Monday, July 3, 2023

Sinopsis Juzuk 11


SINOPSIS JUZUK 11

Surah 

Status 

Ayat 

Halaman Mashaf

At-Taubah 

Madaniyyah 

1 - 93 

187-201

Yunus 

Makiyyah 

1 - 109 

208 - 221

Hud 

Makiyyah 

1 - 5 

221


At-Taubah (Pengampunan) Ayat 94-129 - Sambungan 


1. Sambungan sikap orang munafik (94-99) 
2. Keadaan manusia di Madinah (100-106) 
3. Peranan sebenar masjid (107-110) 
4. Janji Allah kepada orang Mukmin (111-112) 
- Yang berperang sama ada terbunuh atau membunuh akan beroleh ganjaran berganda  daripada Allah. 
- Allah SWT janjikan khabar gembira ke atas orang Mukmin yang bertaubat, beribadat,  memuji Allah, mengembara mencari ilmu, yang rukuk, yang sujud, suka menyuruh ke  arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan taat dengan hukum-Nya. 
5. Ketetapan Allah SWT (113 -121) 
6. Dasar pembangunan negara (122-127) 
7. Rasul adalah manusia biasa (128-129) 

Surah Yunus (Nabi Yunus a.s) Ayat 1-109 

Kaum Nabi Yunus adalah satu-satunya kaum yang semua individunya beriman kepada Allah dan Nabi Nya. Hal ini adalah takdir Allah bagi mereka hingga surah ini dinamakan dengan Yunus. 

Tema: Beriman dengan qadha’ dan qadar 

Secara umum, surah ini mengobati sakit dari kebanyakan manusia, menjawab pertanyaan-pertanyaan  mereka, dan menjauhkan mereka dari keraguan dalam keimanan kepada Allah, hari kiamat, nama dan  sifat-Nya, pahala, dan dosa. Semua ini dengan cara mengajak mereka untuk mentafakuri alam  semesta, hikmah-hikmah-Nya yang terdapat di dalam alam semesta ini, dan keajaiban pemeliharaan 

Nya; agar mereka dapat sampai kepada tujuan, iaitu; bahwasanya hanya Allah yang Maha Bijaksana  dalam segala perbuatan-Nya, larangan-Nya, dan perintah-Nya. 

Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan huruf al-Quran ALIF LAM RAA. Untuk membuktikan al Quran itu mempunyai hikmah. Namun orang kafir tetap menolaknya, malah menuduhnya pula sihir. 

Di akhiri dengan Allah menyeru manusia, bahawa peringatan telah pun diberikan. Siapa yang  mendapat petunjuk, ia untuk diri sendiri. Siapa yang sesat, kesesatan itu juga untuk diri sendiri. Nabi  Muhammad tidak terlibat dengannya. Ikutlah ajaran yang diwahyukan serta sabar menjalankan tugas.  Allah itu adalah sebaik-baik hakim. 

  1. Al-Quran membuktikan Allah itu Pencipta (1-10) 
  2. Sikap manusia (11-23) 
  3. Perumpamaan hidup dunia (24-30) 
  4. Allah SWT menempelak kita (31-39) 
  5. Siapa turunkan hujan dari langit dan mengeluarkan rezeki? 
  6. Siapa membuatkan kamu mendengar dan melihat? 
  7. Siapa yang menghidupkan dan mematikan?
  8. Siapa mematikan dan menghidupkan kamu semula? 
  9. Adakah berhala itu boleh mencipta manusia dan memberi zuriat? 
  10. Siapa yang mentadbir alam ini? 
  11. Adakah berhala memberi petunjuk ke jalan yang benar? 
  12. Bukankah mereka yang tidak dapat memberi petunjuk itu juga perlukan petunjuk daripada  Allah SWT? 

Reaksi terhadap seruan Nabi Muhammad SAW (40-47). 
Dialog Nabi Muhammad SAW dengan kafir Mekah (48-56). 
Allah SWT beri amaran kepada manusia (57-65). 
Fikirkan kejadian siang dan malam (66-70). 
Kisah umat Nabi Nuh (71-74). 
Kisah Nabi Musa dan Firaun (75-89). 
Firaun mati lemas di Laut Merah (90-97). 
Kisah Nabi Yunus (98-103). 
Allah SWT menempelak orang yang tidak mahu beriman (104-109). 

Surah Hud (Nabi Hud a.s.) Ayat 1-5 

Surah ini dinamakan dengan Surat Hud kerana pengulangan penyebutan nama Nabi Hud di dalam  surat ini sebanyak lima kali dan kerana kisah Hud adalah kisah terpanjang di dalam surah ini. 

Tema: Bersederhana membela kebenaran 

Dimulakan dengan Allah SWT bersumpah dengan huruf al-Quran: ALIF LAM RAA, untuk membuktikan  al-Quran itu mempunyai hikmat dan huraian yang jelas, diturunkan oleh Allah yang maha perkasa lagi  maha mengetahui. 
Di akhiri dengan perakuan, Allah memiliki alam ghaib sama ada di langit maupun di bumi. Semuanya  akan kembali semula kepada-Nya di akhirat nanti. Kerana itu, sembahlah Allah dan bertawakal  kepada-Nya. Allah tidak akan lupa dengan apa yang kita lakukan. 

  • Al-Quran itu jelas (1-5)  

- Mengingatkan kita supaya tidak menyembah selain Allah. Rasul diutus untuk membawa  amaran dan berita khabar gembira syurga (2). 
- Jika selalu meminta ampun dan bertaubat, Allah akan memberikan nikmat-Nya yang tidak  terhingga sehingga kita meninggal dunia (3). 
- Allah Maha Mengetahui apa yang disembunyikan, apa yang dinyatakan dan segala isi hati (5).

Doa-doa dalam Juzuk 11 

فَقَالُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةًۭ لِّلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٨٥

Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (Surah Yunus-85)


وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٨٦

"Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir". 

(Surah Yunus-86)


Wallahua’lam 

Rujukan 

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin 

2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail 

3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman 

4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...