Sunday, September 3, 2023

Halaman 373 Al-Syu'ara', 137-159

PERKATAAN HARI INI

  زرع Menanam, bertani. 14 kali disebut dalam al-Quran

SINOPSIS   

  1. Sambungan kisah Nabi Hud A.S bersama kaumnya (137-140)
  2. Kisah Nabi Saleh A.S bersama kaumnya (141-159)

Mukadimah

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 373. Surah ini penuh dengan panduan untuk kita melihat bagaimana formula kebenaran yang ada di atas muka bumi ini. Lebih daripada itu ia bercakap tentang perjuangan menggunakan perkataan dan segala teknologi yang ada untuk kita menyebarkan kebaikan bukan untuk melawan kebenaran. 

Ayat 26:137

إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلْأَوَّلِينَ

"Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala.

Pengajaran

  1. Kaum Aad adalah kaum yang hebat, kaya tetapi kejam. Janganlah kita jadi kejam dan melampau seperti mereka.
  2. Mereka mengatakan apa yang mereka buat itu adalah satu perkara yang sudah jadi kebiasaan sejak nenek moyang mereka lagi.

Ayat 26:138

إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلْأَوَّلِينَ

"Dan kami pula tidak akan diseksa".

Pengajaran

  1. Mereka kata bahawa mereka tidak akan diazab.
  2. Mereka rasa akan gembira sampai bila-bila.

Ayat 26:139

فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَـٰهُمْ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Pengajaran

  1. Mereka mendustakan Nabi Hud lalu Allah SWT binasakan mereka dengan angin sejuk selama 7 hari 6 malam.
  2. Mereka rasa mereka kuat untuk menghadapi musibah, tetapi hanya dengan angin sejuk sahaja mereka sudah mati bergelimpangan.
  3. Allah SWT ingatkan, pada demikian itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.
  4. Janganlah kita sekadar ikut majoriti. Ramai tidak semestinya baik. Utamakan kualiti.

Ayat 26:140

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Pengajaran

  1. Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
  2. Allah SWT boleh buat macam-macam kepada dunia sekarang ini. COVID-19 adalah satu teguran. Allah SWT boleh hancurkan manusia yang degil dan tidak mahu ikut peraturan-Nya tetapi Allah Maha Penyayang. Allah SWT beri peluang. 
  3. Kita mestilah bersyukur apabila dapat mempelajari al-Quran ini agar kita dapat teruskan usaha menyebarkan mesej kebaikan ini dan jangan main-main.
  4. Semoga kita ambil pelajaran daripada kebinasaan dan cabaran yang Allah SWT berikan kepada kita.

Ayat 26:141

كَذَّبَتْ ثَمُودُ ٱلْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),

Pengajaran

  1. Kaum Thamud telah mendustakan para rasul yang diutus kepada mereka.
  2. Rasul yang datang kepada mereka ialah Nabi Saleh AS. Tetapi dikatakan dalam ayat ini, rasul-rasul. Mendustakan seorang rasul menandakan tidak taat kepada semua rasul yang dihantar kerana rasul-rasul membawa mesej yang sama menuju kepada Allah SWT.

Ayat 26:142

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَـٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Saleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Pengajaran

  1. Nabi Saleh AS mengingatkan kaumnya supaya mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.
  2. Takwa bermakna elak daripada masalah akan datang dengan pertolongan Allah SWT.
  3. Ini juga mesej yang diingatkan oleh Nabi Musa AS kepada Firaun. 

Ayat 26:143

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Pengajaran

  1. Nabi Saleh AS ingatkan kaumnya bahawa baginda adalah rasul yang dipercayai, yang jujur, diutuskan oleh Allah SWT kepada mereka.

Ayat 26:144

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Pengajaran

  1. Baginda menyeru kaumnya supaya bertakwa kepada Allah SWT dan taat kepadanya.
  2. Kita mestilah ikut al-Quran dan ikut apa yang Nabi tunjukkan. Janganlah kita hanya ikut al-Quran tetapi tidak mahu ikut sunnah.

Ayat 26:145

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Pengajaran

  1. Baginda tidak meminta sebarang upah mengenai apa yang disampaikan daripada Allah SWT. Baginda hanya mengharapkan balasan daripada Allah Tuhan sekalian alam.
  2. Kalau kita buat kerja kebaikan, jangan mengharapkan balasan daripada orang lain. Tidak ada agenda lain kecuali semuanya ikut jalan Allah SWT.
  3. Dakwah melangkau daripada kewangan. Kerja mengajak orang kepada jalan Allah SWT ini adalah di atas segala-galanya.

Ayat 26:146

أَتُتْرَكُونَ فِى مَا هَـٰهُنَآ ءَامِنِينَ

"Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini?"

Pengajaran

  1. Nabi Saleh AS ingatkan mereka bahawa mereka hidup di dunia ini bukan hanya untuk bersenang-senang. Ini bukan tempat yang kekal. 
  2. Kalau hendak duduk dalam keamanan, kena ingat bahawa jangan rasa selamat. Jangan leka dalam zon selesa.
  3. Keamanan adalah satu nikmat yang besar. Kalau dijajah, darurat mungkin sukar untuk baca al-Quran. Keamanan mesti diperjuangkan supaya ia kekal.

Ayat 26:147

فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ

"Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),

Ayat 26:148

وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ طَلْعُهَا هَضِيمٌ

"Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?

Ayat 26:149

وَتَنْحِتُونَ مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا فَـٰرِهِينَ

"Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

Ayat 26:150

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;

Pengajaran 147-150

  1. Nabi Saleh juga ingatkan bahawa kebun-kebun, mata air, tanam-tanaman, pohon kurma, kemahiran membuat rumah cantik dengan memahat gunung-ganang adalah nikmat Allah SWT.
  2. Semua nikmat itu mestilah ditanggapi dengan takwa kepada Allah SWT dan taat kepada rasul.
  3. Jangan rasa masa depan akan terus aman. Perlulah buat dua perkara: takwa dan taat kepada rasul. Kalau tidak diberi perhatian, ada sesuatu akan menimpa kita.
  4. Makin selesa, mestilah makin takwa dan taat kepada rasul.
  5. Keamanan tidak kekal kalau tidak dipasakkan dengan takwa dan mentaati rasul yang diutus.

Ayat 26:151

وَلَا تُطِيعُوٓا۟ أَمْرَ ٱلْمُسْرِفِينَ

"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas,

Pengajaran

  1. Kaum Thamud hidup dalam kemewahan. Mereka ada mata air, tanaman dan kebun serta rumah mewah di gunung-ganang.
  2. Allah SWT ingatkan kita jangan ikut orang yang zalim. Apabila mereka kaya, timbullah golongan elit atau selebriti yang melampau. Mereka melakukan perkara yang  merosakkan.

Ayat 26:152

ٱلَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ

"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".

Pengajaran

  1. Mereka yang melampau itu melakukan keroskan di bumi dan tidak membuat kebaikan. Mereka tunjuk-tunjukkan kemewahan.
  2. Kalau ada nikmat yang lebih, janganlah kita tunjuk-tunjukkan pada orang tetapi kita hendak tunjukkan kepada Allah SWT dengan berbuat baik. Banyakkan sedekah dan tolong orang lain. 

Ayat 26:153

قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلْمُسَحَّرِينَ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!

Pengajaran

  1. Mereka menuduh Nabi Saleh AS kena sihir. 
  2. Orang baik tidak label tidak baik kepada orang lain.

Ayat 26:154

مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

"Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Pengajaran

  1. Mereka katakan yang Nabi Saleh AS hanyalah seorang manusia biasa dan menyuruh baginda bawakanlah satu tanda kerasulannya. Ini macam perkataan Firaun, cuma tukar masanya sahaja. Sekarang pun boleh berlaku. 
  2. Allah SWT ingatkan kita agar ketika berinteraksi dengan rakan-rakan di media sosial dan lain-lain, kita faham bahawa dalam keimanan kita ini ada 4 perkara paling kurang:
  3. Bertakwa kepada Allah
  4. Taat kepada rasul
  5. Buat persediaan hari akhirat
  6. Jika tidak, akan di azab di dunia dan/atau di akhirat

Ayat 26:155

قَالَ هَٰذِهِۦ نَاقَةٌ لَّهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.

Pengajaran

  1. Allah SWT turunkan mukjizat untuk menunjukkan bahawa Nabi Saleh AS adalah betul-betul seorang rasul. Ada seekor unta betina keluar daripada batu dengan izin daripada Allah SWT. Unta itu minum dengan banyaknya. Habis air di kawasan itu diminumnya. Ini mengganggu comfort zone mereka. Mereka tidak puas hati, tidak mahu berkongsi dengan unta itu.
  2. Apabila kita ada al-Quran, kita kena berkongsi dengan orang lain. Ajak orang lain kembali kepada al-Quran.

Ayat 26:156

وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ

"Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".

Pengajaran

  1. Nabi Soleh AS berpesan supaya mereka tidak mengusik unta itu. Jika menyakiti unta itu maka akibatnya mereka akan diazab.

Ayat 26:157

فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا۟ نَٰدِمِينَ

Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

Pengajaran

  1. Mereka membunuh unta itu.
  2. Allah SWT turunkan azab. Mereka amat menyesal.

Ayat 26:158

فَأَخَذَهُمُ ٱلْعَذَابُ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Pengajaran

  1. Mereka diazab sehingga hancur.
  2. Inilah bukti kekuasaan Allah SWT. 

Ayat 26:159

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Pengajaran

  1. Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.
  2. Mereka minta mukjizat, tetapi bila diberi mereka tetap tidak menghargai. 
  3. Kita juga boleh diazab jika tidak menghargai mukjizat al-Quran yang ada pada kita sampai hari ini. Jangan hanya buka al-Quran masa ada kematian atau masa menikah sahaja. 
  4. Semoga Allah SWT jauhkan kita daripada azab disebabkan tidak menghargai al-Quran

RESOLUSI

Ingat!

  1. Waspada dengan kesyirikan yang boleh mengundang azab Allah SWT (26:139)
  2. Sentiasa ingat bahawa keselamatan boleh ditarik oleh Allah SWT jika tidak baiki iman (26:146)
  3. Jangan taati mereka yang melampaui batas (26:151) 

Saya berasa lega, Allah SWT kekalkan mukjizat al-Quran sebagai panduan kehidupan.

Saya jelas saya mesti waspada dengan kesyirikan yang boleh mengundang azab Allah SWT. Saya jelas untuk sentiasa ingat bahawa keselamatan boleh ditarik oleh Allah SWT jika tidak baiki iman. Saya jelas jangan taati mereka yang melampaui batas.

Ya Allah, lindungi kami daripada kesyirikan yang boleh mengundang azab Mu. Ya Allah, jadikan kami orang yang berilmu, beriman dan beramal. Ya Allah, janganlah Engkau tarik balik keselamatan daripada kami. Jauhkan kami daripada azab  di dunia dan azab di akhirat.  Ya Allah, janganlah Engkau biarkan mereka yang melampaui batas menjadi pemimpin kami. Jauhkan kami daripada taat kepada orang-orang yang zalim.

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.



Halaman 598 : Al Qadr 97 : 1-5 & Al Bayyinah 98 : 1-8

  Surah Al Qard PERKATAAN HARI INI   سَلِمَ  =   selamat, sejahtera Diulang  140 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Permulaan p...