Tadabbur Ayat Solat
Surah Al-Isra’ Ayat 78 dan 110
Al-Isra’, 17:78
أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًۭا ٧٨
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Al-Isra’, 17:110
قُلِ ٱدْعُوا۟ ٱللَّهَ أَوِ ٱدْعُوا۟ ٱلرَّحْمَـٰنَ ۖ أَيًّۭا مَّا تَدْعُوا۟ فَلَهُ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَٱبْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًۭا ١١٠
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Al-A’raf, 7:180
وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَا
Dan Allah memiliki nama-nama yang terbaik (Asma’ul Husna), maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.
Sinopsis Surah Al-Isra’
- Perjalanan Malam
- Tema: Rasakan nilai al-Quran
- Makkiyyah
- Surah Musabbihat
- Penamaan surah: 17:1
- Diawali dengan penyataan Mukjizat Isra’- Perjalanan malam Rasulullah SAW.
- Diakhiri penegasan keesaan Allah.
Tadabbur 17:78 - Kaitan dengan ayat Sebelum dan Tema
- Ayat 76-77 Allah SWT beritahu dugaan-dugaan yang dihadapi oleh Rasulullah.
- Untuk meringankan musibah yang baginda hadapi di Mekah itu, penawarnya adalah dengan melakukan ibadah.
- Perintah mendirikan keseluruhan solat lima waktu.
- Solat Subuh disaksikan oleh malaikat, dan disaksikan oleh Allah SWT walaupun manusia tidak ramai yang saksikan.
- “Keutamaan solat berjemaah atas solat sendirian ialah dua puluh lima darjat, dan malaikat yang bertugas di malam hari dan yang bertugas di siang hari berkumpul dalam solat Subuh. (HR Bukhari no. 4348)
- Solat adalah cara utama untuk menghidupkan nilai al-Quran.
- Waktu Subuh, masa paling tenang, menguatkan hubungan dengan Allah melalui penghayatan bacaan al-Quran.
- Solat mendidik hati dan jiwa agar sentiasa dekat dengan Allah, menghidupkan nilai al-Quran dalam kehidupan harian.
Kalimah Al-Quran
- ‘Al-Quran’ di dalam ayat ini bermaksud ‘solat’ kerana al-Quran adalah bahagian yang utama di dalam solat (paling kurang wajib dibaca al-Fatihah).
- Allah SWT sebut al-Quran untuk merujuk kepada Solat Subuh kerana kita sepatutnya membaca al-Quran dengan banyak pada waktu Solat Subuh itu.
- Rasulullah SAW memanjangkan Solat Subuh berjemaah dengan para sahabat.
- ”Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca di dalam solat Subuh sebanyak enam puluh ke seratus ayat.” (HR Al-Nasaie no. 939)
- Di dalam surah ini 11 (drpd 70x) kali kalimah ٱلقُرءَانِ disebut (9, 41, 45, 46, 60, 78 (2x), 82, 88, 89, 106) - Rasakan nilai al-Quran.
Ayat 78: Tindakan
- Jadikan waktu solat sebagai kerangka aktiviti harian.
- Mengalihkan fokus bila berdepan ujian berat -Tumpukan diri pada ibadat, akan mengurangkan perhatian kepada kesesakan jiwa. (Lihat juga surah Al-Hijr, 15:97-98)
- Lagi banyak dakwah, lagi banyak kita kena beribadat untuk menguatkan diri kita.
- Jadikan solat sebagai satu sumber ketenangan
- Laksanakan solat Subuh tepat waktu, secara berjemaah - Walaupun tidak ramai orang yang memerhatikan, kita tetap mahu diperhatikan oleh malaikat dan oleh Allah SWT.
- Waktu solat subuh, baca ayat al-Quran yang lebih panjang.
Tadabbur Ayat 110: Kaitan dengan Tema, Ayat Awal dan Akhir
- Kita disuruh untuk seru/doa salah satu daripada nama-nama Allah SWT yang banyak.
- Pemilihan nama ar-Rahman
- sifat Allah SWT yang paling dominan adalah rahmat-Nya
- nama dan sifat Allah ini tidak dikenal oleh kaum musyrikin
- Nama-nama Allah dalam al-Quran menanamkan rasa cinta dan takut kepada Allah, memperkuat hubungan dengan-Nya.
- Allah larang nyaringkan bacaan dalam doa dan solat.
- Al-Quran mengajar adab dan keseimbangan dalam bacaan solat, mencerminkan hikmah dan nilai akhlak.
- Awal surah menyucikan Allah SWT secara sempuma daripada segala macam kekurangan, dan akhirnya adalah memuji Allah dengan menetapkan bagi-Nya segala macam kesempurnaan yang layak untuk-Nya.
Hadis – Tinggi/Rendah suara
“Ketika Nabi SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu baginda berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (HR Riwayat Abu Daud No. 1135)
Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar r.a “Aku melewatimu ketika engkau sedang membaca ayat dan engkau merendahkan suaramu.” Maka dia (Abu Bakar r.a. menjawab, sesungguhnya aku sedang memperdengarkan Dzat yang aku bermunajat kepada-Nya, baginda bersabda: “Keraskan sedikit suaramu.” lalu baginda berkata kepada Umar r.a. “Aku melewatimu ketika engkau sedang membaca ayat dan engkau meninggikan suaramu.” Maka dia (Umar r.a. menjawab, sesungguhnya aku sedang membangunkan orang yang tertidur dan mengusir syaitan. Kemudian baginda bersabda: “Rendahkan sedikit suaramu.” (Sunan Abi Dawud no 409)
Hadis – Doa dan Tadabbur dalam Solat
Daripada Hudzaifah ibn al-Yaman r.a., beliau berkata:
"Aku pernah solat bersama Nabi ﷺ pada suatu malam. Baginda membaca Surah Al-Baqarah, kemudian An-Nisa', kemudian Ali-Imran. Bacaan Baginda perlahan dan penuh tadabbur. Bila melalui ayat rahmat, Baginda memohon rahmat kepada Allah, dan bila melalui ayat azab, Baginda memohon perlindungan daripada-Nya.” (Riwayat Muslim, no. 772)
Hadis ini menunjukkan bagaimana RasulullahSAW dan para sahabat bukan sahaja membaca al-Quran semasa solat tetapi juga merenung dan memahami isi kandungannya, membuatkan mereka lebih fokus dan khusyuk.
Ayat 17:110: Tindakan
- Tingkatkan kefahaman Asmaul Husna untuk mendekatkan diri kepada Allah
- Gunakanlah nama Allah SWT yang sesuai dengan apa yang diminta. Kalau berdoa minta rezeki, maka serulah nama Allah ar-Razzaq.
- Perbaiki adab dan etika melalui penghayatan nilai Asmaul Husna.
- Bila berdoa, jangan melantangkan dan jangan terlalu merendahkan suara.
- Baca al-Quran dengan jelas tapi sederhana lantangnya agar orang yang dengar dapat mengambil manfaat daripada bacaan itu.
- Bila dengar al-Quran dibaca, senyap dan ambil manfaat.
- Rasakan nilai al-Quran dalam bacaan solat
- Hindari gangguan terhadap orang lain sekaligus menghindari gangguan daripada orang lain.
- Jangan terlalu lantang/lemah dalam berbicara – jaga emosi/hubungan dengan manusia.
Rujukan
- Al-Quran Multazam
- quran.com
- Nota My #QuranTime
- celiktafsir.net