Saturday, October 14, 2023

Halaman 443 Yasin (36:41-54)

 

PERKATAAN HARI 


شَحَنَ  Memenuhi. 

 3 kali disebut di dalam al-Quran






SINOPSIS    

  1. Kapal, kenderaan dan keselamatan sebagai bukti kebesaran Allah SWT (36:41-44)
  2. Sikap orang kafir terhadap takwa, tanda kebesaran Allah SWT dan belas kasihan terhadap makhluk-Nya (36:45-47)
  3. Pertanyaan mengenai hari kebangkitan (36:48-54)


Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 443.


 

Ayat 36:41

 

وَءَايَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ

 

Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

 

Pengajaran

  1. Allah SWT menjadikan manusia berlayar di laut dengan selamat.

Ayat 36:42

 

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِۦ مَا يَرْكَبُونَ

 

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

 

Pengajaran

  1. Allah SWT juga ciptakan untuk manusia berbagai-bagai jenis kenderaan. 

Ayat 36:43

 

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ

 

Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan,

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT boleh sahaja tenggelamkan mereka dan tiada siapa yang boleh menolong tetapi Allah SWT tidak berbuat demikian.

 

Ayat 36:44

 

إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَٰعًا إِلَىٰ حِينٍ

 

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

 

Pengajaran

  1. Allah SWT selamatkan manusia dengan rahmat-Nya.
  2. Allah SWT memberi penangguhan untuk memberi peluang berfikir dan bertaubat kepada Allah SWT, tidak terus menghukum orang berdosa.

 

Ayat 36:45

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّقُوا۟ مَا بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَمَا خَلْفَكُمْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

 

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).

 

Pengajaran

  1. Allah SWT meminta kepada semua manusia (orang baik atau orang berdosa) untuk kembali bertakwa kepada Allah SWT kerana manusia ini akan berdepan dengan satu keputusan daripada Allah SWT.
  2. Kita baca dalam surah al-Fatihah, 'Malikiyaumiddin', Tuhan akan memberi pembalasan di akhirat kelak.
  3. Setiap orang samada Islam atau tidak, tetap kena percaya ada hari pembalasan.

 

Ayat 36:46

 

وَمَا تَأْتِيهِم مِّنْ ءَايَةٍ مِّنْ ءَايَٰتِ رَبِّهِمْ إِلَّا كَانُوا۟ عَنْهَا مُعْرِضِينَ

 

Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).

 

Pengajaran

  1. Setiap kali rasul datang bawa kebenaran, ramai yang tolak.

 

Ayat 36:47

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ قَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنُطْعِمُ مَن لَّوْ يَشَآءُ ٱللَّهُ أَطْعَمَهُۥٓ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ

 

Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata"

 

Pengajaran

  1. Mereka memperolok-olokkan kebenaran, menuduh para rasul sesat. 

 

Ayat 36:48

 

وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا ٱلْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

 

Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",

 

Pengajaran

 

  1. Mereka mencabar bila akan datang akhirat?
  2. Kita percaya bahawa bila sampai masanya, hari kiamat pasti akan terjadi.

 

Ayat 36:49

 

مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَٰحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

 

Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

 

Pengajaran

  1. Bila tiba masanya, dengan satu pekikan akan membinasakan mereka yang sentiasa leka dengan urusan dunia.

 

Ayat 36:50

 

فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً وَلَآ إِلَىٰٓ أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ

 

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

 

Pengajaran

 

  1. Mereka tidak sempat berbuat apa-apa pun.

 

Ayat 36:51

 

وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ

 

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

 

Pengajaran

 

  1. Apabila ditiupkan sangkakala, manusia akan bangkit dari kubur masing-masing untuk menghadap Allah SWT.

 

Ayat 36:52

 

قَالُوا۟ يَٰوَيْلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا هَٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ ٱلْمُرْسَلُونَ

 

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!”

 

Pengajaran

 

1.     Mereka yang menolak adanya hari kebangkitan, akan terkejut.

2.     Kita kena yakin perkara yang ghaib seperti adanya hari kebangkitan.

3.     Allah SWT sembunyikan perkara ghaib untuk menguji keimanan kita.


 

Ayat 36:53

 

إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَٰحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ

 

Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

 

Pengajaran

 

1.     Waktu kebangkitan semula ini, semua perkara akan dikira oleh Allah SWT.

2.     Sekecil-kecil perkara akan dikira sama ada kebaikan atau keburukan.


 

Ayat 36:54

 

فَٱلْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْـًٔا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

 

Pengajaran

  1. Allah SWT tidak akan menzalimi sesiapa pada hari kebangkitan itu.
  2. Allah SWT akan beri balasan menurut apa yang manusia kerjakan semasa di dunia.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


  1. Setiap kali naik kenderaan, syukur dengan rahmat Allah SWT menjadikan kita selamat (36:44)
  2. Sentiasa bertakwa dengan hujah daripada al-Quran, sejarah atau ilmu semasa (36:45)
  3. Berinfak dan berkorban untuk perjuangan (36:47)

 

Saya berasa lega, Allah SWT selamatkan saya setiap kali naik kenderaan dengan rahmat-Nya.

 

Saya jelas setiap kali naik kenderaan, syukur dengan rahmat Allah SWT menjadikan kita selamat. Saya jelas saya mesti sentiasa bertakwa dengan hujah daripada al-Quran, sejarah atau ilmu semasa. Saya jelas saya mesti berinfak dan berkorban untuk perjuangan.

 

Ya Allah, dengan rahmat-Mu kami memohon keselamatan setiap kali naik kenderaan. Ya Allah, bimbing kami untuk sentiasa bertakwa dengan hujah daripada al-Quran, sejarah atau ilmu semasa. Ya Allah, bantu kami menjadi orang yang berinfak dan berkorban untuk perjuangan.

 

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami, Ya Allah. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...