Thursday, August 3, 2023

Sinopsis Juzuk 15

 




Surah Al-Isra’ (Perjalanan Malam) Ayat 1-111


Nama surah bermaksud perjalanan pada waktu malam. Nama surah ini disebut di dalam ayat 1 bersempena peristiwa Israk dan Mikraj. 

Diawali dengan penyataan Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya dari Mekah ke Baitulmuqaddis. Diakhiri dengan harapan, supaya selalu bersyukur kepada Allah SWT yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, juga tidak kekurangan untuk meminta pertolongan daripada makhluk lain

Tema: Rasakan nilai al-Quran

Nabi Muhammad SAW diisra’kan (1-7)
Amaran kepada Yahudi Madinah (8-15)
Jika Allah SWT mahu turunkan bala-Nya (16-22)
Perintah Allah SWT (23-39)
- Allah SWT menggesa supaya jangan sesekali menyembah selain-Nya (23)
- Berbuat baik kepada ibu bapa (23)
- Merendah diri dengan ibu bapa (24)
- Tidak perlu kita berpura-pura berbuat baik dengan mereka (25)
- Layanlah kaum kerabat kita mengikut keperluannya. Jangan membazir (26)
- Orang yang membazir itu saudara syaitan (27-28)
- Jika mampu, jangan kedekut atau terlampau pemurah (29-30)
- Jangan bunuh anak kerana takut miskin (31-33)
- Jangan makan harta anak yatim, cukupkan timbangan, jangan buat sesuatu yang tidak tahu dan jangan sombong (34-39)
Amaran Allah SWT diulang selalu (40-44)
Gelagat orang kafir terhad al-Quran (45-51)
Orang beriman sambut kiamat dengan bersyukur (52-55)
Allah SWT cabar orang kafir (56-60)
Perbalahan Allah SWT dengan iblis (61-65)
Dugaan Allah SWT berada di mana-mana (66-69)
Cara Allah SWT memuliakan anak Adam (70-82)
Manusia bersikap aneh (83-87)
Syarat orang kafir untuk beriman (88-93)
Beriman adalah isu petunjuk atau hidayah (94-104)
Al-Quran dari Allah SWT membawa petunjuk (105-111)



Surah Al-Kahfi (Gua) Ayat 1-74

Al-Kahf bermaksud gua iaitu merujuk kepada tempat persembunyian Ashabul Kahfi. Nama surah ini disebut di dalam ayat 9 mengenai kisah pemuda al-Kahfi. Gua ialah simbol kepada tempat yang boleh memberikan rahmat daripada fitnah kekufuran yang bermaharajalela. 

Dimulakan dengan memuji Allah SWT yang menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW bukan untuk menyesatkan manusia tetapi memberi petunjuk. Diakhiri dengan pengakuan Nabi Muhammad SAW bahawa baginda adalah manusia biasa yang diturunkan wahyu. Sesiapa yang mahu bertemu Allah SWT diakhirat nanti hendaklah berbuat amalan kebajikan dan jangan sesekali melakukan syirik.

Surah ini berbicara tentang empat jenis ujian: 1) agama (kisah pemuda al-Kahfi), 2) harta (kisah pemilik dua kebun), 3) ilmu (kisah Nabi Musa dan Khidir) dan 4) kekuasaan (kisah Zulkarnain).

Tema surah: Perlindungan daripada bencana

Peringatan Allah SWT kepada kita (1-8)
Iktibar peristiwa Ashabul Kahfi (9-31)
Perumpamaan mensyukuri nikmat (32-46)
Keadaan orang berdosa pada hari kiamat (47-49)
Allah SWT mengimbas kembali penciptaan Nabi Adam (50-59)
Kisah Nabi Musa dengan Khidir (60-74)

Doa dalam Juzuk 15

رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًۭا ٢٤

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra’ ayat 24)

رَّبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍۢ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍۢ وَٱجْعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلْطَـٰنًۭا نَّصِيرًۭا ٨٠

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" (Al-Isra’ ayat 80)

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا ١٠

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" (Al-Kahfi ayat 10)

Wallahua’lam

Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...