|
Mukadimah
Alhamdulillah, kita
dapat meneruskan pengajian pada halaman 457 Surah Sad. Semoga
kita dapat amalkan apa yang dipelajari pada hari ini dan menjauhkan apa yang
dilarang.
Pada hujung halaman
lepas kita telah lihat keadaan orang-orang yang diazab dalam neraka.
Ayat
38:62
وَقَالُوا۟ مَا لَنَا لَا
نَرَىٰ رِجَالًا كُنَّا نَعُدُّهُم مِّنَ ٱلْأَشْرَارِ
Dan penduduk neraka itu tetap akan
bertanya sesama sendiri: "Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang
dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?
Pengajaran
- Ini adalah dialog orang yang ego di
muka bumi sehingga mereka merasakan bahawa ada golongan yang dipandang rendah
akan masuk ke neraka. Mereka menyangka orang lain yang masuk neraka sedangkan
mereka sendiri yang masuk neraka.
- Penduduk neraka bertanya sesama
sendiri: "Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita
kirakan mereka sebagai orang-orang jahat lagi hina?"
- Jangan kita memandang rendah pada
orang lain.
- Mengikut tafsir, ayat ini sebenarnya
tentang Abu Jahal apabila dimasukkan ke neraka, dia mencari orang-orang yang
dia pandang hina semasa di dunia seperti Bilal b Rabah, Ammar b Yasir.
- Sebagai Muslim, kita tidak
dibenarkan memandang hina kepada orang lain atau tuduh kumpulan yang tidak
sefahaman dengan kita yang akan masuk neraka. Jangan mudah-mudah kata orang
lain yang dia akan masuk ke neraka.
- Rasulullah SAW pernah mendidik para
sahabat, jangan dipandang rendah kepada orang lain. Mus'ab bin Saad bin Abi
Waqas pernah bercerita: "Saad ini ada satu sifat iaitu dia memandang
rendah kepada orang lain. Iaitu dia merasakan dia yang membawa kemenangan
dalam jihad. Lalu Rasulullah SAW didik dia". "Rasulullah bersabda:
bawakan kepadaku orang-orang yang dihina". Kadang-kadang kita menang
kerana bantuan orang-orang yang lemah, yang buta dan sebagainya. Doa mereka
lebih dekat kepada Allah SWT.
- Kisah Ummu Mihjan seorang tukang
sapu yang berkulit hitam di Masjid Nabi. Seorang sahabat pandang rendah
kepadanya. Bila Ummu Mihjan meninggal dunia, sahabat-sahabat tidak beritahu
Nabi SAW. Rasulullah SAW menemplak sahabat-sahabat berkenaan. Baginda minta
ditunjukkan kubur Ummu Mihjan, lalu Rasulullah SAW mendoakan untuk Ummu
Mihjan.
- Janganlah kita pandang rendah atau
hina kepada orang lain walaupun kulit hitam dsbnya. Pandangan kita mestilah
dalam perspektif apa yang diajar dalam syariat.
Ayat
38:63
أَتَّخَذْنَـٰهُمْ سِخْرِيًّا
أَمْ زَاغَتْ عَنْهُمُ ٱلْأَبْصَـٰرُ
"Adakah kita sahaja jadikan
mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita
tidak dapat melihat mereka?
Pengajaran
- Allah SWT tegur
perangai orang kafir yang suka memandang rendah kepada orang lain.
- Orang kafir
menyesal di dalam neraka. Mereka tidak nampak orang-orang yang mereka hina semasa
di dunia.
Ayat
38:64
إِنَّ ذَٰلِكَ لَحَقٌّ
تَخَاصُمُ أَهْلِ ٱلنَّارِ
Sesungguhnya (segala yang
diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk neraka
sesama sendiri.
Pengajaran
- Allah SWT menceritakan bahawa ahli
neraka saling bergaduh sesama sendiri.
Ayat
39:65
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ مُنذِرٌ
ۖ وَمَا مِنْ إِلَـٰهٍ إِلَّا ٱللَّهُ ٱلْوَٰحِدُ ٱلْقَهَّارُ
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada
sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang
kekuasaanNya mengatasi segala-galanya,
Pengajaran
- Ayat ini adalah tentang ciri-ciri
kebenaran Rasulullah SAW. Baginda adalah seorang Rasul pemberi amaran, dan
tidak ada sama sekali Tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi
Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya.
- Rasulullah SAW tahu mengenai cerita
syurga, neraka dan perkara yang tidak diketahui oleh manusia lain kerana
telah diberitahu oleh Allah SWT melalui wahyu.
Ayat
39:66
رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفَّـٰرُ
"Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan)
langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi
Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)".
Pengajaran
- Tuhan yang mencipta serta
mentadbirkan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha
Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni dosa hamba-hambaNya.
Ayat
39:67
قُلْ هُوَ نَبَؤٌا۟ عَظِيمٌ
Katakanlah lagi: "Apa yang aku
terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita
penting yang amat besar (faedahnya).
Pengajaran
- Apa yang Rasulullah SAW terangkan
tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulannya adalah berita penting yang
amat besar faedahnya.
Ayat
39:68
أَنتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ
"Yang kamu terus mengingkarinya."
Pengajaran
- Orang-orang
kafir terus mengingkari kebenaran Rasulullah SAW.
Ayat
39:69
مَا كَانَ لِىَ مِنْ عِلْمٍۭ بِٱلْمَلَإِ
ٱلْأَعْلَىٰٓ إِذْ يَخْتَصِمُونَ
"Tiadalah bagiku sebarang
pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal
jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku)."
Pengajaran
- Rasulullah SAW mengetahui tentang
malaikat yang bersoal jawab mengenai Nabi Adam AS daripada wahyu yang
disampikan kepada baginda.
Ayat
38:70
إِن يُوحَىٰٓ إِلَىَّ إِلَّآ
أَنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
"Tiadalah diwahyukan kepadaku
melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi amaran yang jelas
nyata (bukan seorang pembohong, atau ahli sihir, atau gila) ".
Pengajaran
- Diturunkan wahyu kepada Rasulullah
SAW kerana baginda adalah pemberi amaran yang jelas nyata. Baginda bukan
seorang pembohong atau ahli sihir atau gila.
Ayat
38:71
إِذْ قَالَ رَبُّكَ
لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّى خَـٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن طِينٍ
(Ingatkanlah peristiwa) ketika
Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan
manusia - Adam dari tanah;
Pengajaran
- Allah SWT ingatkan tentang peristiwa
ketika Allah SWT beritahu kepada malaikat mengenai penciptaan manusia iaitu
Nabi Adam AS daripada tanah.
Ayat
38:72
فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ
وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَـٰجِدِينَ
"Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya".
Pengajaran
- Allah SWT sempurnakan
kejadian Nabi Adam AS.
- Allah SWT
tiupkan roh pada Nabi Adam AS, maka Allah SWT perintahkan malaikat sujud
kepada Nabi Adam AS.
Ayat
38:73
فَسَجَدَ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ
كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ
(Setelah selesai kejadian Adam) maka
sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
Pengajaran
- Setelah selesai kejadian Nabi Adam
AS, maka semua malaikat sujud kepada baginda.
Ayat
38:74
إِلَّآ إِبْلِيسَ ٱسْتَكْبَرَ
وَكَانَ مِنَ ٱلْكَـٰفِرِينَ
Melainkan Iblis; ia berlaku sombong
takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Pengajaran
- Hanya iblis yang tidak mahu sujud.
- Ia berlaku sombong takbur maka
jadilah ia dari golongan yang kafir.
- Menurut Imam Ibnu Asyur, kisah Nabi
Adam AS dan iblis dalam surah ini adalah yang mula diturunkan kerana surah
ini diturunkan di Mekah.
- Sifat sombong boleh diberikan kepada
dua bahagian:
- Sombong daripada kebenaran. Yang
menutup kita daripada kebenaran adalah keegoan. Kisah Abu Jahal: dia bukannya
tidak percaya al-Quran itu benar, malah dia tergoda dengan al-Quran. Tetapi
dia menolak al-Quran kerana sifat takbur. Semoga kita dijauhkan daripada
sifat takbur dan ego.
- Sombong sesama manusia. Contoh:
Tidak mahu berkawan dengan orang yang tidak setaraf.
- Salah satu kaedah untuk membuang
sifat sombong/takabur ialah kita kena cari ilmu tentang sifat tawaduk atau
merendah diri. Contoh: Nabi SAW menunaikan hajat hamba perempuan dan orang
buta. Rasulullah SAW tinggalkan rasa seronok dengan kemewahan. Rasulullah SAW
tegur sahabat-sahabat yang berbangga dengan pakaian mereka. Rasulullah SAW
suka kita bergaul dengan orang yang taraf lebih rendah daripada kita.
- Salah satu kaedah untuk melembutkan
jiwa kita ialah dengan duduk seketika bersama anak-anak yatim atau fakir
miskin. Ini akan menginsafkan dan melembutkan jiwa kita.
Ayat
38:75
قَالَ يَـٰٓإِبْلِيسُ مَا
مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَىَّ ۖ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ
مِنَ ٱلْعَالِينَ
Allah
berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud
kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau
berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "
Pengajaran
- Allah SWT bertanya kepada iblis apa
yang menghalangnya daripada sujud kepada Nabi Adam AS.
- Allah SWT beritahu Dia telah
ciptakan Nabi Adam AS dengan kekuasaan-Nya.
- Allah SWT bertanya adakah iblis berlaku
sombong takbur, ataupun dia dari golongan yang tertinggi.
Ayat
38:76
قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ ۖ
خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ
Iblis menjawab: "Aku lebih baik
daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau
ciptakan dari tanah ".
Pengajaran
- Iblis menjawab
yang dia lebih baik daripada Nabi Adam AS. Allah ciptakan dia daripada api
sedangkan Nabi Adam AS, Allah SWT ciptakan daripada tanah.
- Kesan daripada
keegoan, kita merasa lebih baik daripada orang lain sehingga kita memandang
rendah dan menjauhkan diri kita daripada kebenaran. Semoga kita terhindar
daripada sifat ini.
- Iblis sudah
berada bersama malaikat, sudah bersama Allah SWT, tetapi kerana keegoan dia kufur
kepada Allah SWT sehingga dilaknat oleh Allah SWT sampai hari kiamat.
Ayat
38:77
قَالَ فَٱخْرُجْ مِنْهَا
فَإِنَّكَ رَجِيمٌ
Allah berfirman: "Kalau
demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah
makhluk yang diusir.
Pengajaran
1.
Allah SWT mengusir iblis daripada
syurga kerana dia adalah makhluk yang terkutuk
Ayat
38:78
وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِىٓ
إِلَىٰ يَوْمِ ٱلدِّينِ
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa
laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!"
Pengajaran
- Allah SWT
beritahu iblis bahawa dia ditimpa laknat daripada Allah SWT terus menerus
hingga hari kiamat.
Ayat
38:79
قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِىٓ
إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku!
Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan
(hari kiamat)".
Pengajaran
- Iblis merayu
supaya dia diberi tempoh hingga ke hari kiamat.
Ayat
38:80
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ ٱلْمُنظَرِينَ
Allah berfirman: "Dengan
permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh
Ayat
38:81
إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْوَقْتِ ٱلْمَعْلُومِ
"Hingga ke hari masa yang
termaklum".
Pengajaran
- Allah SWT perkenankan
permohonan iblis. Allah SWT beri tempoh kepada iblis sehingga hari yang
termaklum.
- Kita yang
tilawah al-Quran mestilah sentiasa berdoa kepada Allah SWT bagi menunjukkan
sifat kebergantungan kepada Allah SWT.
- Kalau Allah SWT
boleh perkenankan permintaan iblis, tentulah permintaan kita juga akan
dimakbulkan. Dalam satu hadis: "Allah SWT itu adalah pemalu dan sangat pengasih.
Allah SWT pemalu kalau hambaNya angkat tangan bermohon doa kepada Allah SWT,
tentu akan diperkenankan doa hambaNya."
- Semoga kita
menjadi hamba yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam segala urusan.
Ayat
38:82
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ
لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: "Demi kekuasaanmu
(wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Ayat
38:83
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِينَ
"Kecuali hamba-hambaMu di antara
zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan
penyelewengan".
Pengajaran
- Iblis berkata
demi kekuasaan Allah SWT dia akan menyesatkan manusia semuanya.
- Kecuali
hamba-hamba Allah yang di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari
sebarang kederhakaan dan penyelewengan.
- Semoga Allah
SWT kurniakan keikhlasan dalam setiap amalan kita.
RESOLUSI
Ingat!
- Bina keimanan
dan ketakwaan serta amal soleh agar terselamat daripada azab Allah SWT (38:64)
- Mengikut sunnah
baginda Nabi Muhammad agar dapat petunjuk Allah SWT (38:65)
- Sujud dan jangan sombong tanda orang
beriman dan tidak ikuti syaitan (38:72-74)
Saya berasa lega,
Allah SWT akan selamatkan saya dari azab sekiranya saya bina keimanan dan
ketakwaan.
Saya jelas
saya mesti bina keimanan dan ketakwaan serta amal soleh agar terselamat
daripada azab Allah SWT. Saya jelas saya mesti mengikut sunnah baginda Nabi
Muhammad agar dapat petunjuk Allah SWT. Saya jelas saya mesti sujud dan
jangan sombong sebagai tanda orang beriman dan tidak ikuti syaitan.
Ya Allah,
bimbing kami untuk bina keimanan dan ketakwaan serta amal soleh. Ya Allah,
selamatkan kami daripada azab Mu. Ya Allah, bimbing kami mengikut sunnah
baginda Nabi Muhammad. Ya Allah, kurniakan kami petunjuk ke jalan yang benar.
Ya Allah, jadikan kami orang beriman yang sentiasa sujud kepada Mu, jauhkan
kami daripada sifat sombong, dan jauhkan kami daripada pengaruh syaitan.
Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami, Ya Allah. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.
|