SINOPSIS JUZUK 4
Surah Status Ayat Halaman Mashaf
Ali-Imran Madaniyyah 92-200 62-76
An-Nisa’ Madaniyyah 1-23 77-81
Surah Ali-Imran (Keluarga Imran) - sambungan
Sinopsis Ayat 92-200
● Masjid pertama di bumi (92-101)
● Bercita-cita mati dalam Islam (102-108)
● Jadilah kumpulan orang baik (109-117)
● Etika pemilihan pemimpin (118-120)
● Sikap munafik semasa Perang Uhud (121-129)
● Allah menyeru kita, Orang beriman (130-136)
- Dilarang makan riba’
- Takutlah dengan api neraka
- Taat kepada Allah dan Rasul
- Minta ampun daripada Allah
- Jika melakukan maksiat, segera ingat kepada Allah dan mohon keampunan
● Sejarah untuk perbandingan (137-143)
- Mengembara, perhatikan sejarah dan ambil iktibar
- Jangan mudah lemah semangat dan jangat terlalu bersedih
- Anggaplah kekalahan sebagai adat perang, cara Allah membersihkan dosa
● Nabi Muhammad manusia biasa (144-151)
● Iktibar dari Peperangan Uhud (152-154)
● Janji Allah kepada perang sabil (155-168)
● Jangan mudah menyangka yang bukan-bukan (169-175)
● Jangan risau jika seruan tidak dilayan (176-184)
● Setiap yang hidup pasti mati (185-188)
● Mohon diselamatkan dari Neraka (189-194)
● Jawapan Allah (195-200)
Fadilat
“Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafaat kepada yang membacanya. Bacalah az-Zahraawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua naungan atau sebagai dua kawanan burung sebagai pembela kepada yang membacanya.” (Sahih Muslim, 807)
Surah An-Nisa’ (Wanita)
Wanita adalah ciptaan Allah yang Maha Penting menentukan pembangunan manusia di dunia ini. Allah memilih salah satu dari jenis orang-orang yang lemah, iaitu wanita; agar seorang pemimpin dan seseorang yang memikul tangung jawab dapat mendahulukan untuk merealisasikan keadilan dan kasih sayang kepada keluarganya. Jika ia dapat melakukannya, maka ia akan dapat merealisasikannya kepada anggota dan masyarakatnya.
Dimulai dengan mengingatkan kita, sebagai manusia supaya bertakwa kepada Allah yang menjadikan kita dari satu keturunan, iaitu Nabi Adam. Darinya berkembanglah zuriat kita yang ramai, lelaki dan perempuan sampai kiamat nanti.
Diakhiri dengan penetapan hukum pusaka ke atas si mati yang tidak meninggalkan anak.
Tema: Adil dan kasih sayang hatta pada yang lemah
Sinopsis
● Bertaqwa kepada Allah, Pencipta kita (1)
● Etika menjaga anak yatim (2-3)
● Bila mahu berkahwin dengan ibu si anak yatim (4-10)
● Waris penerima pusaka (11-14)
● Menuduhi isteri berzina (15-18)
● Waris yang tidak dapat pusaka (19-21)
● Dengan siapa diharamkan berkahwin (22-23)
Doa-doa dari Juzuk 4
رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًۭا يُنَادِى لِلْإِيمَـٰنِ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا ۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ ١٩٣
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; (Ali-Imran ayat 193)
رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ ١٩٤
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Ali-Imran ayat 194)
Wallahua’lam
Rujukan
1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil
