Sunday, October 29, 2023

Halaman 520 Surah Qaf (50:36-45)


PERKATAAN HARI INI    


 لَغِبَ  Letih, lesu. 

2 kali disebut di dalam al-Quran



SINOPSIS

  1. Ancaman seksaan untuk orang kafir dan perintah kepada Nabi untuk bersabar dan berdoa (50:36-40)
  2. Peringatan atas beberapa perkara yang akan terjadi pada Hari Kiamat (50:41-45)
  3. Sumpah sebagai penegasan terjadinya Ba'ts (51:1-6)


        













Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada bahagian akhir Surah Qaf.

 

Ayat 50:36

 

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًا فَنَقَّبُوا۟ فِى ٱلْبِلَـٰدِ هَلْ مِن مَّحِيصٍ

 

Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?

 

Pengajaran

 

  1. Banyak kaum-kaum yang ingkar yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Allah SWT telah binasakan.
  2. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya dan kehandalannya daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri.
  3. Walaupun hendak bergembira, jangan sampai kita ini lari daripada jalan Allah kerana orang-orang yang melampau telah dibinasakan oleh Allah SWT.
  4. Allah ingatkan perkara ini kerana hakikat kehidupan kita ini jangan lupa daratan. Jangan lupa kita ada Tuhan.

 

Ayat 50:37

 

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى ٱلسَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ

 

Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.

 

Pengajaran

 

  1. Sepatutnya ini menjadi peringatan kepada:
    • Mereka yang ada hati yang sudah bersih.
    • Mereka yang mendengar bersungguh-sungguh, sehingga mereka kagum dengan kebenaran dan pelajaran yang dibawakan oleh al-Quran.
  2. Ada kumpulan manusia yang hatinya lembut. Ada yang kurang lembut hatinya tetapi mereka menggunakan daya inteleknya dengan cara dia mendengar hujah dan akhirnya dia dapat juga bersaksi untuk bertemu dengan kebenaran.
  3. Pelajaran: Kalau hati kurang lembut, gunakan telinga, dengarlah tadabbur al-Quran. Kalau lama tidak dengar al-Quran dan hatinya terus keras, akhirnya dia tidak bertemu kebenaran sehingga menjadi orang yang pemarah, tidak bersyukur, dan extremenya membawa kepada kekufuran.

 

Ayat 50:38

 

وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِن لُّغُوبٍ

 

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa.
  2. Allah SWT tidak mengalami sebarang susah payah.
  3. Kalau kita hendak buat sesuatu kerja, perlu tersusun.
  4. Tohmahan kepada Allah SWT tanpa dalil, bukan kaedah kita.

 

Ayat 50:39

 

فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ ٱلْغُرُوبِ

 

Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT mengingatkan Nabi Muhammad SAW supaya bersabar akan apa yang dikatakan oleh mereka yang menentang baginda.
  2. Allah SWT ingatkan supaya baginda bertasbih sambil memuji Tuhan terutama sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
  3. Dalam hidup kita, kadang-kadang bila kita mengingatkan orang lain kepada kebenaran, walaupun dikutuk, teruskan menyampai dan bersabar atas apa yang mereka kata.
  4. Untuk membina kekuatan, Allah SWT ingatkan supaya banyak bertasbih. Jangan fokus kepada apa yang orang lain kata. Dengan bertasbih kita memfokusan kepada kekuatan Allah SWT.

 

Ayat 50:40

 

وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبَـٰرَ ٱلسُّجُودِ

 

Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.

 

Pengajaran

 

  1. Selain tasbih dalam solat, kita juga diperintahkan untuk bertasbih pada malam hari dan sesudah solat.
  2. Seruan ini adalah untuk menguatkan kita.
  3. Untuk memastikan kita tidak letih dalam perjuangan hendaklah kita sabar dan banyakkan bertasbih kepada Allah SWT.

 

Ayat 50:41

 

وَٱسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ ٱلْمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ

 

Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ingatkan supaya dengar hari penyeru, menyeru dari tempat yang dekat.
  2. Ini adalah satu yang menakutkan dan memberi harapan. Orang yang bertakwa akan gembira dengan seruan itu kerana syurga sudah dekat. Orang yang bila diseru untuk solat atau baca Quran tetapi mereka tidak sambut seruan tersebut, itu menyebabkan mereka akan merasa takut.

 

Ayat 50:42

 

يَوْمَ يَسْمَعُونَ ٱلصَّيْحَةَ بِٱلْحَقِّ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمُ ٱلْخُرُوجِ

 

Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.

 

Pengajaran

 

  1. Pada hari itu mereka mendengar bunyi sangkakala yang ditiupkan menandakan hari kebangkitan menandakan permulaan fasa-fasa di akhirat nanti.
  2. Pada ayat 11 Allah SWT sudah ingatkan tentang hari kebangkitan.
  3. Perkataan 'dengar' berulang beberapa kali. Allah SWT ingatkan kita supaya dengar perkara-perkara yang baik. Mungkin hati kurang sensitif tetapi dengan mendengar yang baik-baik terutama daripada al-Quran, kita akan mendapat peringatan.

 

Ayat 50:43

 

إِنَّا نَحْنُ نُحْىِۦ وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا ٱلْمَصِيرُ

 

Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

 

Pengajaran

 

1.     Allah SWT menghidupkan dan mematikan.

2.     Kepada Allah lah sahaja tempat kembali sekalian makhluk.

 

Ayat 50:44

 

يَوْمَ تَشَقَّقُ ٱلْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ

 

Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.

 

Pengajaran

 

  1. Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar daripadanya.
  2. Perbuatan menghidupkan dan menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Allah SWT melaksanakannya.

 

Ayat 50:45

 

نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ ۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍ ۖ فَذَكِّرْ بِٱلْقُرْءَانِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ

 

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.

 

Pengajaran

 

  1. Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


  1. Hindari orang yang berkata buruk dan perbanyakkan tasbih (zikrullah) (39)
  2. Lazimi bertasbih, tahmid dan takbir selesai solat fardu mahupun ibadah sunat (40)
  3. Peringatan tentang kematian, perkasakan amalan kita dan banyak mengingatinya (42-43)

 

Saya berasa lega, Allah SWT

 

Saya jelas saya mesti hindari orang yang berkata buruk dan perbanyakkan tasbih (zikrullah) (39)

  • * Lazimi bertasbih, tahmid dan takbir selesai solat fardu mahupun ibadah sunat (40)
  • * Peringatan tentang kematian, perkasakan amalan kita dan banyak mengingatinya (42-43)

  

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...