Tadabbur Ayat Solat
Solat – صلو rangkaian pergerakan dan ucapan khusus yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.
99 kali di dalam al-Quran
Al-Baqarah, 2:3
ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ ٣
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(HR. Bukhari: 7)
"Islam dibangun di atas lima (landasan); Persaksian dengan menafikan tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadan".
Keterangan Ayat/Mesej
وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ – dan mendirikan solat
Dirikan – قَوَمَ Berdiri : selalu melakukan serta menjaga kualitinya
Salah satu ciri-ciri orang-orang yang berjaya ( ٱلْمُفْلِحُونَ ) ialah MENDIRIKAN SOLAT.
فلح : mencapai kejayaan disebabkan usaha yang gigih.
Juga disebut dalam Surah Al-Mukminun 23:1-2
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ١
ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ ٢
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Solat ialah hadiah istimewa daripada Allah SWT semasa Isra’ Mi’raj kepada Nabi SAW dan umat baginda.
“Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat” (HR Ahmad)
Solat menjemput pertolongan daripada Allah (Al-Baqarah, 2:45)
وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَـٰشِعِينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;”
Solat mencegah diri dariada kemungkaran (Al-Ankabut, 29:45)
ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
Solat ialah sebagai zikir untuk mengingati Allah SWT (Toha, 20:14)
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ
“"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”
Tindakan/Petunjuk Ayat
- Bina mindset positif bahawa solat ialah hadiah istimewa daripada Allah SWT.
- Solat adalah waktu pertemuan dengan Allah untuk refresh diri.
- Berusaha untuk tingkatkan kualiti solat agar dapat berinteraksi dengan Allah dengan lebih bermakna.
- Solat sebagai satu kerehatan.
- Setiap lafaz dan pergerakan solat adalah satu peringatan yang berulang-ulang yang akan dilakukan sepanjang kehidupan kita.
- Ayat yang dibaca dalam solat walaupun kita ulang berkali-kali, akan memberi kesan dan petunjuk yang berbeza pada situasi dan masa yang berbeza.
- Contoh: 1) orang yang membaca Al-Fatihah ketika mendapat rezeki atau dalam kebahagian tidak sama kesannya dengan orang yang membaca Al-Fatihah Ketika dilanda ujian dan musibah. 2) Orang yang sujud ketika mendapat kesenangan tidak sama kesannya dengan orang yang sujud ketika berada dalam kesusahan, dll.
- Solat mengingatkan kita sebagai hamba yang sentiasa memerlukan panduan dan petunjuk daripada Tuan yang mencipta dan memiliki kita.
Rujukan:
- Sifat Solat Nabi, Abd Muein Abd Rahman
- Kamus Ashfahani
- Interaksi dan Penghayatan Bacaan Solat, Harfiz Hamzah & Zaim Zamri
- Apps Al-Quran Tafsir & By Word
Wallahua’lam