SINOPSIS JUZUK 7
Surah Al-Maidah (Hidangan) Ayat 83-120
Permulaan juzuk ini menerangkan mengenai golongan Ahli Kitab yang paling dekat dan jauh dengan kita.
- Paling memusuhi umat Islam – Orang Musyrik & Yahudi.
- Paling dekat dengan umat Islam – Sebahagian daripada orang Nasrani.
Sinopsis
• Nasrani itu lebih baik daripada Yahudi (83-86)
• Makanan yang baik (87-89)
• Makanan yang diharamkan (90-93)
• Larangan semasa menunaikan haji (94-99)
• Jangan tanya yang bukan-bukan (100-105)
• Wasiat menjelang kematian (106-109)
• Nikmat yang diterima Nabi Isa (110-120)
- Allah SWT menguatkan baginda dengan Ruhul-Qudus
- Boleh bercakap semasa masih dalam buaian.
- Diberi ilmu, hikmah, kitab Taurat dan Injil
- Mukjizat untuk menghidupkan burung yang diperbuat dari tanah.
- Boleh menyembuhkan penyakit sopak
- Mukjizat boleh menghidupkan orang mati
Surah Al- An’am (Binatang Ternakan)
Nama surah disebut di dalam ayat 136 – 139 dan 142. Al-An’am adalah sumber makanan dan minuman orang-orang Arab, sumber rezeki, kenderaan, dan kekayaan mereka. Oleh itu, kedudukan haiwan ternak di sisi orang-orang Arab sangatlah tinggi.
Peringatan supaya manusia tidak bersikap seperti binatang yang tidak berakal. Jika akal tidak digunakan dan hidup hanya memandang ke bumi sebagaimana yang dilakukan oleh binatang, terlalu memuja keduniaan.
Tema: Yakin dan esakan Allah SWT.
Dimulakan dengan pujian kepada Allah SWT yang mencipta tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, serta siang dan malam. Diakhiri dengan perakuan Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah di bumi, kemudian menaikkan darjat seseorang untuk menguji siapa yang melaksanakan amanah dengan jujur dan Ikhlas.
Sinopsis Ayat 1-110
• Kenapa mesti bersyukur kepada Allah SWT (1-5)
• Telatah orang kafir (6-9)
• Ingatan Allah SWT kepada kita (10-18)
• Mensyirikkan Allah SWT perbuatan zalim (19-26)
• Peristiwa di pintu neraka (27-32)
• Allah SWT tenangkan hati Nabi (33-41)
• Gelagat umat terdahulu menerima dugaan (42-47)
• Misi Rasullulah SAW (48-55)
• Dilarang menyembah selain daripada Allah SWT (56-65)
• Allah SWT suruh tinggalkan sahaja mereka (66-73)
• Nabi Ibrahim mendapat hidayah (74-83)
• Hidayah Allah SWT kepada rasul lain (84-90)
• Sikap orang Yahudi (91-94)
• Tanda kekuasaan Allah SWT (95-107)
• Jangan cerca tuhan orang kafir (108-110)
Doa-doa dalam Juzuk 7
وَإِذَا سَمِعُوا۟ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا۟ مِنَ ٱلْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ ٨٣
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (Al-Maidah ayat 83)
قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةًۭ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًۭا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةًۭ مِّنكَ ۖ وَٱرْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ ١١٤
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki". (Al-Maidah ayat 114)
Wallahua’lam
Rujukan
- Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
- Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
- Kompas 114, Syaari Ab Rahman
- Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil
