Wednesday, December 4, 2024

Ayat Solat-28 : Maryam Ayat 31, 55, dan 59

Tadabbur Ayat Solat

Surah Maryam Ayat 31, 55, dan 59


Tajuk: Membentuk Generasi Bertakwa Melalui Solat dan Zakat


Maryam, 19:31


وَجَعَلَنِى مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَـٰنِى بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ مَا دُمْتُ حَيًّۭا ٣١


“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan aku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.”


Hadis:

“Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya. Dan jika solatnya rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.” (HR At-Tirmizi, No. 413)


Tadabbur Maryam, 19:31

  • ‘Keberkatan’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘amar ma’ruf nahi mungkar’. Nabi Isa a.s. menjalankan kerja dakwah dan memberi nasihat di mana sahaja baginda berada. (Ruj: Tafsir Ibnu Kathir)
  • Allah SWT ‎adalah sumber berkat dan Nabi dan rasul adalah pintu berkat.
  • ‘Di mana sahaja’ - setiap keadaan dan situasi, kita kena mengikut contoh Nabi dalam ibadat khusus dan ibadat umum.
  • Solat mencerminkan hubungan manusia dengan Allah.
  • ‘dan memberi zakat’ - dua makna: zahir dan batin. 
  • zahir: zakat harta - Menjaga hubungan dengan manusia
  • batin: menyucikan diri daripada syirik kepada Allah ‎SWT dan membersihkan niat kita supaya ikhlas dalam solat dan ibadat lain
  • Keberkatan hadir apabila menjaga solat dan zakat.
  • Selagi nyawa masih ada, kita kena solat.
  • Solat menjadi asas amalan yang baik, sebagaimana pesan Nabi SAW.


Maryam, 19:55

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُۥ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِۦ مَرْضِيًّۭا ٥٥


“Dan dia (Nabi Ismail) selalu menyuruh keluarganya untuk (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat, dan dia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya.”


Hadis:

“Perintahkan anak-anak kalian untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (secara mendidik) jika mereka meninggalkannya pada usia sepuluh tahun, serta pisahkan tempat tidur mereka.” (HR Abu Daud, No. 490)


Tadabbur Maryam, 19:55

  • Nabi Ismail a.s. sentiasa menyuruh keluarganya mendirikan solat dan menunaikan zakat.
  • Pemimpin tidak lepas dari tanggungjawab tarbiyah dan memberi peringatan kepada keluarga - mengajar sendiri ahli keluarga.
  • Solat mengajar keluarga menghormati masa. Zakat pula mengajar tanggungjawab sosial.
  • Berkeluarga adalah satu ibadah.
  • Selaras dengan hadis ini yang menekankan tanggungjawab ibu bapa terhadap pendidikan solat anak-anak.
  • Mengajar keluarga adalah salah satu jalannya untuk mendapat redha Allah.


Maryam, 19:59

فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ٥٩


“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).”


Tadabbur Maryam, 19:59

  • Kerosakan generasi bermula apabila solat diabaikan/dicuaikan 
  • tidak faham falsafah solat, buat solat itu secara mekanikal sahaja.
  • memasukkan perkara-perkara bidaah yang ditambah dalam solat.
  • tinggalkan solat berjemaah di masjid kerana sibuk dengan dunia. 
  • Kalau kita lalai dalam menjaga hak Allah, kita pun tidak akan menjaga hak makhluk lain. Kalau abaikan solat, tentulah akan mengabaikan kewajipan-kewajipan lain kerana solat adalah tiang agama dan sebaik-baik amal seorang hamba.
  • Teladan ibu-bapa penting untuk mengelakkan generasi muda dari kebinasaan.
  • Ayat ini sebut tentang nafsu - ada kaitan antara zakat dan nafsu. Kalau ikut nafsu kita dan membazir, berat untuk zakat dan sedekah.
  • غَيًّا - lembah dalam neraka yang paling teruk seksaan. Kerana pentingnya menjaga solat, Allah menakutkan kita dengan balasan yang berat.


Tema: Warisan Agama kepada Anak

  • Solat dan zakat adalah tiang agama yang perlu diwariskan kepada generasi seterusnya.
  • Amaran tentang akibat meninggalkannya.
  • Keberkatan hadir dengan menjaga tanggungjawab kepada Allah dan manusia.
  • Keredaan Allah.
  • Kegagalan mendidik anak-anak menyebabkan generasi seterusnya lalai terhadap agama.
  • Generasi yang lalai dalam solat dan memperturutkan hawa nafsu mudah terjerumus dalam kesesatan.
  • Warisan agama kepada anak-anak menjadi asas kepada pembentukan generasi yang taat dan bertakwa.
  • Ganjaran keluarga yang solat dan zakat – Syurga ‘Adn (19:61-63)


Tindakan

  • Berdakwah untuk dapat berkat, kerana kerja dakwah adalah kerja para Nabi.
  • Fahami hikmah solat dan zakat serta sampaikan kepada ahli keluarga.
  • Jangan outsource pendidikan agama keluarga - sibuk memberi nasihat kepada orang lain, tapi anak sendiri tertinggal
  • Ibu bapa perlu menjadi teladan – tidak cuaikan solat dan zakat.
  • Ajar anak-anak tentang tanggungjawab sosial melalui zakat.
  • Sentiasa berdoa agar anak-anak menjadi pewaris agama yang soleh dan solehah.
  • Sesibuk mana pun kamu tetaplah teguh dalam mendirikan solat kerana solat itu tiang agama .
  • Ingat, cuai solat dan zakat mengakibatkan seksaan pedih di akhirat.
  • Jadikan solat sebagai terapi bagi fizikal dan mental. 
  • Latih kawal nafsu – jimat cermat, tidak membazir, jaga masa


Kesimpulan

  • Kepentingan solat, zakat, dan tanggungjawab keluarga.
  • Generasi yang menjaga solat dan tanggungjawab agama akan menjadi pewaris nilai-nilai Islam yang kukuh.
  • Pastikan pendidikan agama menjadi asas dalam pembentukan keluarga yang bertakwa.


Doa

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ


“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا


"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Rujukan

  1. Al-Quran Multazam
  2. Tafsir Ibnu Kathir
  3. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
  4. Apps Ensiklopedia Hadis
  5. celiktafsir.net


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...