|
PERKATAAN HARI INI: نَظَرَ Menunggu, melihat. 129
kali
disebut dalam al-Quran. |
|
SINOPSIS 1.
Ancaman terakhir kepada orang kafir dengan seksa yang buruk
(158) 2.
Akibat perbezaan dalam agama (159) 3.
Balasan kebaikan dan keburukan (160) 4.
Mengikuti agama Nabi Ibrahim dalam tauhid, ibadah dan
keperibadian (161-164) 5.
Menjadi penguasa di bumi (165) |
|
Mukaddimah Alhamdulillah, hari ini kita berada pada halaman terakhir surah
al-An'am. Semoga kita sempat sampai ke juz terakhir untuk baca, faham dan
amal al-Quran ini. Dengan membaca al-Fatihah, kita memohon kepada Allah SWT
diberikan hidayah iaitu jalan orang-orang yang diberi nikmat dalam kalangan
nabi-nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin. Dalam surah al-An'am ini
dibekalkan kepada kita pelbagai nikmat 'ala', atau ayatillah yang dibawakan
kepada kita untuk kita sama-sama berfikir dan tidak mensyirikkan Allah SWT. Ayat [6:158] هَلْ يَنظُرُونَ
إِلَّآ أَن تَأْتِيَهُمُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ أَوْ يَأْتِىَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِىَ
بَعْضُ ءَايَـٰتِ رَبِّكَ ۗ يَوْمَ يَأْتِى بَعْضُ ءَايَـٰتِ رَبِّكَ لَا
يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَـٰنُهَا لَمْ تَكُنْ ءَامَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ
فِىٓ إِيمَـٰنِهَا خَيْرًۭا ۗ قُلِ ٱنتَظِرُوٓا۟ إِنَّا مُنتَظِرُونَ Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman
itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut
nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian
dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari
datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman
seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan
kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang
kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang
telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)". Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:159] إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُوا۟ دِينَهُمْ وَكَانُوا۟ شِيَعًۭا
لَّسْتَ مِنْهُمْ فِى شَىْءٍ ۚ إِنَّمَآ أَمْرُهُمْ إِلَى ٱللَّهِ ثُمَّ
يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan
ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu),
dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam
(perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah.
Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang
telah mereka lakukan (dan membalasnya). Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:160] مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ
وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰٓ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا
يُظْلَمُونَ Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka
baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan
sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan)
yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:161] قُلْ إِنَّنِى هَدَىٰنِى رَبِّىٓ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ
مُّسْتَقِيمٍۢ دِينًۭا قِيَمًۭا مِّلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًۭا ۚ وَمَا كَانَ
مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan
yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim
yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik". Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:162] قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى
لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam. Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:163] لَا شَرِيكَ لَهُۥ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا۠ أَوَّلُ
ٱلْمُسْلِمِينَ Tiada sekutu bagiNya, dan dengan
yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku)
adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan
mematuhi perintahNya)". Mesej dan Tindakan:
Ayat [6:164] قُلْ أَغَيْرَ ٱللَّهِ أَبْغِى رَبًّۭا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ
شَىْءٍۢ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ
وَازِرَةٌۭ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ
فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ Katakanlah: "(Sesudah aku
mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan
selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah
(kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah
sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan
memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian
kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu
akan apa yang kamu berselisihan padanya. Mesej dan Tindakan:
|
|
Ayat [6:165] وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَـٰٓئِفَ ٱلْأَرْضِ وَرَفَعَ
بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍۢ دَرَجَـٰتٍۢ لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۗ
إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلْعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۢ Mesej dan Tindakan:
|
|
RESOLUSI Ingat !!
Lega kerana Allah SWT amat menghargai kebaikan yang saya buat
walaupun kecil. Saya jelas saya perlu terus bertindak berbuat kebaikan, tidak
perlu menanti bukti lebih besar. Saya jelas untuk tidak pecah atau asingkan
antara kehidupan dan agama. Saya jelas saya mesti terus berbuat baik walau
sekecil-kecil kebaikan kerana ia amat dihargai Allah SWT. Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan
Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepada kami. Ya Allah, Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakan kami ilmu dan
kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang
yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang
yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai
panduan hidup kami. Ya Allah, bimbinglah kami
untuk bertindak berbuat kebaikan. Ya Allah, jauhi kami dari mengasingkan
antara kehidupan dan agama. Ya Allah, bantu kami untuk terus berbuat baik dan
terimalah apa yang kami lakukan sebagai amal soleh. Ya Allah, ingatkan apa
yang kami lupa dengan al-Quran. Ya Allah, bimbing kami untuk sentiasa
betulkan niat untuk solat, ibadat, hidup dan mati kami hanya kerana Mu. Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab
neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. |