67-Surah Al-Mulk (Kerajaan) Makkiyyah
Ayat 1-30 Halaman 562-564
Dinamakan dengan nama ini kerana surah ini berbicara tentang pengaturan Allah terhadap alam semesta yang Dia miliki.
Dimulakan dengan Allah memberitahu, semua kerajaan yang ada di bumi ini adalah dalam kekuasaan-Nya. Itulah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan kita. Diakhiri dengan pernyataan, jika berlaku musim kemarau, siapakah yang akan menurunkan hujan, kerajaan Allah atau kerajaan manusia.
Tema: Kenali apa yang kamu dakwahkan
● Keberkatan hidup ada pada Allah (1-5)
● Allah sediakan neraka untuk orang sesat (6-14)
● Renungkanlah (15-22)
● Orang kafir mempersoalkan kiamat (23-30)
68-Surah Al-Qalam (Pena) Makkiyyah
Ayat 1-52 Halaman 564-566
Dinamakan dengan nama ini kerana Allah bersumpah di awal surah dengan perkataan tersebut.
Dimulakan Allah bersumpah dengan huruf NUN dan pena yang menjadi alat penulisan. Untuk memperakukan Nabi Muhammad itu adalah Rasul, bukan seorang gila. Diakhiri dengan pernyataan, Nabi Muhammad, hampir-hampir masuk perangkap mereka, melalui dakyah nabi sebagai orang gila. Tetapi, Allah tolong lindungi baginda, kerana nabi diutus hanya sekadar memberikan amaran.
Tema: Akhlak Da’i
• Nabi Muhammad bukan seorang gila (1-13)
• Telatah orang tamak dan kedekut (14-33)
• Janji Allah ke atas orang bertaqwa (34-47)
• Nasihat Allah kepada kita (48-52)
69-Surah Al-Haqqah (Hari Kiamat) Makkiyyah
Ayat 1-52 Halaman 566-568
Dimulakan dengan perakuan hari kiamat tetap akan berlaku. Diakhiri dengan pernyataan al-Quran itu adalah wahyu yang mesti diyakini. Kerana itu, bertasbihlah dengan nama Tuhan yang mempunyai kebesaran.
Tema: Hari Kiamat
• Ingatlah hari kiamat akan datang (1-18)
• Penerima suratan dengan tangan kanan (19-24)
• Penerima suratan dengan tangan kiri (25-37)
• Al-Quran bukan untaian syair (38-52)
70-Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) Makkiyyah
Ayat 1-44 Halaman 568-570
Surah ini dinamakan dengan nama ini kerana Allah menyebutkan dalam surat ini naiknya para malaikat-Nya melalui langit-langit atau kerana surah ini menyebutkan seruan kepada orang-orang yang beriman untuk sentiasa semangat dalam meraih tingkat tertinggi di syurga.
Dimulakan dengan pertanyaan biadab seorang kafir yang mencabar supaya didatangkan segera azab yang dijanjikan. Sedangkan tiada siapa yang boleh menolaknya jika ia datang. Diakhiri dengan ingatan kepada Nabi Muhammad supaya biarkan saja mereka itu dalam kesesatan hingga kiamat. Biarkan mereka bangun dari kubur nanti penuh kekesalan.
Tema: Kepentingan ibadah di samping akhlak
• Orang kafir mencabar nabi (1-7)
• Keadaan di hari kiamat (8-21)
• Cara mengatasinya (22-39)
• Kehendak Allah tiada yang boleh menghalang (40-44)
71-Surah Nuh (Nabi Nuh a.s) Makkiyyah
Ayat 1-28 Halaman 570-571
Dimulakan dengan pernyataan bahawa Allah utus Nabi Nuh kepada kaumnya untuk mengingatkan mereka tentang azab yang sedang menanti. Diakhiri dengan Nabi Nuh berdoa supaya Allah ampunkan dosanya dan dosa kedua ibu bapanya. Juga dosa siapa yang pernah masuk ke rumahnya sebagai seorang mukmin, sama ada lelaki mahupun perempuan. Gagalkan segala tipu muslihat orang yang zalim.
Tema: Laporan pertanggungjawaban dai
• Nabi Nuh dengan kaumnya (1-10)
• Renungkanlah (11-24)
• Bencana yang menimpa mereka (25-28)
72-Surah Jin (Jin) Makkiyyah
Ayat 1-28 Halaman 572-573
Dimulakan dengan perakuan Nabi Muhammad, bahawa jin pernah mendengar baginda membaca al-Quran. Mereka mengakui, al-Quran itu suatu yang menakjubkan.
Diakhiri dengan pernyataan, Allah sahaja yang tahu alam ghaib. Ilmu ini tidak akan diberikan kepada manusia, kecuali yang dikehendaki Allah. Itu pun terbatas kepada para Rasul sahaja untuk menguji kesungguhan para Rasul menyampaikan risalahnya.
Tema: Da’i dari dunia lain
• Jin juga beriman dengan al-Quran (1-7)
• Jin pernah mengintai rahsia langit (8-19)
• Nabi menyatakan sikapnya/pendirian (20-28)
73-Surah Al-Muzzammil (Yang Berselimut)
Makkiyyah
Ayat 1-56 Halaman 575-577
Dimulakan dengan Allah menyeru Nabi Muhammad yang sedang berselimut, supaya bangun di tengah malam bagi mengukuhkan peribadi, kerana selepas ini tugas dakwah nabi semakin berat. Diakhiri dengan pernyataan, lepas itu lakukan taubat. Bacalah al-Quran. Dirikan solat, keluarkan zakat. Akhirnya mintalah ampun atas segala kesalahan yang kita lakukan.
Tema: Bekalan Da’i
• Perintah supaya mengukuhkan peribadi (1-9)
• Bersabarlah tatkala berdakwah (10-17)
• Peringatan Allah (18-20)
74-Surah Al-Muddassir (Yang Berselubung) Makkiyyah
Ayat 1-28 Halaman 575-577
Jika Al-Muzzammil bangun tengah malam untuk mengukuhkan peribadi. Al-Muddassir pula bangun untuk memulakan dakwah. Diakhiri dengan pernyataan bahawa al-Quran itu adalah ingatan jika kita mahukan petunjuk. Tapi, tiada siapa yang akan dapat petunjuk-Nya kecuali yang dikehendaki-Nya saja. Itu pun jika kita berusaha mendapatkan ketakwaan dan selalu minta ampun kepada Allah.
Tema: Bangun dan sampaikan peringatan
• Perintah berdakwah (1-7)
• Keadaan semakin sulit (8-25)
• Rasakanlah (26-31)
• Allah bersumpah dengan bulan (32-38)
• Golongan kanan akan ke syurga (39-56)
75-Surah Al-Qiyamah (Hari Kebangkitan) Makkiyyah
Ayat 1-40 Halaman 577-578
Allah bersumpah dengan hari kiamat dan dengan nafsu lawwamah untuk membuktikan bahawa Allah mampu menghidupkan manusia yang sudah mati. Diakhiri dengan pernyataan, bukankah kita dicipta daripada setitik mani yang menjadi darah. Lalu dibentuk menjadi satu rangka. Dijadikan kita hidup berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan. Allah tegaskan, bukankah itu tanda Allah itu mampu menghidupkan orang mati.
Tema: Fasa pertama akhirat
• Allah bersumpah dengan hari kiamat (1-12)
• Anggota kita akan menjadi saksi (13-25)
• Keadaan tatkala akan mati (26-40)
76-Surah Al-Insan (Manusia) Madaniyyah
Ayat 1-28 Halaman 578-580
Dimulakan dengan perakuan, kita bermula dari masa tiada siapa yang mengetahuinya. Lahir ke dunia hasil daripada percantuman benih suami dan isteri untuk menerima dugaan. Lalu diberikan pendengaran dan penglihatan. Diakhiri dengan pernyataan, walaupun kita dicipta dengan rangka yang kuat tapi sampai masanya kita akan mati juga. Digantikan dengan kejadian baru. Ini semua ingatan untuk siapa yang mahu menuju ke hadrat Ilahi. Allah hanya akan beri petunjuk kepada siapa yang dikehendaki.
Tema: Insan hanya berdakwah, bukan beri hidayah
• Ciptaan amat unik (1-4)
• Janji Allah kepada orang mukmin (5-22)
• Ciri-ciri dakwah yang baik (23-31)
77-Surah Al-Mursalat (Para Malaikat yang Diutus) Makkiyyah
Ayat 1-50 Halaman 580-581
Allah bersumpah, dengan malaikat yang diutus untuk menjaga kebajikan kita. Yang terbang seperti kilat. Yang menaburkan rezeki di seluruh alam. Dan malaikat yang menurunkan wahyu. Diakhiri dengan pernyataan, apa lagi yang menyebabkan kita tidak mahu beriman dengan Allah. Bila disuruh sujud, tidak mahu. Bila diturunkan al-Quran, kenapa ditolak.
Tema: Jangan kecewa wahai da’i, ada ganjaran menanti
• Allah bersumpah dengan malaikat (1-6)
• Tanda kiamat akan berlaku (7-19)
• Fikirkan kejadian sendiri (20-27)
• Mereka yang tidak bersykur ke neraka (28-40)
• Untuk orang bertakwa (41-50)
Doa dalam Juzuk 29
رَّبِّ ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِىَ مُؤْمِنًۭا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارًۢا ٢٨
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!" (Nuh ayat 28)
Wallahua’lam
Rujukan
- Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
- Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
- Kompas 114, Syaari Ab Rahman
- Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

