Saturday, October 21, 2023

Sinopsis Juzuk 25

 


Surah Fusilat (Dijelaskan) Ayat 47-54 (sambungan) 

Hari kiamat akan menentukan segalanya (47-52)
Tanda kebesaran Allah (53-54)

Surah Asy-Syura (Mesyuarat) Ayat 1-53 

Nama surah disebutkan pada ayat 38, merujuk hikmah pensyariatan Allah kepada pemimpin orang mukmin agar melaksanakan mesyuarat sebelum.mencapai sebarang keputusan. 

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM, AIN, SIIN, QAF, untuk membuktikan al-Quran dan kitab terdahulu, diturunkan oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Diakhiri dengan pernyataan, manusia tidak layak sama sekali, menerima wahyu kecuali disampaikan melalui Rasul pilihan. Demikian jua halnya dengan Nabi Muhammad, apabila diturunkan al-Quran, baginda sendiri tidak tahu apa-apa tentang al-Quran dan iman. Semuanya diperolehi oleh baginda melalui petunjuk al-Quran yang boleh menyampaikan kita kepada Allah di akhirat nanti.

Tema : Larangan berpecah dan perintah mesyuarat.
 
● Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT (1-12) 
● Ajaran Nabi Muhammad adalah satu (13-19) 
● Bercucuk tanam untuk akhirat (20-24) 
● Allah SWT tetap sayang kita (25-35) 
Terima taubat (25) 
Perkenalkan doa (26) 
Turunkan hujan (28) 
Ciptakan langit dan bumi (29) 
Selalu beri pengampunan (30) 
Mudahkan bahtera belayar (32) 
● Kebajikan yang sebenarnya (36-43) 
● Tiada perlindungan untuk Yang sesat (44-48) 
● Cara wahyu diturunkan (49-53)


Surah Az-Zukhruf (Perhiasan) Ayat 1-89

Nama surah disebutkan pada ayat 35, merujuk kepada segala bentuk persiapan di dunia yang ditundukkan kepada manusia mestilah menjadi pendorongnya kepada iman dan bukan menjadikannya sebab untuk kufur dan sombong. 

Dimulakan dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM untuk membuktikan al-Quran adalah jelas dan nyata, diturunkan dalam bahasa Arab, supaya mudah difahami.

Diakhiri dengan pernyataan, nabi kecewa kerana seruannya tidak disambut oleh bangsanya sendiri. Dengan tegas Allah memberitahu, tinggalkan saja mereka.

Tema: Larangan kagum pada materialisme
 
● Al-Quran mudah difahami (1-9)
● Pengenalan Allah (10-25)
● Kisah Nabi Ibrahim (26-37) 
● Di akhirat syaitan akan berlepas tangan (38-45)
● Kisah Nabi Musa (46-65) 
● Apabila kiamat berlaku (66-80) 
● Allah SWT tidak seperti yang disifatkannya (81-89) 


Surah Ad-Dukhan (Asap) Ayat 1-59 

Nama surah disebut pada ayat 10. Allah memberi amaran kepada orang kafir yang menentang nabi bahawa mereka akan ditimpa azab sengsara.

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIIM untuk membuktikan al-Quran adalah jelas dan nyata, diturunkan dalam bahasa Arab, supaya mudah difahami. 

Diakhiri dengan pernyataan, diturunkan al-Quran itu dalam bahasa nabi sendiri untuk memudahkan segala urusan baginda.

● Al-Quran ajaran yang jelas dan terang (1-16) 
● Nabi Musa diselamatkan (17-33) 
● Gelagat kafir Mekah (34-42) 
● Keadaan penghuni neraka (43-50) 
● Penghuni syurga pula (51-59) 


Surah al-Jatsiyah (Yang berlutut) Ayat 1-37
 
Nama surah disebutkan pada ayat 28. Semua manusia akan melutut dihadapan Allah di akhirat kerana ketakutan menanti giliran untuk dihisab. 
Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf  HAA, MIIM untuk membuktikan al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Diakhiri dengan pernyataan: hanya Allah yang memiliki langit dan bumi. Dia sahaja yang berhak menerima pujian, kerana Dia mempunyai sifat yang agung. Itulah Dia Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Tema: Larangan sombong dan tinggi hati.

● Al-Quran diturunkan oleh Tuhan Maha Bijaksana (1-6) 
● Neraka untuk si pendusta (7-17) 
● Nabi Muhammad membawa ajaran Islam (18-27) 
● Di Mahsyar kita berlutut di hadapan Allah SWT (28-37) 


Doa-doa dalam Juzuk 25


سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُۥ مُقْرِنِينَ ١٣
وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ١٤

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (Az-Zuhruf ayat 13-14)


Wallahua’lam


Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...