Surah Al Qari'ah
PERKATAAN HARI INI
ثَقَلَ = menggoncangkan
Diulang 28 kali sahaja di dalam Al-Quran
SINOPSIS
1. Nama lain Hari Kiamat dan kedahsyatan hari tersebut [1- 5]
2. Timbangan amal manusia dan balasan terhadap mereka [6-11]
Mukadimah
Surah Al Qari'ah , surah ke seratus satu dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah,
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Allah SWT sekali lagi membawa kita untuk menggambarkan kedahsyatan keadaan kejadian hari kiamat yang akan dan pasti berlaku .Allah gambarkan keadaan manusia ketika ia berlaku agar manusia bertanya diri sendiri agaknya bagaimana keadaan kita ketika itu.
Allah SWT jua menyatakan Dia akan membalas semua kebaikan dan keburukan mengikut berat atau ringannya timbangan amal kebaikan yang manusia lakukan samada dengan nikmat syurga atau dengan neraka hawiyah. Ia bertujuan supaya kita manusia membuat keputusan terbaik pada setiap tindakan buat diri mereka.
Ayat [ 101 :1-11 ]
ٱلْقَارِعَةُ ١
Hari yang menggemparkan,
مَا ٱلْقَارِعَةُ ٢
Apa dia hari yang menggemparkan itu?
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْقَارِعَةُ ٣
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
يَوْمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ كَٱلْفَرَاشِ ٱلْمَبْثُوثِ ٤
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
وَتَكُونُ ٱلْجِبَالُ كَٱلْعِهْنِ ٱلْمَنفُوشِ ٥
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ ٦
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,
فَهُوَ فِى عِيشَةٍۢ رَّاضِيَةٍۢ ٧
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ ٨
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,
فَأُمُّهُۥ هَاوِيَةٌۭ ٩
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا هِيَهْ ١٠
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
نَارٌ حَامِيَةٌۢ ١١
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
Pengajaran
- Allah bertanya pembaca surah ini dengan Hari Yang Menggemparkan supaya manusia mencari tahu.
- Setiap pertanyaan Allah itu merujuk kepada perkara yang sangat besar ertinya kepada manusia. Kita perlu beri berhatian dan tindakan sewajarnya.
- Allah gambarkan hari itu amat dahsyat dan menggemparkan kerana manusia yang hebat bagaimanapun akan berterbangan seperti kalkatu yang tidak bernilai . Manakala gunung yang kukuh dan berat pula berterbangan seperti bulu. Gambaran itu seharusnya membawa kegerunan dan kerisauan kepada diri , bagaimana keadaan kita pada hari itu.
- Allah nyatakan manusia akan dibalas amalnya dengan berkadar berat timbangan amalnya , bukan sekadar banyak mana amalnya.
- Allah SWT sediakan balasan syurga bagi mereka yang berat amalnya. Tempat untuk senang lenang dengan segala nikmat dan tiada yang dirisau dan tiada yang ditakuti. InsyaAllah kita tergolong dari golongan yang berat timbangan amalnya.
- Sebaliknya mereka yang ringan timbangan amalnya, tempatnya adalah di api neraka yang panas membakar iaitu Haawiyah. Berada di panas matahari pada jam 10 pagi pun kita sudah tidak tahan , apatah lagi merada di dalam api neraka yang membakar. Ya Allah , jauhkan aku dari neraka mu.
- Perkukuhkan diri kita dengan beriman kepada Allah SWT dan Hari Kiamat.
- Keimanan ini seharusnya menjadikan diri kita cermat akan segala kerja buat kita , samada yang nyata maupun yang tersembunyi. Samada yang kecil maupun yang besar. Lakukan hanya apa yang Allah suka dan apa yang diperintahkan. Tinggalkan yang dilarang
- Bersegera mohon ampun , bertaubat atas segala kesilapan.
- Berdoa dan berusaha untuk istiqomah memperbaiki diri dalam mendapatkan cinta dan redha Allah SWT.
- Ingat matlamat kita adalah beroleh redha Allah . Iaitu kita Allah dijauhkan dari api neraka dan Allah kurniakan syurga. Itu kejayaan yang sebenar dan abadi. Amin.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Mohon keamanan, keselamatan dan dijauhi dari bencana Hari Kiamat daripada Allah SWT [4-5]
2. Sentiasa mohon keampunan dan berdoa agar setiap amal kebaikan diterima [8-9]
3. Kenali keadaan neraka dan sikap penghuninya agar diri tidak tergolong dikalangannya [10-11]
Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.
Lega saya bahawa Allah SWT menggambarkan kedahsyatan kegemparan hari kiamat hingga mendatangkan kegerunan dalam hati membacanya dan sehingga mampu memperberbaiki.
Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia.
Saya jelas untuk menjaga amal buat saya baik yang besar atau yang kecil, baik yang nyata atau yang tersembunyi supaya ada nilai beratnya di sisi Allah kerana semuanya akan ditimbang di hari kiamat nanti.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman pada hari kiamat dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat beramal dan berakhlak dengan akhlak al Quran
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan .
Beratkan timbangan amal kebaikan kami.
Terimalah amal kami.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka yang membakar.
Ya Allah, kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu di syurga Mu.
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKATAAN HARI INI
كَثُرَ = banyak , bermegahDiulang 167 kali sahaja di dalam Al-Quran
SINOPSIS
Mukadimah
Surah At Takathur, surah ke seratus dua dalam susunan al Quran, berada dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya Surah An Nasr , Surah Madaniyyah. Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah,
Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.
Allah SWT mengingatkan bahawa manusia itu amat mudah lalai untuk taat asbab mengumpul harta dunia. Kelalaian ini boleh membawa padah dibalas dengan neraka Jahim. Maka manusia mesti menjauhi sifat buruk ini.
Muga Allah SWT terima iman dan amal persiapan yang dilakukan sebaik mungkin sebagai bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan . Muga amalan baik itu diterima dan kita selamat dari api neraka.
Ayat [ 102 :1-8 ]
أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ ٢
Sehingga kamu masuk kubur.
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ٣
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ٤
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ ٥
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ ٦
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ ٧
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ ٨
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Pengajaran
- Allah SWT menasihatkan manusia supaya menyusun kehidupan kepada mengutamakan yang lebih utama iatu selamat dari api neraka dan sesuatu yang membawa nikmat yang abadi di akhirat kelak.
- Elakkan terjebak dalam membanyakkan harta dan kemegahan sehingga lupa kepada yang utama iaitu menggunakan apa yang ada untuk persiapan menghadapi kematian dan hari kiamat . Allah benci mereka yang lalai untuk taat padaNya dengan apa yang mereka ada.
- Kuantiti dan kualiti nikmat dunia yang dikumpulkan dibenarkan selagi mana ia memberi manafaat iaitu ia membawa kita kepada lebih taat dan hampir pada Allah SWT . Kita perlu dimuhasabahkannya setiap hari.
- Ingatan kepada kematian dan hari kiamat akan memandu manusia untuk mengutamakan yang utama dan memperbanyakkan sesuatu yang Allah SWT suka berbanding kepada kehendak nafsu yang melalaikan.
- Kita perlu semak rasa dan gerak hati dengan apa yang kita ada berbanding dengan apa yang orang lain ada seperti harta, anak pinak, pangkat kedudukan , ilmu dan lain-lain.
- Pastikan kita mengumpulkan harta dan nikmat yang Allah SWT suka dan redha, iaitu diperolehi dengan ketaatan pada Allah dan ikhlas hanya kepadaNya dan keranaNya.
- Menuntut ilmu dituntut sehingga kita mati. Kita perlu yakin dengan ilmu yang kita pelajari. Tanda keyakinan itu yang menghasilkan tindakan ketaatan.
- Namun bila kita menuntut ilmu contohnya kita menuntut ilmu qiraat bagi mengidupkan sunah yang ditinggalkan, usahakan supaya ia selari dengan usaha kita kepada yang lebih utama iaitu memahami ayat al Quran yang kita baca dan mengamalkan apa yang Allah SWT rakamkan dalam al Quran.
- Setiap kita akan melalui kematian dan hari kiamat .
- Tatkala di hari kiamat nanti, segala amal kita akan dibentangkan dan ditimbang. Hasilnya menentukan kematian kita baik atau sebaliknya, samada kita akan menikmati nikmat syurga atau kita dihumban ke dalam api neraka.
- Kita akan melihat neraka, jika kita selamat kita akan ke syurga, Namun bila kita gagal , kita akan jatuh ke neraka.. Ketika kita mati , sudah terlambat untuk mengambil tindakan dari ilmu yang dipelajari.
- Pesan Allah SWT dalam ayat ini supaya kita menuntut ilmu dan kita ambil tindakan bagi setiap ilmu itu supaya kita selamat di dunia dan akhirat dan selamat dari penyesalan di saat hendak mati dan hari dibangkitkan nanti, hari kiamat.
- Ibadah kita juga perlu seimbang antara ibadah peribadi dengan Allah SWT dan beramal kepada dan bersama masyarakat.
- Al Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca malah yang lebih utama adalah untuk diamalkan. Kebanyakan amalan pelajaran dalam al Quran adalah dalam berinteraksi dengan manusia dan dalam masyarakat.
- Pesan Allah SWT dalam ayat itu untuk kita menggunakan apa jua yang Allah SWT kurniakan dan pinjamkan untuk ibadah dan amal kebaikan yang diredai Allah SWT sebagai bekalan pulang ke kampung akhirat.
- Masa yang tepat untuk kita bermegah adalah bila kita telah selamat beroleh nikmat syurga di akhirat nanti. Syurga itu itu bertingkat-tingkat, di syurga mana yang layak kita nikmati ?
- Ada kemungkinan kita menyesal juga di dalam syurga nanti kerana tidak melakukan amal yang terbaik dan tidak melakukan lebih banyak amal yang baik-baik sehingga melayakkan kita beroleh syurga yang tertinggi.
RESOLUSI
Ingat !!
1. Jangan lalai dan alpa dengan urusan dunia sehingga terabai matlamat akhirat.[1-2]
2. Jangan berbangga-bangga dengan kelebihan, kekuatan dan nikmat kurniaan Allah SWT [3-4]
3. Setiap kenikmatan dan perbuatan di dunia akan dipertanggungjawabkan [10-11]
Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.
Lega saya bahawa Allah SWT menggambarkan kedahsyatan kegemparan hari kiamat hingga mendatangkan kegerunan dalam hati membacanya dan sehingga mampu memperberbaiki.
Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.
Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia, iaitu selamat dari api neraka dan beroleh syurga.
Saya jelas untuk menjaga amal buat saya baik yang besar atau yang kecil, baik yang nyata atau yang tersembunyi supaya ada nilai beratnya di sisi Allah kerana semuanya akan ditimbang di hari kiamat nanti.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman pada hari kiamat dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.
Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat beramal dan berakhlak dengan akhlak al Quran.
Rezekikan kami dengan rezeki dan nikmat yang tidak melalaikan kami dari taat kepada Mu.
Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan .
Beratkan timbangan amal kebaikan kami.
Terimalah amal kami.
Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.
Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat dari api neraka yang membakar.
Ya Allah, kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha Mu di syurga Mu.
Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.