Wednesday, December 4, 2024

Ayat Solat-24 : At-Taubah Ayat 11

Tadabbur Ayat Solat

Tajuk: Taubat, Solat dan Doa


Surah At-Taubah Ayat 11


فَإِن تَابُوا۟ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَإِخْوَٰنُكُمْ فِى ٱلدِّينِ ۗ وَنُفَصِّلُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لِقَوْمٍۢ يَعْلَمُونَ ١١


Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.


SOLAT/DOA DALAM SURAH AT-TAUBAH

 صلو  9 kali 

 Ayat 5, 11, 18, 54, 71, 99, 103, 84, 103, (108)


SURAH AT-TAUBAH

At-Taubah – Pengampunan

توب   17 kali (daripada 87 kali dalam al-Quran) - Kembali

Surah ke 9 – Selepas Surah Al-Anfal, sebelum Surah Yunus

Tidak mempunyai lafaz bismillah di awalnya.

Memulakan membaca Surah Taubah, cukup dengan membaca Ta’awudz Sahaja.

Nama Surah At-Taubah mengisyaratkan bahawa Allah memberikan kesempatan kepada sesiapa yang bertaubat dengan sungguh-sungguh untuk kembali kepada-Nya.


NAMA SURAH

At-Taubah : di dalam surat tersebut 17 kali seruan untuk bertaubat dan bahwasanya taubat adalah perbuatan yang sangat dicintai oleh Allah daripada harus menyiksa hamba-Nya.

Bara’ah : surat ini dimulai dengan sikap "bara'ah" (berlepas diri) dari kaum musyrikin.

Al-Muqasyqisyah (pemurni) : surat ini menjelasakan cara untuk memurnikan diri dari sifat kemunafikan dan kesyirikan.

Al-Fadhihah (penghina) : surat ini mengungkapkan penghinaan terhadap orang-orang munafik.

Al-Muba'tsirah (penghancur) : surat ini menghancurkan keburukan-keburukan orang-orang munafik.

Al-Buhuts (pencarian) : surat ini seakan-akan masuk ke dalam hati orang-orang munafik dan musyrik mencari apa yang mereka sembunyikan, kemudian menyingkapnya.


ASBABUN NUZUL

Madaniyyah – 9 Hijrah

Perang Tabuk

Ujian besar bagi umat Islam. 30 ribu tentera Islam bersedia melawan tentera Rom.

Kemenangan diraih tanpa berperang.

Surah At-Taubah sebagai peringatan kepada mereka yang enggan berperang tanpa alasan yang munasabah. 


3 Fasa Penurunan


1 - 37 Sebelum Tabuk : Peraturan baru kepada musyrikin luar Madinah.

38 – 127 Kewajipan berjihad. Disebut tentang 3 golongan Mukmin dan 4 golongan Munafik.

128 – 129 Kepentingan mengikut Rasul dan maksud melakukan jihad adalah untuk menegakkan tauhid. 


PERMULAAN DAN AKHIR SURAH


بَرَآءَةٌۭ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦٓ إِلَى ٱلَّذِينَ عَـٰهَدتُّم مِّنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ١


“(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).” (At-Taubah, 9:1) 


فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ ١٢٩


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-Taubah, 9:129)


PERMULAAN SURAH (AYAT 1-4) : PEMUTUSAN PERJANJIAN DAN PINTU TAUBAT TERBUKA

Allah SWT mengisytiharkan pemutusan perjanjian dengan orang musyrikin yang telah melanggar janji mereka. Walaupun terdapat ancaman keras terhadap mereka yang terus melakukan kekufuran, Allah SWT masih memberikan tempoh empat bulan untuk mereka bertaubat.


Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka telah melakukan kesalahan besar, pintu taubat masih terbuka. Allah memberikan peluang untuk mereka kembali kepada-Nya dan mendapatkan pengampunan. 


Ini adalah manifestasi rahmat Allah yang besar, di mana manusia diberi kesempatan untuk memperbaiki diri walaupun selepas melakukan kesalahan.


PENUTUP SURAH : KEBERGANTUNGAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH DAN TAWAKKAL

Allah SWT menekankan kepentingan tawakkal kepada-Nya. Rasulullah SAW dan umat Islam diingatkan untuk meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada Allah sahaja. 


Pengampunan Allah bukan hanya terhad kepada dosa-dosa yang telah lalu, tetapi juga termasuk perlindungan dan kasih sayang yang berterusan bagi mereka yang berserah diri kepada-Nya. 


Tawakkal yang disebut dalam ayat ini menunjukkan bahawa mereka yang terus bergantung kepada Allah akan sentiasa berada di bawah naungan pengampunan dan rahmat-Nya.


KONSEP TAUBAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

(Al-Tahrim, 66: 8)


Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah SWT -  maka syaratnya ada tiga:

  • Menjauhi dan meninggalkan maksiat
  • Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.
  • Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.


Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.


Sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):


Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya (kepada orang yang diambil hartanya). Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepadanya. Jika ia berbentuk ghibah, maka harus minta dihalalkan. (Lihat Riyadh al-Salihin, hlm. 41-42)


9:5 

Allah SWT memberikan perintah kepada kaum Muslimin untuk memerangi musyrikin setelah habisnya bulan-bulan haram, kecuali mereka yang bertaubat, mendirikan solat, dan menunaikan zakat.


Pengajaran: 


  • Taubat yang sebenar adalah meninggalkan perbuatan syirik dan kembali kepada jalan Allah melalui solat dan zakat.
  • Perlu ada perubahan nyata dalam tindakan setelah bertaubat. Amalan seperti solat dan zakat adalah bukti taubat yang tulus.
  • Beri tempoh sesuai untuk bertaubat.


9:11 

Jika kaum musyrikin bertaubat, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka mereka dianggap sebagai saudara dalam agama.


Pengajaran: 


  • Islam menerima siapa saja yang bertaubat dan menunjukkan keikhlasan dengan tindakan nyata.
  • Taubat membuka pintu persaudaraan dalam Islam, menunjukkan pentingnya memelihara hubungan baik dalam masyarakat.
  • Surah ini menekankan sifat pengampunan Allah yang menerima kembali hamba-Nya yang bertaubat, menunjukkan rahmat dan kasih sayang-Nya.
  • Buktikan Taubat - Jaga Hubungan dengan Allah dan Manusia


9:18  

Orang yang memakmurkan masjid Allah adalah mereka yang beriman kepada-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah.


Pengajaran:


  • Keimanan yang sejati mendorong seseorang untuk berperanan aktif dalam memakmurkan rumah Allah.
  • Membangun hubungan dengan Allah melalui ibadah di masjid adalah tanda taubat yang benar.
  • Allah mengampuni dan memuliakan mereka yang menjaga ibadah dan memakmurkan masjid-Nya.


9:54

Allah tidak menerima infak orang munafik karena mereka solat dengan malas dan berinfak dengan rasa terpaksa.


Pengajaran:


  • Amal ibadah yang tidak disertai dengan niat ikhlas tidak diterima oleh Allah.
  • Keikhlasan dalam setiap amal ibadah adalah syarat utama diterimanya taubat.
  • Allah mengampuni mereka yang kembali kepada-Nya dengan ikhlas, bukan sekadar melakukan amal secara zahir.
  • Menghindari kemunafikan dalam beribadah


9:71

Orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, adalah penolong satu sama lain; mereka menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, dan menunaikan zakat.


Pengajaran:


  • Taubat melibatkan perbaikan diri dan berperanan dalam masyarakat dengan menyuruh kepada kebaikan.
  • Masyarakat yang saling menasihati dan menyokong dalam kebaikan menunjukkan kehidupan yang diberkati oleh Allah.
  • Pengampunan Allah juga melibatkan tanggungjawab sosial.


9:99

Orang Badwi yang bertaubat dengan ikhlas dan memandang sedekah sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh doa Rasul adalah contoh taubat yang diterima.


Pengajaran:


  • Taubat yang ikhlas membawa kepada usaha mendekatkan diri kepada Allah melalui amal kebaikan.
  • Memanfaatkan harta untuk tujuan yang baik adalah tanda taubat yang diterima oleh Allah.
  • Allah memberikan pengampunan dan pahala kepada mereka yang bertaubat dengan sungguh-sungguh.


9:103

Perintah kepada Nabi Muhammad untuk mengambil zakat dari harta mereka, sebagai pembersih dan penyucian bagi mereka, serta mendoakan mereka.


Pengajaran:


  • Zakat bukan hanya membersihkan harta tetapi juga menyucikan jiwa, sebagai tanda taubat dan keikhlasan.
  • Doa dari pemimpin adalah salah satu rahmat Allah bagi mereka yang bertaubat.
  • Surah ini menekankan bahawa zakat adalah salah satu cara untuk mendapatkan pengampunan dan rahmat dari Allah.


9:84

Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk tidak mensolatkan orang munafik yang mati karena mereka tidak beriman dan tidak bertaubat.


Pengajaran:


  • Taubat adalah syarat untuk diterima oleh Allah, bahkan setelah mati, doa dan solat jenazah tidak diberikan kepada orang yang tidak bertaubat.
  • Pengingatan keras ini menunjukkan betapa pentingnya taubat sebelum ajal menjemput.
  • Allah menutup pintu pengampunan bagi mereka yang mati dalam keadaan tidak bertaubat.


9:108

Allah memerintahkan Nabi SAW untuk tidak mendirikan solat di masjid yang dibina atas dasar kemunafikan. Sebaliknya, Allah memuji masjid yang dibina atas dasar takwa.


Pengajaran:


  • Kemunafikan dalam beribadah membawa kepada penolakan Allah,
  • Ibadah yang dilakukan dengan takwa membawa kepada penerimaan dan keberkatan.
  • Taubat sejati memerlukan kebersihan hati dan niat yang murni dalam setiap ibadah.
  • Allah hanya menerima taubat dan amal ibadah yang dilakukan dengan ikhlas dan murni.
  • Memilih persekitaran yang kondusif untuk kekal taubat.


PETUNJUK

  1. Allah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Adil
  2. Taubat bukan hanya melibatkan penyesalan dalam hati tetapi juga diikuti dengan tindakan nyata seperti solat, zakat, memanfaatkan harta untuk tujuan yang baik dan peranan aktif dalam masyarakat. 
  3. Sebagai hamba yang bertaubat, kita mesti sentiasa memperbaiki diri dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah dan menjaga hubungan baik dalam masyarakat.
  4. Rahmat Allah Maha besar, manusia diberi peluang untuk memperbaiki diri walaupun kerapkali melakukan kesalahan.
  5. Jangan beri alasan atas kepentingan diri apabila diberi peluang buat kebaikan.
  6. Matlamat jihad adalah untuk menegakkan tauhid. 
  7. Allah mengampuni dan memuliakan mereka yang menjaga ibadah dan memakmurkan masjid-Nya.
  8. Pengampunan Allah sentiasa tersedia bagi mereka yang ikhlas mencari-Nya.
  9. Tawakkal kepada Allah adalah kunci untuk mendapatkan rahmat dan pengampunan yang berterusan.


TINDAKAN BERAMAL

  1. Selepas bertaubat, hendaklah segera menunjukkan komitmen dengan menunaikan solat dan zakat dengan penuh keikhlasan. Tunjukkan perubahan sebenar dalam diri selepas bertaubat.
  2. Pemimpin perlu mendoakan orang yang telah bertaubat agar mereka terus diberi kekuatan dan ketenangan jiwa. Ini adalah amalan yang membawa keberkatan kepada kehidupan bermasyarakat.
  3. Jangan solat atau ibadah secara malas atau tanpa niat yang ikhlas. Setiap ibadah hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan sebagai tanda bertaubat.
  4. Selepas bertaubat, usahakan untuk berada dalam lingkungan yang mendukung ibadah dan ketakwaan. Ini termasuk memilih tempat tinggal, kawan, dan komuniti yang menggalakkan kita untuk kekal dekat dengan Allah SWT.


DOA

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ


"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A’raf, 7:23)


اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ


Ya Allah, sesungguhnya aku amat menzalimi diriku sendiri, dan tidak ada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau. Maka, ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[HR al-Bukhari (834) dan Muslim (2705)]


RUJUKAN

  1. Tafsir Al-Munir
  2. celiktafsir.net
  3. Kamus Asfahani
  4. Tadabbur Al-Quran, Sheikh Adil Muhammad Khalil
  5. Nota My #QuranTime


Wallahua'lam

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...