Saturday, October 28, 2023

Halaman 495 Al-Zukhruf (43:74-89)

 

PERKATAAN HARI  INI


 بَرَمَ  Menetapkan, menguatkan. 

2 kali disebut di dalam al-Quran


SINOPSIS

    

  1. Seksaan penduduk neraka bagi orang yang celaka (74-80) 
  2. Menyucikan Allah SWT dan mengagungkan-Nya, bahawa Dia tidak mempunyai anak dan sekutu (81-89)




Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman akhir Surah Al-Zukhruf. Semoga kita dapat membuang karat-karat dalam hati dan dapat memilih perhiasan yang paling berharga untuk dibawa sampai ke akhirat iaitu perhiasan takwa.

 

Surah ini adalah satu pujukan kepada Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah.

 

Ayat 43:74

 

إِنَّ ٱلْمُجْرِمِينَ فِى عَذَابِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدُونَ

 

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam.

 

Pengajaran

 

  1. Orang-orang yang berdosa dengan kekufurannya, kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam.

 

Ayat 43:75

 

لَا يُفَتَّرُ عَنْهُمْ وَهُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ

 

Tidak diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),

 

Pengajaran

 

  1. Tidak diringankan azab itu daripada mereka.
  2. Mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa daripada mendapat sebarang pertolongan.

 

Ayat 43:76

 

وَمَا ظَلَمْنَـٰهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا۟ هُمُ ٱلظَّـٰلِمِينَ

 

Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
  2. Mereka melanggar perjanjian. Mereka merasakan pehiasan di dunia inilah yang paling berharga. Mereka kumpul tidak kisah halal haram.
  3. Semoga kita tidak terlibat dengan kezaliman. Hendaklah kita cepat-cepat bertaubat bila buat kesilapan.
  4. Pindahkan perhiasan dunia ke akhirat dengan melakukan kebaikan dan bersedekah.

 

Ayat 43:77

 

وَنَادَوْا۟ يَـٰمَـٰلِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ ۖ قَالَ إِنَّكُم مَّـٰكِثُونَ

 

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"

 

Pengajaran

 

  1. Mereka menyeru ketua malaikat penjaga neraka supaya mereka dimatikan kerana tidak tahan menderita.
  2. Malaikat Maalik menjawab bahawa mereka tetap kekal di dalam azab.

 

Ayat 43:78

 

لَقَدْ جِئْنَـٰكُم بِٱلْحَقِّ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَكُمْ لِلْحَقِّ كَـٰرِهُونَ

 

(Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".

 

Pengajaran

 

  1. Ini peringatan daripada malaikat penjaga neraka tentang apa yang berlaku di dunia.
  2. Malaikat memberi peringatan bahawa mereka telah menyampaikan kebenaran melalui Rasul, akan tetapi kebanyakan orang berdosa telah menentangnya. Mereka tidak suka kepada kebenaran itu.
  3. Bila kita dapat baca Quran ini ia adalah kebenaran. Ia memang pedih bila ditegur dalam Quran, tetapi pedihnya itu lebih nyaman daripada azab neraka.
  4. Hendaklah kita pastikan pendapatan kita jelas bersih, tidak campur aduk dengan yang haram.
  5. Semoga kita tidak kabur dengan perhiasan dunia sehingga kabur berzikir kepada Allah SWT.

 

Ayat 43:79

 

أَمْ أَبْرَمُوٓا۟ أَمْرًا فَإِنَّا مُبْرِمُونَ

 

Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami), maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).

 

Pengajaran

 

  1. Mereka yang kafir itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan hendak membunuh Rasul.
  2. Allah SWT menggagalkan rancangan mereka.
  3. Kalau ada orang yang merancang keburukan, kita kena rancang kebaikan dengan kemas dan teliti.

 

Ayat 43:80

 

أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَىٰهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

 

Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.

 

Pengajaran

 

  1. Mereka menyangka bahawa Allah tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan di dalam hati dan apa yang mereka perkatakan dengan berbisik sesama sendiri.
  2. Utusan-utusan Allah iaitu malaikat yang menjaga manusia menulis segala yang mereka lakukan.

 

Ayat 43:81

 

قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلْعَـٰبِدِينَ

 

Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): "Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"

 

Pengajaran

 

  1. Allah menyuruh Nabi SAW katakan kepada orang musyrik: "Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"

 

Ayat 43:82

 

سُبْحَـٰنَ رَبِّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبِّ ٱلْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

 

Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.

 

Pengajaran

 

  1. Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi.
  2. Tuhan yang mempunyai Arasy, Maha Sucilah Ia dari apa yang mereka katakan itu.

 

Ayat 43:83

 

فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا۟ وَيَلْعَبُوا۟ حَتَّىٰ يُلَـٰقُوا۟ يَوْمَهُمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ

 

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT menyuruh Nabi SAW biarkan mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main dalam dunia mereka, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka untuk menerima balasan.
  2. Kita kena buat kerja mengingatkan orang lain untuk kembali kepada Allah SWT. Kalau mereka benci sehingga merancang untuk menentang kita, tinggalkan mereka.
  3. Bila ada mesej 'Qul - katakanlah', kita kena sampaikan kerana ini adalah untuk menjejak kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW.

 

Ayat 43:84

 

وَهُوَ ٱلَّذِى فِى ٱلسَّمَآءِ إِلَـٰهٌ وَفِى ٱلْأَرْضِ إِلَـٰهٌ ۚ وَهُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْعَلِيمُ

 

Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT mengingatkan bahawa Dia jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi.
  2. Allah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
  3. Berhala, Jesus semuanya bukanlah Ilah. Tidak layak disembah. Ini adalah penekanan tentang ketauhidan.

 

Ayat 43:85

 

وَتَبَارَكَ ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَعِندَهُۥ عِلْمُ ٱلسَّاعَةِ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

 

Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.

 

Pengajaran

 

  1. Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.
  2. Dia lah jua yang mengetahui tentang masa datangnya hari kiamat; dan kepadaNyalah kita semua akan dikembalikan.
  3. Harta boleh jadi berhala sehingga orang itu tidak takut pada hari kiamat, tidak kisah barakah dalam hidup. Mereka sapu sahaja apa yang ada dalam kehidupan.
  4. Hendaklah kita pastikan harta kita bersih dengan bayar zakat. Yang kotor perlu diserahkan kepada Baitulmal dan berhenti daripada perkara yang haram.

 

Ayat 43:86

 

وَلَا يَمْلِكُ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ ٱلشَّفَـٰعَةَ إِلَّا مَن شَهِدَ بِٱلْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

 

Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

 

Pengajaran

 

  1. Segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan.
  2. Nabi Muhammad SAW dapat memberi syafaat hanya dengan izin daripada Allah SWT.
  3. Syafaat maksudnya memberi perlindungan, boleh membantu bila sampai di akhirat.
  4. Kita harap bila sampai di akhirat ramai dapat membantu kita, tetapi semuanya akan mendakwa kita termasuk kulit kita kalau kita buat tidak baik.

 

Ayat 43:87

 

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ ۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

 

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

 

Pengajaran

 

  1. Orang kafir percaya Allah yang menciptakan mereka, tetapi mereka dipesongkan daripada menyembah Allah kerana terpedaya dengan perhiasan dunia.
  2. Ilmu mereka tidak betul.
  3. Hendaklah kita pastikan mempunyai ilmu yang benar agar tidak terpedaya dengan perhiasan dunia.

 

Ayat 43:88

 

وَقِيلِهِۦ يَـٰرَبِّ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ قَوْمٌ لَّا يُؤْمِنُونَ

 

Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"

 

Pengajaran

 

  1. Perjuangan Nabi SAW sangat perit. Baginda tetap terus sampaikan kebenaran walaupun ditentang. Di akhirat baginda merayu kepada Allah SWT untuk mengadili orang kafir kerana mereka tidak mahu beriman.
  2. Allah SWT ajarkan, kalau mereka melawan, tinggalkan.

 

Ayat 43:89

 

فَٱصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَـٰمٌ ۚ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

 

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! "

 

Pengajaran

 

  1. Nabi SAW diajar untuk terus bersikap aman dan katakan kepada mereka "Selamat tinggal"
  2. Hendaklah kita buat apa yang mampu dan move on agar semua orang dapat peringatan dan akhirnya diizinkan ke syurga Allah SWT.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


  1. Cintakan dunia itu menghalang seseorang untuk menerima kebenaran, utamakanlah akhirat (78)
  2. Anjuran untuk berlemah lembut dalam bicara agar pesan yang disampaikan dapat diterima (81)
  3. Memaafkan saat disakiti dan serahkan urusan kepada Allah SWT (88)

 

Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya utamakan akhirat, jauhkan daripada cinta dunia.

 

Saya jelas bahawa cintakan dunia itu menghalang seseorang untuk menerima kebenaran, utamakanlah akhirat. Saya jelas untuk berlemah lembut dalam bicara agar pesan yang disampaikan dapat diterima. Saya jelas untuk memaafkan saat disakiti dan serahkan urusan kepada Allah SWT.

 

Ya Allah, bimbing kami untuk utamakan akhirat dan jauhkan kami daripada cintakan dunia. Ya Allah, bimbing kami untuk berlemah lembut dalam bicara agar pesan yang disampaikan dapat diterima. Ya Allah, jadikan kami orang yang memaafkan saat disakiti dan serahkan urusan kepada Allah SWT.Ya llah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib

 










Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...