Saturday, September 2, 2023

Sinopsis Juzuk 18





Surah Al-Mukminun (Golongan yang Beriman) Ayat 1-118

Surah ini menyebutkan sifat-sifat orang-orang beriman dan ganjaran bagi mereka. Diawali dengan penyataan bahawa orang-orang beriman tetap akan mendapat kemenangan serta mempunyai beberapa ciri. Diakhiri dengan peringatan sesiapa yang mensyirikkan Allah SWT, hisab terpulang kepada-Nya. Mereka tidak akan mendapat kemenangan. Kemudian Allah SWT mahu orang beriman supaya minta keampunan dan rahmat daripada-Nya.

Tema: Sifat orang beriman

  • Ciri-ciri orang yang mendapat kejayaan (1-16)
  • Sentiasa menghayati kejadian alam (17-22) 
  • Kisah Nabi Nuh (23-30) 
  • Allah SWT gantikan dengan kaum ‘Ad (31-49) 
  • Asas ajaran para rasul (50-56) 
  • Siapa dapat nikmat besar (57-67)
    • Sentiasa gerun memikirkan balasan Allah SWT (57)
    • Beriman dengan kitab yang diturunkan (58) 
    • Tidak pernah mensyirikkan Allah SWT (59) 
    • Takut jika sedekah mereka tidak diredhai Allah SWT (60) 
  • Allah SWT mengecam orang yang kufur (68-77)
  • Sifat Allah SWT yang mereka tolak (78-83)
    • Memberi pendengaran, penglihatan dan akal
    • Mengurniakan mereka zuriat 
    • Allah SWT menghidupkan dan mematikan
    • Menukarkan malam dan siang 
  • Allah SWT kecam mereka lagi (84-92) 
  • Nabi Muhammad SAW berdoa (93-100)
  • Keadaan ahli neraka apabila kiamat berlaku (101-118) 


Surah An-Nur (Cahaya) Ayat 1-64

Surah ini dinamakan An-Nur kerana ia menyebutkan aturan cahaya Ilahi yang berkaitan dengan nilai-nilai, muamalah, dan akhlak. Nama surah disebut dalam ayat 35 dan 40.

Keutamaan surah ini ialah ia menyebut kebebasan Saidatina Aisyah r.a. dari tuduhan keji dalam peristiwa Hadisul Ifki

Dimulakan dengan perakuan setiap ayat yang diturunkan mempunyai hukum yang jelas dan huraian yang lengkap untuk memudahkan kita mengingatinya. Diakhiri dengan pengakuan bahawa semua yang ada di langit dan di bumi ini milik Allah SWT. Dia tahu apa yang ada dalam diri dan hati kita.

Tema: Syariat adalah cahaya masyarakat.

  • Hukuman ke atas penzina (1-3) 
  • Tuduhan berzina terhadap perempuan (4-15)
  • Apa yang sepatutnya dilakukan (16-22) 
  • Menuduh anak dara berzina (23-30)
  • Peringatan Nabi Muhammad SAW kepada perempuan mukmin (31-34)
    • Menjaga pandangan daripada perkara yang haram
    • Peliharalah kehormatan diri masing-masing 
    • Jangan dedah aurat kecuali yang zahir 
    • Tutup leher masing-masing dengan kain tudung 
    • Jangan dedah aurat kecuali kepada mahram 
    • Jangan suka menunjuk perhiasan yang tersembunyi 
  • Allah SWT berikan perumpamaan (35-40) 
  • Tanda kekuasaan Allah SWT (41-45)
  • Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk (46-57) 
  • Allah SWT ingatkan orang beriman (58-64) 


Surah Al-Furqan (Pembeza kebenaran dan kebatilan) Ayat 1-20

Nama surah disebut dalam ayat 1. Surah pertama daripada dua surah yang bermula dengan Tabaraka. Satu lagi ialah Surah Al-Mulk.

Tema: Buruknya kesan orang berdusta.

Diawali dengan penyataan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW membawa keberkatan kepada hamba Allah SWT. Dia jugalah yang memiliki langit dan bumi. Tidak mempunyai anak. Menjadikan sesuatu mengikut qada dan qadar-Nya. Diakhiri dengan penjelasan bahawa kita akan dilupakan oleh Allah SWT, kecuali jika kita kerap berdoa kepada-Nya. 

  • Al-Quran membuktikan tentang Allah SWT (1-4)
  • Orang kafir menyindir Nabi Muhammad SAW (5-20) 


Doa-doa dalam Juzuk 18


رَبِّ ٱنصُرۡنِى بِمَا كَذَّبُونِ

"Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku". (Al-Mukminun 23:26)


رَّبِّ أَنزِلۡنِى مُنزَلًا مُّبَارَكًا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡمُنزِلِينَ

“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat" (Al-Mukminun 23:29)


رَبِّ فَلَا تَجۡعَلۡنِى فِى ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu". (Al-Mukminun 23:94)


رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan”.  "Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (Al-Mukminun 23:97-98)


رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '. (Al-Mukminun 23:109)


رَّبِّ ٱغۡفِرۡ وَٱرۡحَمۡ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mukminun 23:118)


Wallahua’lam


Rujukan

  1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
  2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
  3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
  4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil



Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...