Sunday, October 29, 2023

Halaman 510 Muhammad (47:30-38)

 

PERKATAAN HARI  INI


حَبِطَ Menghapus, sia-sia, binasa. 

16 kali disebut di dalam al-Quran



SINOPSIS  

  

  1. Mengingatkan hikmah jihad di jalan Allah SWT (30-31)
  2. Keadaan sebahagian orang Kafir dari ahli kitab dan sebahagian orang Mukmin    di dunia dan akhirat (32-35)
  3. Mempertegas dorongan untuk berjihad dengan kesedaran zuhud terhadap dunia (36-38)




Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 510 Surah Muhammad. Tema surah ini ialah perjuangan. Penting untuk taat kepada rasul sebagai bukti taat kepada Allah SWT. Hadis ialah praktikal apa yang ada dalam al-Quran.

 

Ayat 47:30

 

وَلَوْ نَشَآءُ لَأَرَيْنَـٰكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُم بِسِيمَـٰهُمْ ۚ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِى لَحْنِ ٱلْقَوْلِ ۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَـٰلَكُمْ

 

Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.

 

Pengajaran

 

  1. Sekiranya Allah kehendaki, tentulah Allah akan memperkenalkan orang munafik kepada Nabi Muhammad SAW, lalu Nabi SAW dapat mengenalinya dengan tanda-tanda mereka.
  2. Nabi SAW akan mengenali mereka dari gaya dan tutur kata mereka.
  3. Ingatlah, Allah mengetahui segala yang mereka lakukan.
  4. Kita tidak boleh cop orang lain sebagai munafik. Hanya Allah SWT yang tahu.
  5. Tidak perlu cakap berbelit-belit kerana yang penting adalah amal kita.

 

Ayat 47:31

 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ ٱلْمُجَـٰهِدِينَ مِنكُمْ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَنَبْلُوَا۟ أَخْبَارَكُمْ

 

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

 

Pengajaran

 

  1. Allah tetap menguji orang-orang yang mengaku beriman sehingga ternyata adanya orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah SWT.
  2. Allah dapat mengesahkan benar atau tidaknya berita-berita tentang keadaan mereka yang munafik.
  3. Kita kena pastikan jiwa kita kuat untuk berjuang di jalan Allah SWT.

 

Ayat 47:32

 

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَشَآقُّوا۟ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلْهُدَىٰ لَن يَضُرُّوا۟ ٱللَّهَ شَيْـًٔا وَسَيُحْبِطُ أَعْمَـٰلَهُمْ

 

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.

 

Pengajaran

 

  1. Orang-orang yang kafir dan menghalangi dirinya dan orang lain dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk yang dibawanya, mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun.
  2. Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka yang menentang rasul.

 

Ayat 47:33

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوٓا۟ أَعْمَـٰلَكُمْ

 

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dan taat kepada Rasul Allah.
  2. Jangan batalkan amal-amal dengan tidak taat kepada rasul.
  3. Semoga kita menjadi orang yang taat kepada Allah dan rasul.

 

Ayat 47:34

 

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ مَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَن يَغْفِرَ ٱللَّهُ لَهُمْ

 

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, kemudian mereka mati dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.

 

Pengajaran

 

  1. Orang-orang yang kafir dan menghalangi dirinya dan orang lain dari jalan Allah, kemudian mereka mati dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.

 

Ayat 47:35

 

فَلَا تَهِنُوا۟ وَتَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱلسَّلْمِ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ وَٱللَّهُ مَعَكُمْ وَلَن يَتِرَكُمْ أَعْمَـٰلَكُمْ

 

(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ingatkan orang-orang beriman supaya jangan merasa lemah dan jangan mengajak orang kafir untuk berdamai.
  2. Orang-orang yang beriman tertinggi keadaannya.
  3. Allah SWT membela orang-orang yang beriman untuk mencapai kemenangan.
  4. Allah SWT tidak sekali-kali akan mengurangi pahala amal-amal orang-orang beriman.

 

Ayat 47:36

 

إِنَّمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْـَٔلْكُمْ أَمْوَٰلَكُمْ

 

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ingatkan bahawa kehidupan dunia yang tidak berdasarkan iman dan takwa hanyalah ibarat permainan dan hiburan.
  2. Jika seseorang itu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala amal, dan Allah SWT tidak meminta harta benda daripada kita.

 

Ayat 47:37

 

إِن يَسْـَٔلْكُمُوهَا فَيُحْفِكُمْ تَبْخَلُوا۟ وَيُخْرِجْ أَضْغَـٰنَكُمْ

 

(Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.

 

Pengajaran

 

  1. Jika Tuhan meminta kepada harta benda, serta mendesak orang munafik memberikanNya, nescaya mereka akan berlaku bakhil kedekut.
  2. Kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian orang munafik.
  3. Allah SWT ingatkan ini kerana sedikit sahaja yang diminta untuk perjuangan ke jalan Allah SWT.
  4. Orang munafik bersifat kedekut. Mereka tidak mahu derma atau zakat. 

Ayat 47:38

 

هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ ۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِۦ ۚ وَٱللَّهُ ٱلْغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا۟ يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓا۟ أَمْثَـٰلَكُم

 

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ingatkan supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kita pada jalan Allah.
  2. Sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Orang bakhil tidak dapat rumah di syurga. Orang yang suka infak sedang menempah rumah di syurga.
  3. Ingatlah, Allah Maha kaya sedang kita semua orang-orang miskin yang sentiasa berhajat kepada Allah SWT dalam segala hal.
  4. Jika kita berpaling daripada beriman, bertakwa dan berderma, Allah SWT akan menggantikan kita dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan bakhil.
  5. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa infak di jalan Allah SWT.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


1.     Pelihara akidah agar tidak terpesong dan terbatal segala amal soleh (32)

2.     Tingkatkan ketakwaan dan mengutamakan akhirat dalam urusan keduniaan (36)

3.     Rajin bersedekah, ia dapat mengikis sifat kedekut dan dengki (37)

 

Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya rajin bersedekah untuk kikis sifat kedekut dan dengki.

 

Saya jelas saya mesti pelihara akidah agar tidak terpesong dan terbatal segala amal soleh. Saya jelas saya mesti tingkatkan ketakwaan dan mengutamakan akhirat dalam urusan keduniaan. Saya jelas saya mesti rajin bersedekah, kerana ia dapat mengikis sifat kedekut dan dengki.

 

Ya Allah, bantu kami untuk pelihara akidah agar tidak terpesong dan terbatal segala amal soleh. Ya Allah, bimbing kami untuk tingkatkan ketakwaan dan mengutamakan akhirat dalam urusan keduniaan. Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang rajin bersedekah, jauhkan sifat kedekut dan dengki dalam diri kami.

 

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...