Wednesday, December 4, 2024

Ayat Solat-16 : Al-Maidah Ayat 58

Tadabbur Ayat Solat


Surah Al-Maidah ayat 58 (Halaman 118)


Tajuk: Sunah-sunah Apabila Mendengar Azan


Ayat 58


وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ ٱتَّخَذُوهَا هُزُوًۭا وَلَعِبًۭا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌۭ لَّا يَعْقِلُونَ


"Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal."


Hadis 1


"Apabila kalian mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti apa yang ia kumandangkan. Kemudian (seusai azan) berselawatlah kepadaku, kerana barang siapa yang berselawat kepadaku sekali saja, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Mohonlah kepada Allah wasilah untukku, kerana wasilah adalah kedudukan yang tinggi di surga. Tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap akulah hamba tersebut. Dan barang siapa yang memintakan wasilah untukku, nescaya ia akan mendapatkan syafaat." (HR. Muslim: 577)


Hadis 2


"Apabila muadzin mengucapkan Allahu Akbar, Allahu Akbar, kemudian salah seorang dari kalian mengucapkan Allahu Akbar, Allahu Akbar, apabila muadzin mengucapkan Asyhadu alla ilaha illallah, dan dia mengucapkan asyhadu alla ilaha illallah, apabila muadzin mengucapkan Asyhadu anna Muhammadarrasulullah, dan dia mengucapkan asyhadu anna Muhammadarrasulullah, apabila muadzin mengucapkan hayya 'alashshalah, dan dia mengucapkan la haula wala quwwata illa billah, apabila muadzin mengucapkan hayya 'alal falah, dan dia mengatakan la haula wala quwwata illa billah, apabila muadzin mengucapkan Allahu Akbar Allahu Akbar, dan dia mengucapkan Allahu Akbar Allahu Akbar, apabila muadizn mengucapkan la ilaha illallah, dan dia mengucapkan la ilaha illallah (ikhlas) dari dalam hatinya, maka nescaya dia akan masuk surga." (HR. Muslim: 578)


Hadis 3


"Barang siapa ketika mendengar azan mengucapkan, "ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAH WA ANNA MUHAMMADAN 'ABDUHU WA RASUULUH, RADIITU BILLAAHI RABBAA, WA BI MUHAMMADIN RASUULAA, WA BIL ISLAAMI DIINAA." (Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Aku reda menjadikan Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul, dan Islam sebagai agama), maka diampunilah dosanya.” Ibnu Rumh berkata dalam riwayatnya, "Barang siapa yang membaca ketika mendengar muazin, 'Dan aku bersaksi, ' sedangkan Qutaibah tidak menyebutkan perkataannya, 'Dan aku.'" (HR. Muslim: 579)


Hadis 4


"Rasulullah SAW bersabda, "Antara dua azan (azan dan iqamah) ada solat (sunah)." Kemudian pada ucapan beliau yang ketiga kalinya, beliau menambahkan, "Bagi yang mau." (HR. Bukhari: 591)


Hadis 5 - Asal Usul Azan


Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA katanya: Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:

يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ

Maksudnya: Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.”

[Hadis Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)]


Hadis 6 – Asal usul lafaz azan


Terdapat dua orang sahabat yang telah mendapat mimpi yang sama tentang lafaz azan, iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab R.A.


Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:


Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. sehingga akhir azan.


Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat).

(Riwayat Abu Daud no. 449)


Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:


Maksudnya: Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.”

(Riwayat Abu Daud no. 449)


Keterangan Ayat 


Pada ayat 58 Surah Al-Maidah, Allah SWT memberitahu sikap orang yang kufur apabila diseru untuk melaksanakan solat. Apabila mendengar seruan itu mereka menjadikannya bahan ejekan dan permainan. Mereka berbuat demikian adalah kerana mereka orang-orang yang tidak mengerti. 


Orang-orang jahil dan lemah akal serta tidak memiliki adab sering menghina agama Allah SWT. Manakala, orang yang memiliki akal fikiran yang sihat sama sekali tidak akan berani melakukannya.


Pada ayat 60, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyampai kepada mereka yang mempersendakan syariat dan syiar Islam. Hukuman tersebut ialah:


  • Mereka akan dilaknat oleh Allah SWT.
  • Mereka bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT tetapi juga manusia.
  • Ada di antara mereka yang dijadikan kera dan khinzir kerana telah melanggar peraturan.
  • Mereka yang menyembah Taghut (berhala) dan berada dalam kesesatan.



Peringatan


1. Azan adalah seruan daripada Allah SWT. Jangan sekali-kali diperolok-olokkan dan jangan ambil ringan seruan daripada Pencipta.

2. Orang yang mengejek-ejek azan adalah kaum yang tidak berakal. 

3. Ajak solat adalah untuk menuju kepada kejayaan kerana solat adalah tempat untuk kita mengadu minta pertolongan daripada Allah SWT.

4. Mereka yang mempersendakan azan akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT (5:60). Orang yang dilaknat Allah SWT akan jauh daripada rahmat-Nya. Orang yang dimurkai Allah tidak akan diredai-Nya selama-lamanya. (Ruj: Tafsir Al-Munir)



Petunjuk dan Tindakan untuk Beramal (Rujuk Hadis yang disertakan)


1. Menjawab azan dengan menyebutkan sebagaimana yang disebutkan oleh muazzin kecuali pada lafaz حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ dan حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ.

2. Berselawat ke atas Nabi SAW selepas selesai azan.

3. Mendoakan wasilah untuk Rasulullah SAW.

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad SAW wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan.


Nota: Ulama mentafsirkan perkataan (الوسيلة) sebagai satu kedudukan yang tinggi dan terpuji dalam syurga.


4. Membaca zikir berikut selepas muazzin selesai azan.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا 

Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah. Dia Maha Esa dan tiada sekutu untukNya, dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku reda Allah sebagai Tuhan, dan Muhammad sebagai utusan dan Islam sebagai agama.


5. Membanyakkan doa antara azan dan iqamah.

6. Solat sunat.


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا،

وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima.”


Wallahua’lam


Rujukan

  1. Tafsir Al-Munir, Jilid 3, ms 570-582.
  2. Nota MyQuranTime
  3. Asbabun Nuzul, Zulkifli Mohd Yunus dan Muhammad Mukhlis, Surah Al-Maidah Ayat 57-61 PTS 2019, ms 277-279.
  4. Apps Ensikopedi Hadits.
  5. AL-KAFI #1319: Asal Usul Azan Dan Lafaznya, di https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3550-al-kafi-1319-benarkah-lafaz-azan-diketahui-melalui-mimpi-sahabat-nabi-saw
  6. Sunnahmu Amalanku, Dato’ Dr. Abd. Basit Abd. Rahman














Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...