Tadabbur Ayat Solat
Surah Al-Maidah ayat 91 (Halaman 123)
Tajuk: Permusuhan & Kebencian Adalah Matlamat Syaitan
Ayat 5:91
إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ فِى ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?"
Keterangan Ayat
1. Arak dan judi ini adalah alat utama dijadikan oleh syaitan untuk melahirkan permusuhan antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi untuk mencegah kita dari mengingati Allah dan melakukan solat. Apakah kita harus meneruskannya atau berhenti terus? (5:91)
2. Allah mengingatkan kita orang beriman arak, judi, berhala dan tenung nasib adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Kerana itu, ia perlu dijauhkan. Itu saja caranya untuk mendapat kemenangan di dunia, di kubur dan di akhirat. (5:90)
3. Kemudian taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Jika kita ingkar darinya, ketahuilah rasul itu hanya menyampaikan saja. (5:92)
4. Tidak ada tegahan ke atas kita, orang mukmin yang beramal soleh untuk memakan makanan yang biasa kita makan sebelum ini. Kita teruskan bertakwa, beriman dan beramal soleh. Kemudian terus bertakwa, beriman dan membuat kebajikan. Kerana Allah itu suka orang yang membuat kebajikan. (5:94)
4 perkara yang diharamkan (5:90)
1. ٱلْخَمْرُ bermaksud sesuatu minuman yang memabukkan. Dalam satu kajian menunjukkan 3.5 juta penduduk negara ini meminum arak (11%). Arak menutup akal manusia. Arak boleh merosakkan hubungan sosial apabila pemandu yang mabuk melanggar orang lain.
2. ٱلْمَيْسِرُ ialah perjudian. Mainan tikam-tikam dan dapat hadiah. Itu adalah satu bentuk judi.
3. لْأَنصَابُ ialah berhala atau apa-apa yang disembah kepada berhala.
4. لْأَزْلَٰمُ ialah mengundi nasib dengan menggunakan anak panah. Menentukan nasib sendiri. Jika di hari ini, zodiak atau horoscope termasuk di dalam لْأَزْلَٰمُ.
Perkataan Fokus
Konsep SHAYTAN: jahat, memberontak dari jin atau manusia.
Syaitan merupakan nama bagi setiap yang jahat dari kalangan jin, manusia dan haiwan
Setiap yang buruk bagi manusia dinamakan syaitan.
شَطَنَ - jauh. Apa sahaja perbuatan yang membawa kita jauh daripada taat kepada Allah dan Rasul.
شَاطَ - terbakar dengan kemarahan
خَمْر – sesuatu yang menutupi
Arak menutup akal.
Rijsun – najis maknawi : perbuatan keji
Petunjuk dan Tindakan Beramal
1. Bukti beriman, laksanakan apa yang Allah perintah dan tinggalkan larangannnya: arak, judi, sembah berhala dan tilik nasib
2. Ganti tilik nasib, solat istikharah.
3. Tinggalkan perkara daripada amalan syaitan agar berjaya:
- Dapat apa yang dihendaki – syurga
- Selamat daripada apa yang dibenci - neraka
4. Alat syaitan untuk capai matlamatnya iaitu:
- Dia menimbulkan di antara manusia permusuhan dan kebencian.
- Memalingkan manusia daripada mengingati Allah dan solat.
5. Dalam banyak-banyak zikir, yang paling asas/besar ialah solat.
6. Syaitan suka orang Islam berpecah, supaya mudah ditewaskan. Dlm surah al-Hujurat ayat 10-12 Allah ajar adab:
- Jangan mengumpat
- Jangan mengintip/curi dengar berita orang
- Jauhkan daripada bersangka buruk
- Jangan memperlekehkan orang lain
7. Sibuk dengan dunia, malas zikir, lalai solat – kerja syaitan. Sekarang, kita malas bukan sebab arak dan judi (hanya salah satu wasilah) – syaitan hasut mengikut kelemahan masing-masing
8. Soalan di akhir ayat 91. “Adakah kamu mahu berhenti?” – menemplak/menyindir. Kamu boleh habiskan masa yang memudaratkan kamu, masih lagi nak ikut syaitan? Reversed psychology.
9. Awasi daripada mengingkari Allah dan rasul. Sekiranya kamu berpaling daripada mentaati Allah dan Rasul – Rasul tak rugi, dia hanya buat kerja. Pujuk Nabi dan pendakwah (tasliyah – menghiburkan).
10. Rasul SAW hanyalah penyampai sahaja. Hidayah adalah milik Allah. Hendaklah kita terus menyampai dan mendidik masyarakat kerana kita sayang kepada keluarga dan masyarakat. Kita tidak mahu negara ini ada anak yang dilanggar oleh pemabuk atau satu keluarga berpecah kerana judi.
11. Doa minta berlindung daripada keburukan yang dibawa oleh syaitan.
اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ قَالَ قُلْهَا إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ وَإِذَا أَخَذْتَ مَضْجَعَكَ
Ya Allah, pencipta langit dan bumi, yang Maha Mengetahui yang Ghaib dan yang nyata. Tuhan Pengatur segala sesuatu dan Rajanya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan diriku, kejahatan setan dan sekutunya)." (HR. Abu Daud: 4405)
Wallahua’lam
Rujukan
- Tafsir Al-Munir
- Nota MyQuranTime
- Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
- Kamus Ashfahani
- Tadabbur Surah Al-Mai'dah Ayat 90-92, Ustaz Abd Muein Abd Rahman di www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=4385533018190124