|
PERKATAAN HARI INI شَفَعَ Pertolongan. 31 kali disebut di
dalam al-Quran |
|
SINOPSIS
|
|
Mukadimah Alhamdulillah, kita
dapat meneruskan pengajian pada halaman 469 Surah Ghafir. Semoga kita terus diberi
kekuatan untuk terus bersama al-Quran. Hidayah diperlukan untuk kita buat
kebaikan dan kita dipimpin untuk istiqomah dalam kebaikan sehingga kita
diizinkan dengan rahmat Allah SWT sampai ke syurgaNya. Ayat 40:17 ٱلْيَوْمَ تُجْزَىٰ
كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ لَا ظُلْمَ ٱلْيَوْمَ
إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ
ٱلْحِسَابِ "Pada hari
ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada
hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan
hisabNya. Pengajaran
Ayat 40:18 وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ ٱلْءَازِفَةِ إِذِ ٱلْقُلُوبُ لَدَى ٱلْحَنَاجِرِ كَٰظِمِينَ
مَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ Dan berilah
amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa
datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas
takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu)
orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh
membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima
pertolongannya. Pengajaran 1. Bila kita
dipanggil kembali oleh Allah SWT, itulah perjalanan ke arah kiamat. Memang
masa itu pendek. Bila kita diberi peluang untuk baca Quran, masih diberi
nafas, itu adalah rahmat daripada Allah SWT. 2. Pada hari
kiamat manusia akan rasa amat takut, rasa amat menyesal kerana rasa tidak
cukup apa yang dibuat di dunia. Ini motivasi kepada kepada kita bila rasa
lemah. Semoga Allah SWT beri kekuatan kepada kita untuk tambah amal ibadat. Kalau
kita berkira-kira untuk berinfaq, Allah SWT juga akan berkira-kira dengan
kita di akhirat nanti. 3. Tidak ada teman
setia (حَمِيمٍ) bagi orang
yang zalim. Orang yang zalim sehidup
bila waktu senang tetapi bila susah, mereka tidak mampu menjadi kawan yang
membantu sampai di akhirat nanti. 4. Hendaklah kita
semak adakah kawan-kawan kita setia sampai ke syurga. Ayat 40:19 يَعْلَمُ خَآئِنَةَ
ٱلْأَعْيُنِ وَمَا
تُخْفِى ٱلصُّدُورُ Allah
mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata
seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. Pengajaran
Ayat 40:20 وَٱللَّهُ يَقْضِى
بِٱلْحَقِّ وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ
مِن دُونِهِۦ لَا يَقْضُونَ بِشَىْءٍ
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ Dan Allah
memutuskan hukum dengan adil, sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah
- tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dia lah Yang
Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. Pengajaran
Ayat 40:21 أَوَلَمْ يَسِيرُوا۟
فِى ٱلْأَرْضِ فَيَنظُرُوا۟
كَيْفَ كَانَ
عَٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ كَانُوا۟
مِن قَبْلِهِمْ كَانُوا۟
هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ
قُوَّةً وَءَاثَارًا فِى ٱلْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ
ٱللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ
مِن وَاقٍ Tidakkah mereka
telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka
memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka?
Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan
tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun
demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah
bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. Pengajaran
Ayat 40:22 ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ
كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم
بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَكَفَرُوا۟ فَأَخَذَهُمُ
ٱللَّهُ إِنَّهُۥ قَوِىٌّ
شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ (Kebinasaan
mereka) yang demikian ialah kerana mereka sentiasa didatangi Rasul-rasul yang
diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan
mukjizat) yang jelas nyata, maka mereka kufur ingkar, lalu Allah menyeksa
mereka, sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksaNya. Pengajaran
Ayat 40:23 وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا
مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَا وَسُلْطَٰنٍ
مُّبِينٍ Dan demi
sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nabi Musa membawa ayat-ayat Kami dan
bukti (mukjizat) yang jelas nyata Ayat 40:24 إِلَىٰ فِرْعَوْنَ
وَهَٰمَٰنَ وَقَٰرُونَ فَقَالُوا۟
سَٰحِرٌ كَذَّابٌ Kepada Firaun
dan Haman serta Qarun; maka mereka (menuduhnya dengan) berkata: "Ia
seorang ahli sihir, lagi pendusta!" Pengajaran
Ayat 40:25 فَلَمَّا جَآءَهُم
بِٱلْحَقِّ مِنْ
عِندِنَا قَالُوا۟ ٱقْتُلُوٓا۟
أَبْنَآءَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟
مَعَهُۥ وَٱسْتَحْيُوا۟ نِسَآءَهُمْ
وَمَا كَيْدُ ٱلْكَٰفِرِينَ
إِلَّا فِى
ضَلَٰلٍ Setelah Nabi
Musa datang kepada mereka dengan membawa kebenaran dari sisi Kami, mereka
berkata (dengan marahnya): "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang
beriman yang mengikutnya, dan biarkan hidup anak-anak perempuan mereka".
(Tetapi usaha) dan tipu daya orang-orang kafir itu hanya menyebabkan mereka
tenggelam dalam kesesatan dan kebinasaan sahaja. Pengajaran
Puasa Ramadan hadir
kembali Baca Quran isinya
dipahat Terus berjuang walaupun
tidak dihargai Allah Amat
Mendengar Amat Melihat RESOLUSI Ingat!
Saya berasa lega,
Allah SWT ingatkan supaya tingkatkan amal kebaikan setiap hari. Saya jelas
saya mesti berazam meningkatkan amal kebaikan setiap hari. Saya jelas saya
mesti jaga pandangan mata dan hati daripada perkara maksiat. Saya jelas untuk
berjalan, menghayati dan mengkaji kandungan sejarah dalam al-Quran. Ya Allah, pimpin kami meningkatkan amal kebaikan setiap hari. Ya Allah, bimbing kami jaga pandangan mata dan hati daripada perkara maksiat. Ya Allah, beri kami peluang berjalan, menghayati dan mengkaji kandungan sejarah dalam al-Quran. |