Surah Ad Dhuha
PERKATAAN HARI INI
قَهَرَ = keras , kasar, paksa
Diulang 10 kali sahaja di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Sumpah kepada waktu Dhuha dan waktu malam serta sebab turunnya surah ini [1-3]
2. Kehidupan akhirat lebih baik dari kehidupan dunia [4-5]
3. Berbagai nikmat yang Allah SWT berikan dan cara menghargainya [6-11]
Mukadimah
Surah Ad Dhuha , surah ke sembilan puluh tiga dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah,
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah Ad Dhuha adalah surah pertama dalam kelompok surah terakhir dalam susunan al Quran.
Allah SWT bersumpah dengan ciptaannya waktu dhuha iaitu waktu pagi hari dan waklu malam dalam surah ini setelah lama tiada wahyu turun kepada ar Rasul s.a.w. Penurunan surah ini amat melegakan Ar Rasul s.a.w yang rasa tertekan dengan penantian yang lama sebelum surah ini diturunkan. Penurunannya menyangkal tohmahan musyrik Mekah bahawa Allah SWT telah meninggalkan dan membenci Nabi Muhammad s.a.w.
Muga Allah SWT terima iman yang terhasil dan amal persiapan yang dilakukan bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan .
Ayat [ 93 :1-11]
وَٱلضُّحَىٰ ١
Demi waktu dhuha,
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ ٢
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ٣
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ ٤
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ ٥
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ ٦
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ ٧
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ ٨
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ٩
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ ١٠
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ١١
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Pengajaran
- Dua sumpah Allah SWT kepada waktu dhuha dan waktu malam mengingatkan kepada kita bila kita rasa tertekan bahawa Allah SWT tidak pernah tinggalkan dan benci hambanya.
- Rasa tertekan itu normal bagi manusia. Namun kita perlu bijak menguruskannya dan tidak mengikut hawa nafsu yang buruk.
- Dua perkara punca rasa tertekan kepada manusia adalah rasa ditinggalkan dan rasa dibenci. Oleh itu kita perlu elakkan meninggalkan seseorang dan membenci seseorang.
- Kasihi dan sentiasa bersama masyarakat terutama ahli keluarga kita sendiri kerana Allah SWT yang punya kuasa dan punya segala pun tidak pernah tinggalkan hambanya.
- Waktu dhuha datang dengan kedamaian serta cahaya bersama kehangatan penuh harapan setelah malam gelap yang sunyi. Maka perlulah kita segera bangun dan bersyukur dengan peluang yang Allah SWT beri bagi menuruskan kehidupan .
- Waktu malam yang sepi pula memberi ruang manusia merawat jiwa dan rohani setelah lelah dalam kehidupan di siang hari. Malam yang sepi memberi ruang rehat dan waktu untuk bermunajat pada Allah SWT . Peluang ini amat berharga bagi mereka yang mengetahuinya. Maka manafaatkan sebaiknya.
- Kita perlu sentiasa ingat untuk bersyukur serta berzikir kepada Allah SWT pada apa situasi sekali pun. Dengan mengingati Allah SWT hati akan tenang , begitu yang Allah SWT janjikan dalam al Quran. Kalam dan janji Allah SWT itu benar.
- Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. Yang akhir itu lebih baik dari yang awal memberi semangat kepada kita untuk belajar sabar sebelum menikmati kesenangan yang kekal sehingga kita berpuas hati.
- Allah SWT ajar hambanya untuk melihat fasa kehidupan yang dilalui sebelum ini dan bantuan Allah SWT . Proses melihat kebelakang ini mampu meningkatkan motivasi diri dan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala kurniaanya . Ia adalah tanda Allah SWT tidak pernah tinggalkan hambanya. Contohnya ketika Nabi Muhammad s.a.w yatim, Allah beri perlindungan.
- Kita perlu sambut seruan Allah SWT dan ambil peluang untuk menyantuni anak yatim, berakhlak mulia kepada sesiapa sahaja yang mohon bantuan , bersyukur dengan menzahirkan segala nikmat Allah SWT kurniakan.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Sabar dengan cabaran dan ujian dalam medan dakwah (4)
2. Berikan layanan yang baik dan bersikap lemah lembut kepada anak yatim (9)
3. Tidak berlaku kasar dan sombong dengan golongan yang lemah (10)
Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan mengasihani hambanya
Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia.
Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga.
Ya Allah, kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKATAAN HARI INI
رَغِبَ = berharap , ingin
Diulang 8 kali sahaja di dalam Al-Quran
SINOPSIS
- Penjelasan akan nikmat Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w [1-3]
- Makna ditinggikan sebutan nama Nabi Muhammad s.a.w dan kemudahan setelah datangnya kesusahan .[4-6]
- Perintah mengingati Allah SWT setelah selesai sesuatu perkara. [7-8]
Mukadimah
Surah Al Insyirah , surah ke sembilan puluh empat dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah,
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Surah Al Insyarah atau Al Syarh bermakna kelapangan. Surah ini meletakan kerangka fikir yang betul dan motivasi dalam menguruskan masalah kehidupan dan penerusan kehidupan. Mesejnya menguatkan jati diri hambanya dalam menghadapi kehidupan dan cabarannya.
Muga Allah SWT terima iman dan amal dalam kehidupan yang dilakukan bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan .
Pengajaran
- Allah SWT yang melapangkan dan meringankan dada hambanya. Maka mohon pertolongan hanya padanya.
- Allah SWT melapangkan dada mukmin dengan memberi petunjuk iman dan hidayah. Maka pelihara iman dan suburkan hidayah dengan menambah ilmu agama berlandas al Quran dan sunnah.
- Tanggungjawab dan dosa memberatkan fikiran dan dada manusia. Maka bersegera mohon pertolongan Allah SWT dalam segala permasalahan kehidupan dan bertaubat serta mohon ampun atas segala dosa.
- Allah SWT mengangkat nama dan darjat hambanya yang bersegera bertaubat dan bertaqwa.
- Allah SWT janjikan setiap satu kesukaran disertakan minimum dua kemudahan. Maka tidak perlu runsing dengan kesukaran. Teruskan usaha , pasti kemudahan yang banyak dari Allah SWT mengatasi satu kesukaran yang ada.
- Allah SWT arahkan hambanya bila selesai satu urusan hendaklah teruskan usaha dengan urusan yang lain pula.
- Allah SWT suka hambanya yang sentgiasa berusaha dan memohon pertolongan kepadanya. Hasilnya serahkan apa Allah SWT.
- Segala ujian adalah untuk meningkatkan darjat dan keperibadian hambanya di dunia dan akhirat berdasarkan siapakah yang paling baik iman dan amalnya di sisi Allah SWT.
- Hanya kepada Allah SWT tempat kita memohon apa yang kita hendak dan yang kita suka. Tiada yang sukar untuk ditunaikan oleh Allah SWT yang maha kuasa dan maha kaya.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Muliakan darjat Rasulullah s.a.w dengan menjadikan sunnah sebagai panduan kehidupan (4).
2. Sabar dalam setiap kepayahan dan mohon Allah SWT mudahkan segala kepayahan (5-6).
3. Tidak sia-siakan waktu dengan bermalas-malas selepas selesai satu urusan, tetapi teruskan
dengan amal soleh yang lain pula (7-8).
Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.
Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya .
Allah SWT sentiasa bersama dan mengasihani hambanya dengan menjanjikan pada setiap kesusahan disertakan minimum dua kemudahan . Janji ini menguatkan saya untuk teruskan amal dan bertaqwa.
Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala dosa dan kesilapan saya.
Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
Hasil usaha dan seruan saya adalah milik Allah SWT.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia.
Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Ya Allah , rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami di dunia dan selamat kami di akhirat dari api neraka dengan beroleh syurga firdaus mu.
Ya Allah, kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu dan jauhi kami dari azab neraka Mu
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.