Sunday, September 3, 2023

Halaman 374 Al-Syu'ara', 160-183

PERKATAAN HARI INI

  وَذِرَ  Meninggalkan. 45 kali disebut di dalam al-Quran

SINOPSIS   

  1. Kisah Nabi Luth bersama kaumnya (26:160-175)
  2. Kisah Nabi Syu'aib bersama kaumnya (26:176-183)

Mukadimah


Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 374. Kita berharap Allah SWT terima amal kita sebagai amal soleh. Dalam keadaan kita banyak kekurangan tetapi Allah SWT masih lagi izinkan kita bercakap dan melantunkan perkataan yang paling baik daripada al-Quran.

Ayat 26:160


كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ ٱلْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

Pengajaran


  1. Kaum Nabi Lut AS mendustakan rasul-rasul yang mana mesej-mesej mereka konsisten sepanjang zaman.
  2. Rasul-rasul menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Ayat 26:161


إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Pengajaran


  1. Nabi Lut AS mengajak mereka untuk mengikut perintahnya dan menjauhi laranganNya.
  2. Antara tanda takwa ialah taat Allah SWT dan jauhi laranganNya 
  3. Mesej ini ditujukan kepada kaum Quraisy dan juga kita di zaman ini. Mesej bahawa LGBTQ adalah sesuatu yang diperingatkan oleh nabi dan para rasul.
  4. Mendustakan seorang nabi Lut kiranya mendustakan semua rasul. 

Ayat 26:162


إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Pengajaran


  1. Nabi Lut menyatakan bahawa baginda adalah rasul yang diutus oleh Allah SWT.

Ayat 26:163


فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Pengajaran


  1. Baginda mengingatkan kaumnya supaya takut kepada kemurkaan Allah SWT. 
  2. Cabaran ini juga berlaku kepada kaum Quraisy dan kita sekarang.

Ayat 26:164


وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Pengajaran


  1. Nabi Lut AS juga tidak meminta upah kecuali yang diberikan oleh Allah SWT.

Ayat 26:165


أَتَأْتُونَ ٱلذُّكْرَانَ مِنَ ٱلْعَٰلَمِينَ

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

Pengajaran


  1. Kaum Nabi Lut AS suka lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan iaitu isu homoseksual.  

Ayat 26:166


وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"

Pengajaran


  1. Allah SWT menjadikan secara fitrah, lelaki dengan perempuan. 
  2. Mereka melampau batas yang membawa kepada permusuhan. Mereka tidak suka dengan orang yang mengikut peraturan. 

Ayat 26:167


قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُخْرَجِينَ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

Pengajaran


  1. Kalau Nabi Lut AS tidak berhenti menegur, baginda akan dihalau. Habis point berhujah, mereka menggunakan kekerasan. Ini pola yang konsisten dalam surah al-Syua'ra'.
  2. Pelajarannya, kalau kita tidak ada hujah, cari hujah, cari ilmu. Kalau kalah, mengaku sahaja seperti yang dilakukan oleh ahli sihir pada zaman Nabi Musa AS.

Ayat 26:168


قَالَ إِنِّى لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلْقَالِينَ

Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

Pengajaran


  1. Nabi Lut AS tidak terkesan kerana baginda ada ilmu.
  2. Nabi Lut AS beritahu baginda benci kepada LGBTQ. Kita benci kepada amalnya, perbuatannya bukan benci kepada orangnya. Orangnya kita kena ajak untuk bertaubat. 

Ayat 26:169


رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ

(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Pengajaran


  1. Nabi Lut AS berdoa supaya Allah SWT menyelamatkan baginda dan keluarga serta pengikut-pengikutnya dari apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat itu. 

Ayat 26:170


فَنَجَّيْنَٰهُ وَأَهْلَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

Ayat 26:171


إِلَّا عَجُوزًا فِى ٱلْغَٰبِرِينَ

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

Ayat 26:172


ثُمَّ دَمَّرْنَا ٱلْءَاخَرِينَ

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Ayat 26:173


وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَسَآءَ مَطَرُ ٱلْمُنذَرِينَ

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

Pengajaran Ayat 170-173


  1. Allah SWT selamatkan Nabi Lut AS dan keluarganya semua kecuali isterinya.
  2. Mereka yang terlibat dengan jenayah LGBTQ dihancurkan dan dihujani dengan hujan batu yang amat pedih kerana perbuatan mereka mengundang kemurkaan Allah SWT. 
  3. Mereka menyalahi fitrah yang Allah SWT jadikan, itu tandanya mereka tidak puas hati dengan Allah SWT.
  4. Kisah Nabi Lut AS boleh berulang dan berulang sehingga kini. Memang berlaku dan menjadi barah dalam masyarakat.
  5. Semoga diri dan keluarga kita terpelihara daripada jenayah ini.


Ayat 26:174


إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Pengajaran


  1. Peristiwa yang berlaku mengandungi tanda yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.
  2. Ramai yang tidak beriman walaupun melihat kekuasan Allah SWT.

Ayat 26:175


وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Pengajaran


  1. Allah SWT Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani.

Ayat 26:176


كَذَّبَ أَصْحَٰبُ لْـَٔيْكَةِ ٱلْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka. 

Pengajaran


Antara cabaran yang dihadapi oleh Nabi Shuaib AS ialah penduduk Aikah yang mendustakan para rasul dan mereka menyembah pokok besar.


Ayat 26:177


إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Pengajaran


  1. Nabi Shuaib AS menyeru kaumnya mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
  2. Mereka menyembah pohon besar. Syirik amat bahaya, boleh membawa kepada jenayah lain.


Ayat 26:178


إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Pengajaran


  1. Baginda berkata bahawa baginda adalah rasul yang amanah, yang diutuskan oleh Allah SWT kepada kaumnya.

Ayat 26:179


فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Pengajaran


  1. Baginda menyeru mereka supaya bertakwa kepada Allah SWT dan taat kepadanya.

Ayat 26:180


وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Pengajaran


  1. Baginda tidak meminta apa-apa upah dari mereka. Terserah kepada Allah SWT untuk memberi.

Ayat 26:181


أَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُخْسِرِينَ

"Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

Pengajaran


  1. Nabi Syuaib AS menyeru mereka supaya sempurnakan sukatan. 
  2. Jangan berniaga dan menawarkan sesuatu yang tidak betul. Penyedia servis mesti pastikan sistem mereka perlu disempurnakan. Jangan menipu.
  3. Jangan buat bisnes untuk merugikan orang. Berlaku jujur.

Ayat 26:182


وَزِنُوا۟ بِٱلْقِسْطَاسِ ٱلْمُسْتَقِيمِ

"Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

Pengajaran


  1. Ukur/timbang dengan betul. Ini memerlukan kejujuran dalam urusniaga.

Ayat 26:183


وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

Pengajaran


  1. Janganlah kita mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
  2. Kerosakan yang dibuat oleh Bani Israel ialah mereka membunuh rasul. Orang yang mengurangkan timbangan, sebenarnya ini memberi banyak kesan kepada orang ramai. Contoh: Terdapat fakta yang menyebut 140,000 kanak-kanak dibawah 5 tahun mati kerana tidak dapat rawatan, akibat berlakunya rasuah. Ubat jadi mahal, ada orang yang tidak mampu beli ubat yang baik.
  3. Cara menangani kerosakan ini ialah dengan takwa dan taat kepada Allah. Asasnya ialah ikut peraturan Allah SWT. Ini bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi juga untuk yang bukan Islam. Bank dunia menganggarkan 1 trillion digunakan untuk bayar rasuah. Ini yang menyebabkan kerosakan yang amat besar.
  4. Nabi Syuaib AS mantap dalam ekonomi dan boleh mengkritik kepada kesalahan yang berkaitan ekonomi. Kita mungkin tidak berdakwah seperti Nabi Syuaib AS tetapi dengan menjaga integriti dalam urusniaga dan tempat kerja kita, inilah dakwah menjejaki Nabi Syuaib AS.

RESOLUSI


Ingat!
  1. Bina kekuatan diri dengan takwa dan taati rasul (26:163-165)
  2. Sentiasa peka pada peringatan dan jangan abaikan (26:167)
  3. Berhati-hati dengan aktiviti ekonomi (26:181)

Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya bina kekuatan diri dengan takwa dan taati rasul.

Saya jelas saya mesti bina kekuatan diri dengan takwa dan taati rasul. Saya jelas untuk sentiasa peka pada peringatan dan jangan abaikan. Saya jelas untuk berhati-hati dengan aktiviti ekonomi.

Ya Allah, bantu kami untuk bina kekuatan diri dengan takwa dan taati rasul. Ya Allah, bimbing kami untuk sentiasa peka pada peringatan dan jangan abaikan. Ya Allah, pimpin kami untuk berhati-hati dengan aktiviti ekonomi.

Wahai Tuhan kami, selamatkanlah kami dan keluarga kami dari apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat.

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib. 

Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...