Wednesday, August 2, 2023

Sinopsis Juzuk 14




Surah         Status             Ayat                 Halaman Mashaf
Al-Hijr         Makkiyah     1-99                 262-267
An-Nahl         Makkiyah     1-128                 267-281

Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) Ayat 1-99

Al-Hijr bermaksud kawasan berbatu perkampungan kaum Tsamud (kaum Nabi Saleh).

Tema: Perlindungan Allah terhadap agama dan makhluk-makhlukNya.

Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan huruf dalam al-Quran, ALIF LAM RAA, untuk membuktikan, al-Quran itu mempunyai penjelasan yang cukup terang. Sebab itu, ada kalanya tersentuh juga hati orang kafir hendak beriman dengan Allah.

Diakhiri dengan pernyataan, jika nabi berasa tidak senang hati melihat sikap mereka itu, bertasbih sahaja memuji Allah, terus kekalkan menunaikan solat akan datanglah keyakinan dalam diri kita.

Belum ada rasul yang tidak diejek (1-15)
Fungsi planet (16-25)
Penciptaan Adam ditentang iblis (26-39)
Orang soleh tidak dapat disesatkan (40-50)
Nabi Ibrahim diikunjungi tetamu (51-71)
Allah SWT ingatkan Nabi Muhammad SAW (72-99)

Surah An-Nahl (Lebah) Ayat 1-128 

An-Nahl (lebah) adalah salah satu makhluk Allah SWT yang sangat menakjubkan dan banyak menyimpan rahsia. Ia juga memberikan banyak nikmat bagi manusia seperti madu, pollen, propolis dan proses pendebungaan tanaman.

Nama lain surah ini ialah An-Ni'am (Nikmat) kerana surah ini banyak berbicara tentang nikmat-nikmat Allah kepada para hamba-Nya.

Diawali dengan penyataan, kerja Allah SWT jangan kita persoalkan. Apabila tiba masanya, ia tetap akan berlaku. Sifat Allah itu Maha Tinggi jika hendak dibandingkan dengan kuasa manusia.

Diakhiri dengan Allah SWT mengingatkan Nabi supaya bersabar. Jangan ikutkan sangat telatah orang kafir yang tidak mahu beriman. Jangan sampai merosakkan jiwa sendiri. Allah SWT sentiasa bersama mereka yang bertaqwa dan suka membuat kebaikan.

Allah SWT Maha Berkuasa (1-19)
Sikap orang kafir (20-32)
Mereka hanya menunggu azab Allah (33-50)
Allah SWT gambarkan sikap orang kafir (51-63)
Tanda kebesaran Allah SWT (64 -74)
- Al-Quran
- Hujan
- Binatang ternakan
- Anggur menjadi minuman yang segar
- Lebah
- Hidup di dunia
- Pasangan hidup 
Allah SWT berikan contoh (75-81)
Azab untuk golongan yang tidak beriman (82-88)
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (89-97)
Untuk jaminan yang baik (98-113)
Perintah Àllah SWT (114-119)
Nabi Ibrahim berstatus orang soleh (120-128)


Hadis Tentang Madu

"Terapi pengubatan itu ada tiga cara, iaitu minum madu, bekam dan kay (menempelkan besi panas pada kawasan yang terluka), hanya saja aku melarang umatku berobat dengan kay." Hadis ini dirafa'kan (kepada Nabi SAW) dan diriwayatkan pula oleh al-Qummi, dari Laits, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, dari Nabi SAW perkara minum madu dan berbekam." (HR. Bukhari: 5248)

Nabi SAW sangat menyukai manisan dan madu." (HR. Bukhari: 5183)

Wallahua’lam


Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil
5. Aplikasi Ensiklopedia Hadits v17.00


Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...