|
PERKATAAN HARI INI : صَدَرَ Kembali, dada. 46
kali disebut dalam al-Quran. SINOPSIS
|
|
Mukaddimah Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, hari ini kita sudah
masuk surah ketujuh iaitu surah al-A'raf. Ini adalah surah Makkiyyah,
pasangan kepada surah al-An'am. Bila mengkaji surah al-An'am, caranya itu
sedikit berbeza kerana ia adalah surah Makkiyyah berbeza dengan surah
Madaniyyah. Surah al-A'raf lagi deep. Kita mohon kepada Allah SWT diberikan ilmu. Itulah yang kita
belajar daripada surah al-An'am bahawa ilmu adalah asas penting untuk tauhid.
Dengan ilmu kita akan menggunakan kapasiti akal kita dengan baik. Tanpa ilmu
kita lihat matahari, kita lihat bintang, kita lihat apa sahaja di dunia ini
tanpa makna. Dengan ilmu itulah yang ditunjukkan contoh oleh Nabi Ibrahim
a.s. berhujah dengan kaumnya. Tengok bintang, tengok bulan, tengok matahari
akhirnya Nabi Ibrahim menyatakan "tidak akan aku ini mensyirikkan Allah
SWT". Surah al-A'raf adalah surah Makkiyyah yang paling panjang, 25
halaman. Al-A'raf maksudnya benteng
yang tinggi, iaitu tempat tertinggi yang ada di antara neraka dan syurga.
Dalam surah ini Allah bawakan kisah individu yang ada di tengah-tengah di
antara syurga dan neraka. Dengan rahmat Allah, dia diizinkan oleh Allah masuk
ke dalam syurga. Semoga kita tidak menjadi orang yang duduk di atas benteng
ini. Tema surah ini, ialah "ambil pendirian". Dalam kehidupan ini,
kita selalu goncang. Biasanya ia ditiup perlahan-lahan oleh syaitan. Allah
bongkar taktik syaitan dengan panjang lebar dalam surah ini. Perbandingan surah al-An'am dan
surah al-A'raf: 1.
Pada hujung
surah al-An'am bercakap tentang شِيَعًا iaitu orang yang suka memecah-belahkan dan
mengasing-asingkan. Mereka ada mindset mengasing-asingkan dunia-akhirat,
emosi-intelek, ibadah-kehidupan, padahal orang yang baca al-Quran, bijak
macam mana pun dia amat emosi. Orang yang amat seni, amat emosi pun dia akan
jadi amat intelek disebabkan al-Quran ini bukan ini bukannya شِيَعًا. Pecah-belah terjadi sebab godaan
syaitan. Macam mana ia terjadi, akan dibongkar dalam surah ini. Syaitan tak
suka label akhirat. Surah ini akan jelaskan modus operandi syaitan dalam
memecah-belahkan urusan dunia akhirat. 2.
Pada hujung
surah al-An'am menceritakan tentang khalifah yang dipilih oleh Allah iaitu
Nabi Adam dan bani Adam. Dalam surah al-A'raf ini akan cerita tentang Nabi
Adam. Tujuh tempat tentang Nabi Adam yang diceritakan dalam al-Quran semuanya
mesti ada kaitan dengan iblis. 3.
Surah
al-An'am senaraikan nabi-nabi secara ringkas. Surah ini akan memberikan
perincian tentang 6 nabi, bagaimana mereka ini mengambil pendirian untuk
mendapatkan rahmat Allah dan orang-orangnya menentang. Cerita ini
diperincikan untuk kita mengambil pelajaran agar kita tidak mengulang
peristiwa kaum-kaum terdahulu. 4.
Surah
al-An'am digelar sebagai 'ayatillah', yang menunjukkan kebesaran-kebesaran
Allah SWT. Surah al-A'raf ini dikaitkan dengan 'ayyamillah' iaitu hari-hari
Allah. Hari besar yang Allah bantu kepada Nabi Musa, Nabi Lut, Nabi Syuaib,
dan nabi-nabi yang dinyatakan dalam surah ini. Mengapa perlu 'ayyamillah'?
Dalam hidup ini, kita ada peristiwa-persitiwa yang Allah bantu kita. Bila
kita susah, tak ada siapa lagi yang datang bantu kita, tapi Allah bantu.
Setiap hari memang Allah bantu kita. Walaupun minum air kosong saja, tapi
kalau kena masuk air ikut hidung atau kena tebuk itu adalah sebagai satu
perkara yang besar sebenarnya. Allah akan bagi pengalaman kepada setiap
orang. Kalau kita tidak ada pengalaman itu, baca balik surah al-A'raf, nanti
kita akan jumpa macam kita ada pengalaman Allah bantu kita. Kisah itu penting
untuk menjelaskan tauhid kita bahawa Allah ini penting, jangan didustakan. Ayat [7:1] الٓمٓصٓ Alif, Laam, Miim, Saad. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:2] كِتَـٰبٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ فَلَا يَكُن فِى صَدْرِكَ حَرَجٌۭ مِّنْهُ
لِتُنذِرَ بِهِۦ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan
kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan
bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan
Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan
bagi orang-orang yang beriman. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:3] ٱتَّبِعُوا۟ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَا
تَتَّبِعُوا۟ مِن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَ ۗ قَلِيلًۭا مَّا تَذَكَّرُونَ (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa
yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin
yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil
peringatan". Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:4] وَكَم مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَـٰهَا فَجَآءَهَا بَأْسُنَا
بَيَـٰتًا أَوْ هُمْ قَآئِلُونَ Dan berapa banyak negeri yang
Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam
hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:5] فَمَا كَانَ دَعْوَىٰهُمْ إِذْ جَآءَهُم بَأْسُنَآ إِلَّآ أَن قَالُوٓا۟ إِنَّا كُنَّا ظَـٰلِمِينَ Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami
kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya
kami adalah orang-orang yang zalim". Mesej dan Tindakan: 1. Bila azab
datang, mereka mengaku tentang kezaliman mereka. Ayat [7:6] فَلَنَسْـَٔلَنَّ ٱلَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْـَٔلَنَّ ٱلْمُرْسَلِينَ Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah
diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal
juga Rasul-rasul itu. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:7] فَلَنَقُصَّنَّ عَلَيْهِم بِعِلْمٍۢ ۖ وَمَا كُنَّا غَآئِبِينَ Kemudian sesungguhnya Kami akan
ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan)
pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya
Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan
Mengetahui akan hal ehwal mereka). Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:8] وَٱلْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ ٱلْحَقُّ ۚ فَمَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang
berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang
berjaya. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:9] وَمَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓا۟ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا يَظْلِمُونَ Dan sesiapa yang ringan timbangan
amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan
meletakkannya pada bukan tempatnya). Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:10] وَلَقَدْ مَكَّنَّـٰكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَـٰيِشَ ۗ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa)
di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. Mesej dan Tindakan:
Ayat [7:11] وَلَقَدْ خَلَقْنَـٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَـٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِينَ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami
membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia
tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Mesej dan Tindakan:
|
|
RESOLUSI Ingat !!
Lega kerana Allah SWT akan lapangkan jiwa kalau saya baca, faham
dan amal al-Quran. Saya jelas, saya mesti dekatkan diri dengan al-Quran sebagai
sumber melapangkan jiwa. Saya jelas peristiwa lalu perlu dijadikan pengajaran
agar kesan buruknya itu tidak berulang lagi. Saya juga jelas, saya mesti sentiasa
berjaga-jaga agar jauh daripada sifat ego seperti iblis. Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberi nikmat al-Quran dan
Rasul kepada kami. Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepada kami. Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, kurniakan kami ilmu dan
kebijaksanaan untuk baca-faham-amal al-Quran agar kami dapat menjadi orang
yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa. Ya Allah, jadikan kami orang
yang belajar dan mengajar al-Quran serta menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai
panduan hidup kami. Ya Allah, bimbing kami untuk dekatkan diri dengan al-Quran supaya
al-Quran dapat menjadi sumber melapangkan jiwa kami. Ya Allah, kurniakan kami
kefahaman yang jelas tentang al-Quran agar kami dapat mengambil pengajaran daripada
kisah umat terdahulu supaya kesan buruknya itu tidak berulang lagi. Ya Allah,
jauhi kami daripada sifat ego agar kami tidak jadi sepeti iblis yang dilaknat
oleh-Mu. Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Kurniakan
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab
neraka. Perkenankanlah doa kami Ya Allah Ya Mujib. |