-ciri taqwa. 


Ayat 26 

۞ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًۭا مَّا بَعُوضَةًۭ فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلًۭا ۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًۭا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًۭا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَـٰسِقِينَ ٢٦

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;


Pengajaran

Bagaimana hendak dapat syurga? 

Allah berikan perumpamaan seekor nyamuk yang kecil, kotor, dan hisap darah. Nyamuk pernah menumbangkan Raja Namrud pada zaman Nabi Ibrahim, dan nyamuk menyebabkan ramai orang mati dan banyak wang dilaburkan untuk kajiannya. 

Sekarang, pada tahun 2020 Allah hantar COVID19 yang lebih kecil daripada nyamuk, yang menyebabkan berjuta-juta orang mati, meruntuhkan ekonomi dan memecah-belahkan negara-negara besar ataupun ia boleh menyebabkan orang lebih dekat kepada Tuhan. Allah berkuasa buat apa saja dengan tujuan untuk memberi peringatan dan mengembalikan manusia ke jalan yang benar. 

Ini adalah pelajaran untuk orang beriman. Ramai orang sesat tidak boleh ambil pelajaran daripada nyamuk. Allah ingin membina ilmu agar kita lebih jelas untuk ambil pelajaran. Perumpamaan ini bukan main-main. Allah sayang kepada kita.

Melalui perumpamaan ini ramai yang Allah biarkan sesat kerana keingkarannya dan tidak mahu memahami petunjuk-petunjuk Allah.


Ayat 27-29

ٱلَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مِيثَـٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦٓ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ ٢٧

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِٱللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَٰتًۭا فَأَحْيَـٰكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ٢٨

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًۭا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَـٰوَٰتٍۢ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ ٢٩

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Pengajaran

Fasik ialah orang yang melanggar ketentuan agama dan orang yang derhaka (tidak mahu menyerah kepada Tuhan).

3 ciri orang derhaka:

  1. Melanggar perjanjian dengan Allah setelah berjanji semasa alam roh - Alastu birabbikum. Bala syahidna. Allah ingatkan balik kerana kita sudah lupa.
  2. Memutuskan apa yang Allah perintah untuk dihubungkan. Sambung syariat daripada Nabi Musa kepada Nabi Muhammad SAW, sambung hubungan silaturahim, tidak boleh putuskan hubungan persaudaraan.
  3. Membuat  kerosakan di muka bumi. 

Orang Fasik betul-betul rugi kerana Allah isytiharkan mereka total loss, yang betul-betul habis di dunia ini (al-khasirun).

Jangan lupa, Allah bagi peluang kepada kita. Allah memang baik, jadi kita kena jadi baik. Kehidupan pertama di dunia mesti manfaatkan apa yang ada untuk bertemu dengan kehidupan kedua yang kekal abadi, ceria gembira selama-lamanya. Kalau kita dah happy-happy di sini, segala kegembiraan sudah diambil, bimbang kita menempah kesengsaraan semasa kehidupan kedua. 

Allah sudah bagi hadiah, jadi kita kena bagi perhatian. Cepat-cepat baiki kehidupan kita untuk menghadapi kehidupan kedua yang lebih serious lagi. Kalau kita buat persediaan kita akan dapat kebahagiaan.

Apa potensi yang Allah bekalkan kepada kita semua? Allah menjadikan segala yang ada di bumi untuk kita. Begitu juga segala yang ada di tujuh lapisan langit adalah untuk kita juga. Maka kita kenalah buat kajian, tambah ilmu bagaimana untuk manfaatkan segala ciptaan Allah untuk kita. Sudah pastinya untuk belajar dan mengkaji, kita kena memohon doa kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.


RESOLUSI

Ingat !!

  1. Ingin nikmat dahulu? Iman dan amal soleh (2:25)
  2. Kaji dan ambil pelajaran misal dalam al-Quran (2:26)
  3. Tunaikan janji, sambungkan silaturahim dan jangan buat kerosakan di muka bumi  (2:27)

Lega kerana Allah berikan khabar gembira untuk orang yang beriman dan beramal soleh dengan ganjaran syurga. Lega kerana Allah beritahu sifat fasik supaya kita dapat elakkan.

Saya jelas untuk:

  1. terus bersungguh-sungguh, istiqamah bersama al-Quran bagi mendapatkan peringatan, penawar, petunjuk dan rahmat Allah. 
  2. mendalami ilmu misal dari al-Quran supaya dapat memahami perumpamaan yang Allah SWT berikan.
  3. mengelakkan diri dari dari sifat fasik.

Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, jadikan kami orang yang berilmu, beriman, beramal soleh dan bertawqa. Jauhkan kami daripada sifat fasik. Jadikan kami orang yang menunaikan janji, menghubung silaturahim dan berbuat kebaikan di muka bumi. Jadikan al-Quran sebagai syafaat untuk kami di akhirat dengan rahmatMu ya Allah. Kurniakan kami taufik dan hidayah agar kami berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Jauhi kami dari azab neraka. Aamiin ya Mujib.



Rujukan: MyQuranTime 

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...