Friday, September 1, 2023

Halaman 334 : Al-Hajj, 22:16-23

PERKATAAN HARI INI 

  هَانَ / هَوَنَ  Rendah, hina. 26  kali disebut di dalam al-Quran

SINOPSIS   

  1. Keadaan orang yang meragui kemenangan Rasulullah SAW dan penurunan ayat-ayat yang nyata (22:15-16)
  2. Keputusan Ilahi antara umat-umat dan tunduknya segala sesuatu di alam kepada keagungan Allah SWT (22:17-18)
  3. Balasan terhadap golongan kafir dan golongan mukmin (22:19-23)

Mukadimah

Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk menelusuri surah al-Hajj pada halaman 334.

Pada halaman lepas kita telah melihat bagaimana Allah SWT menegaskan kepada mereka yang tidak yakin dengan bantuan yang berikan kalau kita berjuang atas dasar al-Quran. 

Ayat 22:16

وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَٰهُ ءَايَٰتٍۭ بَيِّنَٰتٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يُرِيدُ

Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).

Pengajaran

  1. Allah SWT menurunkan al-Quran sebagai satu anugerah untuk menerangkan cara berfikir kita dan membuat semua orang bahagia. Allah SWT cuit sedikit dengan kesakitan atau kesusahan untuk menunjukkan yang kita ini kecil, yang besarnya ialah Allah SWT.
  2. Allah SWT memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya dan yang berkeinginan kepada hidayah tersebut.
  3. Manusia ini mudah lemah semangat. Sakit sikit, terbaring di katil pun rasa tidak mahu bangkit. Lebih baik bangkit untuk mendapat nafas baru dan memberi semangat kepada diri, juga kepada orang lain. Kita kena bangkitkan semangat dengan suluhan 'bayyinat' daripada Allah SWT.

Ayat 22:17

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلْمَجُوسَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ

Bahawasanya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Majusi, serta orang-orang Musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

Pengajaran

  1. Allah SWT memberi penekanan ini agar kita bersyukur yang kita berada dalam agama Islam. Allah SWT menyaksikan kebenaran kepada orang-orang yang kembali beriman kepada Allah SWT. Syahadah kita kena dikuatkan dengan membaca al-Quran dan beramal soleh.
  2. Allah SWT akan pisahkan orang-orang Yahudi, Saabiein, Nasrani, Majusi dan musyrik dari orang beriman pada hari akhirat nanti.

Ayat 22:18

أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَسْجُدُ لَهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ وَٱلنُّجُومُ وَٱلْجِبَالُ وَٱلشَّجَرُ وَٱلدَّوَآبُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ ٱلنَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ ٱلْعَذَابُ وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكْرِمٍ إِنَّ ٱللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَآءُ ۩

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Pengajaran

  1. Semua yang ada di langit dan di bumi bersujud kepada Allah SWT.
  2. Mereka yang tidak beriman, sebenarnya sistem badannya masih bersujud kepada Allah SWT. Pohon-pohon juga bersujud kepada Allah SWT. 
  3. Solat adalah lambang kemuliaan. Mereka yang tidak mahu bersujud, masih guna oxygen Allah SWT, paru-paru mereka pun bersujud kepada Allah SWT tetapi mereka pula yang tidak mahu bersujud kepadaNya. 

Ayat 22:19

هَٰذَانِ خَصْمَانِ ٱخْتَصَمُوا۟ فِى رَبِّهِمْ فَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِّن نَّارٍ يُصَبُّ مِن فَوْقِ رُءُوسِهِمُ ٱلْحَمِيمُ

Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak,

Pengajaran

  1. Golongan beriman dan tidak beriman sering bertengkar tentang tuhan mereka. 
  2. Di akhirat, orang kafir akan dipakaikan dengan pakaian daripada api neraka serta air yang panas menggelegak dituangkan di atas kepala mereka.  

Ayat 22:20

يُصْهَرُ بِهِۦ مَا فِى بُطُونِهِمْ وَٱلْجُلُودُ

Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.

Pengajaran

Hancur apa yang ada dalam perut. Tumbuh semula dan hancur kembali berkali-kali.

Ayat 22:21

وَلَهُم مَّقَٰمِعُ مِنْ حَدِيدٍ

Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.

Pengajaran

  1. Batang-batang besi menjadi penukul untuk menghentam mereka kerana dahulunya mereka lupa untuk bersyukur.

Ayat 22:22

كُلَّمَآ أَرَادُوٓا۟ أَن يَخْرُجُوا۟ مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا۟ فِيهَا وَذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلْحَرِيقِ

Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"

Pengajaran

  1. Banyak kali Allah SWT ingatkan kita supaya sujud, menyerahkan diri kepadaNya. 
  2. Orang-orang yang tidak bersujud akan menderita dalam neraka. 
  3. Orang yang hatinya lembut suka membaca al-Quran. 
  4. Ibadah haji adalah proses mencanai hati kita yang suka berhujah.

Ayat 22:23

إِنَّ ٱللَّهَ يُدْخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

Pengajaran

  1. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. 
  2. Mereka dipakaikan gelang-gelang emas dan pakaian daripada sutera.
  3. Untuk kekal berpakaian yang cantik sampai ke syurga, maka kita kena beriman dan beramal soleh.

RESOLUSI

Ingat!
  1. Mahu elak diazab? Sujudlah kepada Allah SWT (22:18)
  2. Sentiasa fikirkan risiko azab di neraka agar terus semangat mengambil tindakan (22:20)
  3. Beramal soleh di dunia ini untuk balasan indah di akhirat kelak (22:23)

Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya sentiasa sujud kepadaNya agar terelak daripada azab.

Saya jelas saya mesti sujud kepada Allah SWT agar dijauhkan dari azab. Saya jelas untuk sentiasa fikirkan risiko azab di neraka agar terus bersemangat mengambil tindakan. Saya jelas untuk beramal soleh di dunia ini agar dapat balasan indah di akhirat kelak.

Ya Allah,  jadikan kami orang yang sentiasa sujud kepada Mu. Ya Allah, jauhkan kami dari azab di dunia dan akhirat. Ya Allah, jadikan kami orang yang selalu fikirkan risiko azab di neraka. Ya Allah, bimbing kami agar terus semangat mengerjakan amal soleh. Ya Allah, kurniakan kami balasan indah di akhirat kelak.

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...