|
PERKATAAN HARI INI حَنِثَ Melanggar sumpah. 2 kali
disebut di dalam al-Quran |
|
SINOPSIS
|
|
Mukadimah Alhamdulillah, kita
dapat meneruskan pengajian pada halaman 456 Surah Sad. Pada halaman
lepas kita telah melihat kisah Nabi Ayub AS yang diuji dengan penyakit semasa
berusia 70 tahun. Baginda sangat sabar. Kemudian Allah SWT kurniakan air
sebagai penawar dan baginda disembuhkan oleh Allah SWT. Ayat
38:43 وَوَهَبْنَا
لَهُۥٓ أَهْلَهُۥ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنَّا وَذِكْرَىٰ لِأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya -
keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan
sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka
juga bersikap sabar semasa ditimpa malang). Pengajaran
إنّاَ للهِ وإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أجِرْنِي فِي مُصِيبَتي وأَخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْها “Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sungguh hanya kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah padaku pahala dalam musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya.” (HR. Muslim) 4. Ujian itu tanda Allah sayang Ayat
38:44 وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَٱضْرِب بِّهِۦ وَلَا تَحْنَثْ ۗ إِنَّا وَجَدْنَـٰهُ صَابِرًا ۚ نِّعْمَ ٱلْعَبْدُ ۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ Dan (Kami
perintahkan lagi kepadanya): " Ambilah dengan tanganmu seikat jerami
kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan
sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang
sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali
(kepada Kami dengan ibadatnya). Pengajaran
Ayat
38:45 وَٱذْكُرْ عِبَـٰدَنَآ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْحَـٰقَ وَيَعْقُوبَ أُو۟لِى ٱلْأَيْدِى وَٱلْأَبْصَـٰرِ Dan
(ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta
Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan
pandangan yang mendalam (memahami ugamanya). Pengajaran
Ayat
39:46 إِنَّآ أَخْلَصْنَـٰهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى ٱلدَّارِ Sesungguhnya
Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang
murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat. Pengajaran
Ayat
39:47 وَإِنَّهُمْ عِندَنَا لَمِنَ ٱلْمُصْطَفَيْنَ ٱلْأَخْيَارِ Dan
sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan yang
sebaik-baiknya. Pengajaran
Ayat
39:48 وَٱذْكُرْ إِسْمَـٰعِيلَ وَٱلْيَسَعَ وَذَا ٱلْكِفْلِ ۖ وَكُلٌّ مِّنَ ٱلْأَخْيَارِ Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi
lsmail, dan Nabi Ilyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing
adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya. Pengajaran
Ayat
39:49 هَـٰذَا ذِكْرٌ ۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَـَٔابٍ (Segala
sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi
mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat
kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak) Pengajaran
Ayat
39:50 جَنَّـٰتِ عَدْنٍ مُّفَتَّحَةً لَّهُمُ ٱلْأَبْوَٰبُ Iaitu beberapa
buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk
mereka; Pengajaran
Ayat
38:51 مُتَّكِـِٔينَ فِيهَا يَدْعُونَ فِيهَا بِفَـٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ وَشَرَابٍ (Mereka akan
bersuka ria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka
meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa
kelazatannya. Pengajaran
Ayat
38:52 وَعِندَهُمْ قَـٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ أَتْرَابٌ Dan di sisi
mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. Pengajaran
Ayat
38:53 هَـٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِيَوْمِ ٱلْحِسَابِ Inilah dia
balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal! Pengajaran
Ayat
38:54 إِنَّ هَـٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ Sesungguhnya
ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis Pengajaran
Ayat
38:55 هَـٰذَا ۚ وَإِنَّ لِلطَّـٰغِينَ لَشَرَّ مَـَٔابٍ Nikmat-nikmat
ini (adalah untuk orang-orang yang bertakwa). Dan bahawa sesungguhnya bagi
orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk
tempat kembali Ayat
38:56 جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ Iaitu neraka
Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat
menetap ialah neraka Jahannam; Pengajaran
Ayat
38:57 هَـٰذَا
فَلْيَذُوقُوهُ
حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ Ini sejenis azab seksa, maka
hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang
mengalir (untuk minuman mereka) Ayat
38:58 وَءَاخَرُ مِن شَكْلِهِۦٓ أَزْوَٰجٌ Dan azab seksa
yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi. Pengajaran
Ayat
38:59 هَـٰذَا فَوْجٌ مُّقْتَحِمٌ مَّعَكُمْ ۖ لَا مَرْحَبًۢا بِهِمْ ۚ إِنَّهُمْ صَالُوا۟ ٱلنَّارِ (Penjaga neraka
berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): " Ini
ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama
kamu ". (Ketua-ketua itu berkata): " Mereka tidak perlu
dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka
". Pengajaran
Ayat
38:60 قَالُوا۟ بَلْ أَنتُمْ لَا مَرْحَبًۢا بِكُمْ ۖ أَنتُمْ قَدَّمْتُمُوهُ لَنَا ۖ فَبِئْسَ ٱلْقَرَارُ Pengikut-pengikut
mereka menjawab: "Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana
kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya
neraka ini sebagai tempat penetapan " Pengajaran
Ayat
38:61 قَالُوا۟ رَبَّنَا مَن قَدَّمَ لَنَا هَـٰذَا فَزِدْهُ عَذَابًا ضِعْفًا فِى ٱلنَّارِ Mereka berkata
lagi: " Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami,
maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka ". Pengajaran
Ayat
38:62 وَقَالُوا۟ مَا لَنَا لَا نَرَىٰ رِجَالًا كُنَّا نَعُدُّهُم مِّنَ ٱلْأَشْرَارِ Dan penduduk
neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: "Mengapa kita tidak
melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat
(lagi hina)? Pengajaran
RESOLUSI Ingat!
Saya berasa lega,
Allah SWT akan kurniakan ganjaran yang lebih besar sekiranya saya berdoa bila
ditimpa ujian. Saya jelas
saya mesti berdoa bila ditimpa ujian agar Allah
SWT kurniakan ganjaran yang lebih besar. Saya jelas untuk contohi Nabi
Ibrahim AS yang praktikal dan tajam dalam melaksanakan sesuatu perkara. Saya
jelas saya mesti selalu ingat hari akhirat untuk membersihkan akhlak saya. Ya Allah,
ingatkan kami untuk berdoa bila
ditimpa ujian. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran yang lebih besar selepas
ditimpa ujian. Ya Allah, pimpin kami untuk contohi Nabi Ibrahim AS yang
praktikal dan tajam dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ya Allah, ingatkan
kami tentang hari akhirat. Ya Allah, bersihkan akhlak kami, kurniakan kami
qalbun salim. Ya
Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan
dosa kami, Ya Allah. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib. |