Saturday, October 28, 2023

Halaman 494 Al-Zukhruf (43:61-73)

 

PERKATAAN HARI  INI


لَذَّ َ / لَذَذَ  Menyenangkan, lazat, sedap. 

3 kali disebut di dalam al-Quran



SINOPSIS  

  

  1. Kedudukan Nabi Isa AS di sisi Allah SWT dan perselisihan kaumnya yang ingkar (61-65)
  2. Hari kiamat datang dengan tiba-tiba dan keadaan kaum Kafir (66-67)3. Pelbagai kenikmatan untuk orang bertakwa yang merupakan penduduk syurga (68-73)




Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 494 Surah Al-Zukhruf. Didoakan agar kita menjadi orang yang bertakwa dan orang yang bersyukur.

 

Surah ini penuh dengan panduan bagaimana kita menguruskan harta kekayaan, perhiasan dalam hidup kita.

 

Ayat 43:61

 

وَإِنَّهُۥ لَعِلْمٌ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا وَٱتَّبِعُونِ ۚ هَـٰذَا صِرَٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ

 

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

 

Pengajaran

 

1.     Nabi Isa AS menjadi tanda kedatangan hari kiamat.

2.     Janganlah kita ragu-ragu tentang hari kiamat itu.

3.     Hendaklah kita turut petunjuk Allah SWT. Inilah jalan yang lurus.

 

Ayat 43:62

 

وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ ٱلشَّيْطَـٰنُ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

 

Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

 

Pengajaran

 

1.     Syaitan menghalang kita daripada menurut jalan yang benar.

2.     Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kita.

3.     Semoga kita dilindungi daripada Syaitan.

 

Ayat 43:63

 

وَلَمَّا جَآءَ عِيسَىٰ بِٱلْبَيِّنَـٰتِ قَالَ قَدْ جِئْتُكُم بِٱلْحِكْمَةِ وَلِأُبَيِّنَ لَكُم بَعْضَ ٱلَّذِى تَخْتَلِفُونَ فِيهِ ۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

Pengajaran

 

  1. Nabi Isa datang kepada kaumnya dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata.
  2. Nabi Isa membetulkan kaumnya yang menyelewengkan kitab Taurat dan baginda diberikan kitab Injil.
  3. Kita diberikan al-Quran yang menggabungkan peraturan dan hikmah.
  4. Nabi Isa AS menyeru kaumnya supaya bertakwa kepada Allah dan supaya mereka taat kepadanya.
  5. Perhiasan paling indah kepada orang Kristian ialah Nabi Isa AS. Tetapi mereka anggap baginda sebagai Tuhan.
  6. Kepada orang musyrik, perhiasan adalah segala-galanya.

 

Ayat 43:64

 

إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ رَبِّى وَرَبُّكُمْ فَٱعْبُدُوهُ ۚ هَـٰذَا صِرَٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ

 

"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".

 

Pengajaran

 

  1. Nabi Isa AS ingatkan kaumnya bahawa "Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu".
  2. Baginda menyeru kaumnya supaya menyembah Allah SWT dan inilah jalan yang lurus.
  3. Asas yang paling benar ialah apabila mengaku Tuhan yang satu adalah Allah. Tidak ada makhluk lain yang boleh menandingi Allah.
  4. Nabi Muhammad SAW adalah hamba Allah yang terpilih. Nabi Isa AS juga terplilih.

 

Ayat 43:65

 

فَٱخْتَلَفَ ٱلْأَحْزَابُ مِنۢ بَيْنِهِمْ ۖ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنْ عَذَابِ يَوْمٍ أَلِيمٍ

 

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.

 

Pengajaran

 

  1. Kemudian, golongan-golongan dari kaumnya itu berselisihan sesama sendiri.
  2. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim, iaitu mereka mensyirikkan Allah SWT.
  3. Mereka akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
  4. Semoga kita tidak menjadi orang-orang yang bertelingkah dan semoga kita sentiasa berpegang kepada kebenaran berpandukan al-Quran.
  5. Al-Quran adalah sumber yang benar daripada Allah SWT.
  6. Orang Islam juga kena menjauhkan daripada perkara syirik, iaitu membuat tandingan kepada Allah SWT. Contoh: Terlalu menghormati yang dikatakan ulamak, atau kubur.
  7. Makhluk tidak boleh disucikan kerana penyucian yang melampau-lampau itu menyebabkan orang Kristian mendewakan-dewakan Nabi Isa AS.

 

Ayat 43:66

 

هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا ٱلسَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.

 

Pengajaran

 

  1. Mereka yang menentang Nabi Muhammad SAW tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.
  2. Mereka tidak membuat persiapan untuk kiamat. Orang yang sedar akan membuat persediaan. Mereka tidak suka bergaduh, suka mengingatkan ahli keluarga bersama-sama bina takwa.
  3. Semoga kita menjadi orang yang terus-terus membina takwa sebagai persediaan hari kiamat.

 

Ayat 43:67

 

ٱلْأَخِلَّآءُ يَوْمَئِذٍۭ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلْمُتَّقِينَ

 

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

 

Pengajaran

 

  1. Pada hari itu sahabat-sahabat karib, suami isteri, anak-anak, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang bina perhubungan berdasarkan taqwa.
  2. Taqwa adalah pasword penting bila sampai di akhirat untuk kawan-kawan, ibu ayah, anak-anak berjumpa kembali. Kalau ada yang tidak bertakwa, akan terpisah.
  3. Hendaklah kita lakukan sesuatu untuk bina takwa dalam kalangan keluarga, kawan-kawan dan dalam organisasi kita.
  4. Semoga kita dapat bertemu kembali di syurga bila dipanggil oleh Allah SWT nanti.

 

Ayat 43:68

 

يَـٰعِبَادِ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ ٱلْيَوْمَ وَلَآ أَنتُمْ تَحْزَنُونَ

 

(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita".

 

Pengajaran

 

1.     Orang-orang yang bertaqwa akan diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya: "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan; dan kamu pula tidak akan berdukacita".

2.     Ini adalah satu kemuliaan bila Allah bercakap terus dengan kita.

3.     Hendaklah kita terus berjuang bina takwa dalam keluarga, masyarakat dan organisasi kita.

 

Ayat 43:69

 

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا وَكَانُوا۟ مُسْلِمِينَ

 

(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,

 

Pengajaran

 

  1. Hamba-hamba Allah ialah mereka yang beriman dengan ayat-ayat al-Quran serta menjadi orang-orang Islam yang menyerah diri kepada Allah SWT.
  2. Inilah orang-orang yang akan dijemput oleh Allah SWT ke syurga.

 

Ayat 43:70

 

ٱدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ أَنتُمْ وَأَزْوَٰجُكُمْ تُحْبَرُونَ

 

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".

 

Pengajaran

 

  1. Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan bersenang-senang di akhirat nanti.
  2. Allah SWT menjemput mereka masuk ke dalam Syurga bersama-sama pasangan yang beriman.
  3. Mereka akan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.
  4. Di dunia kita cuba mematuhi segala peraturan Allah SWT, kalau silap istighfar, baiki amalan, Insya Allah akan dijemput masuk ke syurga dengan rahmat Allah SWT.

 

Ayat 43:71

 

يُطَافُ عَلَيْهِم بِصِحَافٍ مِّن ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ ۖ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ ٱلْأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلْأَعْيُنُ ۖ وَأَنتُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ

 

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".

 

Pengajaran

 

  1. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas.
  2. Dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata.
  3. Mereka akan tetap kekal di dalam syurga.
  4. Allah SWT berikan ganjaran ini kerana kita memperjuangkan takwa. Ini motivasi untuk kita agar jangan abaikan takwa dalam kehidupan.

 

Ayat 43:72

 

وَتِلْكَ ٱلْجَنَّةُ ٱلَّتِىٓ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".

 

Pengajaran

 

  1. Dan dikatakan lagi kepada mereka: "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
  2. Apa yang kita cari di dunia akan diwariskan di akhirat nanti. Takwa adalah perjuangan setiap orang kerana ia tidak boleh diperjuangkan oleh orang lain (tidak boleh out source).
  3. Iman tidak boleh diwarisi. Ia perlu diusahakan oleh setiap orang.

 

Ayat 43:73

 

لَكُمْ فِيهَا فَـٰكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِّنْهَا تَأْكُلُونَ

 

"Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya".

 

Pengajaran

 

  1. Ada buah yang banyak dalam syurga untuk dimakan.
  2. Fakihah ada kaitan dengan buah-buah yang menggembirakan. Tidak perlu beli, boleh makan bila-bila masa. Makan untuk bergembira.
  3. Semoga Allah izinkan kita sampai ke syurga untuk menikmati kegembiraan yang disediakan oleh orang-orang yang bertakwa.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


  1. Jauhi perselisihan yang boleh menyebabkan kekufuran (63)
  2. Landasi persahabatan yang ikhlas kerana Allah SWT, kerana ia akan kekal selamanya (67)
  3. Warisan syurga hanya untuk orang beriman dan beramal soleh (72)

 

Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya bina takwa agar dapat mewarisi syurga.

 

Saya jelas untuk jauhi perselisihan yang boleh menyebabkan kekufuran. Saya jelas untuk landasi persahabatan yang ikhlas kerana Allah SWT, kerana ia akan kekal selamanya. Saya jelas bahawa warisan syurga hanya untuk orang beriman dan beramal soleh.

 

Ya Allah, pimpin kami jauhi perselisihan yang boleh menyebabkan kekufuran. Ya Allah, bmbing kami untuk landasi persahabatan yang ikhlas kerana Mu. Ya Allah, bantu kami untuk bina takwa agar kami dapat menjadi orang-orang yang beriman dan beramal soleh agar dapat kami mewarisi syurga dengan rahmat Mu.a Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. 


Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib. 

 


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...