Monday, August 4, 2025

Halaman 599 : Al Zalzalah 99 : 1-8 & Al A'diyat 100 : 1- 11

Surah Al Zalzalah


PERKATAAN HARI INI 

 زَلْزَلَ  =  menggoncangkan

Diulang  6 kali sahaja di dalam Al-Quran


SINOPSIS   

1.    Kejadian hari kiamat dan keadaan manusia ketika kiamat tiba [1- 6]

2.    Balasan atas kebaikan dan keburukan yang dilakukan walau sekecil apa pun [7-8]


Mukadimah


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

Surah Al Zalzalah , surah ke sembilan puluh sembilan dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

Allah SWT membawa kita untuk menggambarkan kedahsyatan keadaan kejadian hari kiamat yang akan dan pasti berlaku . Bagaimanakah keadaan manusia ketika ia berlaku? Allah SWT jua menyatakan Dia akan membalas semua kebaikan dan keburukan walau sekecil mana pun. Tujuannya tidak lain supaya semua manusia tahu dan ingat supaya kembali taat ,  beramal soleh dan bersedia menghadapi kedahsyatan yang tidak tergambar itu.

Manusia yang tidak beriman dan lupa kedahsyatan hari kiamat sahaja yang akan menjadi manusia yang engkar.

Muga Allah SWT terima  iman yang terhasil dan amal persiapan yang dilakukan bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan .


Ayat [ 99 :1-8 ]

إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ١ 

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ٢ 

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

وَقَالَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَا لَهَا ٣

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ٤ 

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا ٥ 

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَـٰلَهُمْ ٦ 

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ٧ 

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ٨

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Pengajaran

  1. Jadilah kita hambaNya yang benar-benar beriman dengan gambaran kedahsyatan goncangan hari kiamat yang akan berlaku. Ia adalah peringatan oleh Allah SWT dalam surah ini. Adalah tidak berakal bagi mereka yang tidak mempercayainya.
  2. Setelah kita percaya, hendaklah kita sentiasa mantapkan keimanan ini. InsyaAllah keimanan dan kegerunan pada goncangan hari kiamat itu akan menghasilkan tindakan menghalang kita dari melakukan keingkaran . Dan pastinya keimanan dan  ketakutan  pada kedahsyatan pada hari kiamat itu akan menghasilkan tindakan ketaatan kepada yang empunya hari kiamat, iaitu Allah SWT.
  3. Pernah terima keputusan peperiksaan? Apa perasaan kita ketika itu? Keimanan dan ketakutan akan pembentangan hasil segala amal baik dan buruk kita di dunia , yang tidak dikecualikan walau sekecil-kecilnya seharusnya menjadi motivasi untuk sentiasa menjadi hamba Allah yang taat, iaitu hamba Allah yang bertaqwa.
  4. Keimanan ini seharusnya menjadikan diri kita cermat akan segala kerja buat kita , samada yang nyata maupun yang tersembunyi. Samada yang kecil maupun yang besar. Lakukan hanya apa yang Allah suka dan apa yang diperintahkan. Tinggalkan yang dilarang.
  5. Untuk berjaya dapat keputusan yang baik dan melegakan di dunia mahupun di akhirat, kita mesti hanya melakukan  amal yang baik-baik belaka dan meninggalkan segala amal buruk semasa di dunia.
  6. Bersegera kita bertaubat , mohon ampun kepada Allah SWT dan berazam meninggalkan dosa sekiranya kita melakukan kesilapan berbuat amal buruk dan dosa.
  7. Kita perlu sentiasa berusaha menyediakan sebanyak mungkin bekal amal kebaikan , baik yang kecil mahupun yang besar supaya laporan kita yang dibentangkan pada hari kiamat nanti adalah hanya amal kebaikan. Dan amal kita semua diterima Allah SWT. 
  8. Ingat matlamat kita adalah beroleh redha Allah . Iaitu kita Allah dijauhkan dari api neraka dan Allah kurniakan syurga. Itu kejayaan yang sebenar dan abadi. Amin.

    RESOLUSI 

    Ingat !!

    1.    Peka dengan tanda kiamat dan segera beramal [1- 2]

    2.    Pupuk dan semai kebajikan selagi berada di muka bumi [3-4]

    3.    Berusaha setiap hari untuk lakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan [7-8]


    Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

    Lega saya bahawa Allah SWT  menggambarkan kedahsyatan kegoncangan hari kiamat hingga mendatangkan kegerunan dalam hati membacanya dan yang berusaha memahamimya.

    Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.


    Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

    Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

    Saya jelas untuk menjaga amal buat saya baik yang besar atau yang kecil, baik yang nyata atau yang tersembunyi kerana semuanya akan ditayangkan di hari kiamat nanti.

    Ya Allah, jadikan kami orang beriman pada hari kiamat  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

    Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat beramal dan berakhlak dengan akhlak al Quran

    Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan . 

    Beratkan timbangan amal kebaikan kami. 

    Terimalah amal kami.

    Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

    Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

    Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha dan syurga Mu. Jauhi kami dari azab neraka Mu

    Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Surah Al A'diyat

    PERKATAAN HARI INI 

     بَعْثَرَ  =  membangkitkan, menebarkan

    Diulang  2 kali sahaja di dalam Al-Quran


    SINOPSIS   

    1.   Bersumpah dengan kuda perang atas kekufuran manusia dan sifatnya  [1-5]

    2.   Sikap orang yang mengkufuri nikmat dan cintakan harta [6-8]

    3.   Peringatan akan datangnya Hari Kebangkitan [9-11]


    Mukadimah


    Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menghargai hidayah Allah. Semoga dengan membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah SWT. 

    Surah Al A'diyat , surah ke seratus dalam susunan al Quran, berada  dalam Juzuk Tiga Puluh yang mengandungi tiga puluh enam surah. Hanya  Surah An Nasr , Surah Madaniyyah.  Tiga puluh lima surah yang lain adalah Surah Makiyyah, 

    Surah Makiyyah adalah surah yang menekankan akidah. yang menyentuh, memberi faham dan kenal oleh manusia akan Allah SWT Tuhan Yang Esa , Nabi Muhammad s.a.w , rasulullah yang ditugaskan membawa risalah agama ini dan hari kiamat, hari pembalasan atas segala amal perbuatan manusia di dunia. Surah Makiyyah ayatnya pendek dan berirama. Manakala surah Madaniyyah ayatnya panjang dan isinya memberi penekanan kepada yang selain akidah seperti penyelarasan ibadah, muamalat ,perundangan dan lainnya.

    Allah SWT bersumpah dengan ciptaannya kuda perang betina sesuatu yang dikagumi oleh kaum musyrik ketika itu.

    Muga Allah SWT terima  iman yang terhasil dan amal persiapan yang dilakukan bagi bekalan hari kematian dan hari saksi dan persaksian , iaitu hari pembalasan .


    Ayat [ 100 :1-11 ]


    وَٱلْعَـٰدِيَـٰتِ ضَبْحًۭا ١ 

    Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

    فَٱلْمُورِيَـٰتِ قَدْحًۭا ٢ 

    Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

    فَٱلْمُغِيرَٰتِ صُبْحًۭا ٣

    Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

    فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًۭا ٤ 

    Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

    فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا ٥ 

    Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

    إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌۭ ٦ 

    Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

    وَإِنَّهُۥ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌۭ ٧

    Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

    وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ ٨ 
     

    Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

    أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِى ٱلْقُبُورِ ٩ 

    (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

    وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ ١٠

    Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

    إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّخَبِيرٌۢ ١١

    Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.



    Pengajaran

    1. Allah SWT bersumpah dengan Kuda Perang Betina , sesuatu yang dikagumi oleh kaum musyrik ketika itu sebagai satu kaedah menarik perhatian mereka kepada kesedaran dua sifat buruk manusia iaitu keengkaran manusia kepada tuhannya kerana kecintaan melampau kepada harta  dunia. 
    2. Semak diri kita adakah kita mencintai harta dunia sehingga menjadikan kita sangat engkar akan perintah Allah SWT sedangkan harta dunia itu hanya pinjaman dari Allah ?Jika ya, segera bertaubat dan kembali taat kepada Allah SWT. 
    3. Kuda perang betina  sangat patuh pada tuannya dan hebat dalam melaksanakan tugasan ketika dipacu oleh tuannya. Ini adalah tempelak kepada musyrik Mekah dan kita yang masih hidup ini.
    4. Bagaimana pula kita dengan perintah Allah? Adakah kita taat dengan semua perintah Allah SWT? Adakah kita melakukan yang terbaik dalam amal ketaatan itu? Subhanallah, Maha suci Allah dari segala kekurangan.  Terlalu banyak yang kita perlu tambah amal kita dan tingkatkan kualiti amal kita. InsyaAllah kita akan terhindar dari hamba Allah yang menyesali diri akhirat nanti.
    5. Sesungguhnya ciptaan Allah itu amat sempurna dan tidak sia-sia. Allah jadikan potensi akal dan emosi kita akan bergetar apabila kita melakukan sesuatu yang mungkar, dan kita sedar akan kawalan kualiti yang Allah wujudkan ini. Namun adakah kita mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki keadaan mengikut piawaian Allah ? Atau adakah kita mengikut hawa nafsu kita dan kehendak manusia? Sesuatu untuk diambil perhatianuntuk tindakan yang betut. Jika potensi getaran itu wujud lagi , dapatkan bantuan segera sebelum terlambat.
    6. Kita juga nampak dengan mata kepala kita, setiap perbuatan ada kesan dan akibatnya, setiap yang hidup akan mati dan setiap yang bermula akan berakhir. Sudahkan kita bersedia untuk hakikat itu?
    7. Allah SWT amat mengetahui segalanya disudut ilmu dan perlaksanaan. Allah SWT maha mengetahui segala yang kita lakukan baik yang zahir maupun yang disembunyikan hatta apa yang terlintas dalam hati. Oleh itu lakukan kita lakukan yang paling baik dan paling banyak sebagai persediaan kita menghadapi kematian dan hari kiamat.

      RESOLUSI 

      Ingat !!

      1. Perangi hawa nafsu dan berfikir untuk melakukan kebaikan di dunia dan akhirat (6)

      2. Hindari cintai harta dunia dengan perbanyakkan berkongsi kebaikan dan bersedekah (8)

      3. Sentiasa bersiap menuju akhirat (11)


      Lega rasa diri, Allah SWT mengingatkan lagi supaya manusia bersegera dalam mengambil tindakan dari panduan al Quran setelah mendengar, membaca dan memahaminya kerana ia panduan kehidupan dalam suka mahupun duka.

      Lega saya bahawa Allah SWT yang maha kuasa tidak meninggalkan dan membenci hambanya , bahkan sentiasa bersama dan mengasihani hambanya

      Saya juga lega Allah SWT itu maha pengampun atas segala kesilapan saya.


      Saya jelas untuk istiqomah beriman dan mengerjakan amal soleh dan berdakwah berlandaskan Al Quran , menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Hasil seruan saya adalah milik Allah SWT.

      Saya jelas bahawa segala nikmat dan harta dunia ini adalah pinjaman dari Allah SWT. Saya jelas untuk memanafaatkanya mengikut yang Allah SWT suka dan bukan mengikut hawa nafsu yang serakah.

      Saya jelas bahawa matlamat kehidupan saya adalah mendapat cinta dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat. Kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia. 

      Saya jelas untuk sabar dengan segala cabaran dan ujian kehidupan di dunia bagi beroleh kenikmatan  sebenar yang kekal dan saya puas dengannya di syurga nanti.

      Ya Allah, jadikan kami orang beriman  dan bertaqwa yang sentiasa mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan dan rezekikan kami sentiasa memperelokkan ibadah kami kepada Mu dengan akhlak al Quran.

      Rezekikan kami membaca ,faham dan amal kalam Mu siang dan malam supaya kami taat dan berakhlak dengan akhlak al Quran.

      Rezekikan kami dengan segala sesuatu  dan melakukan segala sesuatu yang menghampirkan diri kami kepada Mu dan beroleh cinta dan redha Mu.

      Ya Allah hisablah kami dengan hisab yang dipermudahkan.

      Ya Allah, bantu kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin kami untuk istiqomah berpegang teguh kepada agama Mu agar selamat dari tipu daya kehidupan dunia dan beroleh redha dan syurgaMu di akhirat.

      Selamatkan kami dan ahli keluarga kami dan pemimpin di dunia dan selamat di akhirat  dari api neraka dengan beroleh syurga.

      Ya Allah,  kurniakan kami kemerdekaan yang sebenar di dunia dan akhirat dengan sentiasa membersihkan diri dengan beroleh redha dan syurga Mu . Jauhi kami dari azab neraka Mu

      Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib.



      Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

        Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...