Saturday, October 28, 2023

Halaman 496 Al-Dukhan (44:1-18)

       PERKATAAN HARI  INI

    دَخَنَMengasapi, asap/kabut. 
      2 kali disebut di dalam al-Quran

SINOPSIS  

  1. Penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar yang diberkati dan sifat-sifat zat yang menurunkannya (1-9)
  2. Ancaman seksa bagi orang Musyrik tentang hari di mana langit akan membawa asap tebal (10-16)
  3. Pelajaran daripada kisah kaum Firaun dan Nabi Musa (17-18)



Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 496 Surah Al-Dukhan.

 

Masih dalam kategori surah ha wa mim. Surah ini akan membawa kepada kita tentang Ramadan agar jangan hilang segala kebaikan yang lepas.

 

Ayat 44:1

 

حمٓ

 

Haa, Miim.

 

Pengajaran

 

1.     Setiap kali bertemu dengan 'Ha' 'Mim' kita perlu rasa rendah diri kepada Allah.

2.     Kita tidak tahu maksudnya. Kita akan mendapat hikmah.

 

Ayat 44:2

 

وَٱلْكِتَـٰبِ ٱلْمُبِينِ

 

Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.

 

Pengajaran

 

  1. Al-Quran adalah kitab peraturan yang amat jelas.
  2. Allah bersumpah dalam ayat ini untuk membawa satu perkara yang besar.

Ayat 44:3

 

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَـٰرَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ

 

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

 

Pengajaran

 

  1. Allah menurunkan al-Quran pada malam yang berkat (Lailatul Qadar).
  2. Al-Quran adalah untuk memberi peringatan, ancaman di dunia agar kita tidak ditimpa azab.

 

Ayat 44:4

 

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

 

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

 

Pengajaran

 

  1. Pada malam Lailatul Qadar dijelaskan tiap-tiap perkara dengan penuh hikmah.
  2. Itu adalah malam penentuan bajet rezeki, nyawa, ketentuan baik atau tidak baik. Semuanya diberikan dengan penuh bijaksana.
  3. Kita mengejar Lailatul Qadar supaya pada tahun seterusnya bermula yang indah-indah dan baik-baik untuk kita.

 

Ayat 44:5

 

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآ ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

 

Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.

 

Pengajaran

 

  1. Semuanya adalah perintah dari sisi Allah.
  2. Allah lah mengutuskan rasul-rasul yang berperanan membawa risalah daripada Allah SWT.
  3. Tiga perkara yang perlu kita syukuri: Al-Quran, Lailatul Qadar dan Rasul.

 

Ayat 44:6

 

رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

 

(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).

 

Pengajaran

 

  1. Ini adalah satu kasih sayang daripada Allah SWT kepada manusia.
  2. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui akan segala keadaan hamba-hambaNya.
  3. Ayat ini diturunkan kepada Nabi SAW di Mekah apabila kaum musyrik mempermain-mainkan Nabi SAW.
  4. Nabi SAW tertekan, ayat ini sebagai pujukan kepada Nabi SAW. Ia juga menjadi pujukan kepada kita apabila ada orang yang kita ajak kepada kebaikan buat tidak kisah atau menentang.

 

Ayat 44:7

 

رَبِّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآ ۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

 

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT hendak menekankan kepentingan beriman dan yakin kepada tauhid yang benar-benar kepada Allah SWT.
  2. Allah SWT ulang-ulang tentang penciptaan langit dan bumi untuk menunjukkan kehebatanNya. Ini kerana ada manusia yang merasakan Allah tidak hebat, atau dia merendahkan kehebatan Allah SWT yang memberikan rahmah.
  3. Rahmah yang paling besar ialah diturunkan al-Quran.
  4. Kita mestilah letak Allah dalam perspektif yang betul. Minta supaya Allah pimpin kita dan mudahkan urusan kita.

 

Ayat 44:8

 

لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ ۖ رَبُّكُمْ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ

 

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ingatkan kita bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.
  2. ‘llah’ maksudnya: contoh seperti al-Marhub iaitu menjadi punca kepada takut dan kegembiraan.
  3. Allah lah yang menghidupkan dan mematikan.

 

Ayat 44:9

 

بَلْ هُمْ فِى شَكٍّ يَلْعَبُونَ

 

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.

 

Pengajaran

 

  1. Ini peringatan kepada musyrik Mekah kerana mereka kondem Nabi SAW. Mereka tidak fokus kepada al-Quran yang dibawa oleh Nabi SAW.
  2. Janganlah kita main-main dengan al-Quran.
  3. Orang yang main-main dengan al-Quran ada masalah pada hatinya. Itu tanda dalam hatinya ada syak. Ini amat bahaya kerana ia boleh membawa kita jauh daripada kebenaran.
  4. Al-Quran dapat menghilangkan asap dan kabut dalam hati kita.
  5. Kalau tidak ada orang beriman yang berteraskan al-Quran, maka dukhan akhir zaman akan sampai.
  6. Semoga kita terhindar daripada dukhan di atas dunia ini.

 

Ayat 44:10

 

فَٱرْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِى ٱلسَّمَآءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ

 

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

 

Pengajaran

 

  1. Mengikut ahli tafsir, Dukhan adalah tanda hendak kiamat.
  2. Pada ayat ini, Dukhan ialah satu azab yang didoakan oleh Nabi SAW kepada mereka yang menentang kepada kebenaran dan menzalimi kepada orang-orang beriman sehingga berlaku kemarau di Mekah pada masa itu.

 

Ayat 44:11

 

يَغْشَى ٱلنَّاسَ ۖ هَـٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".

 

Pengajaran

 

  1. Dukhan menimpa seluruh manusia yang kafir sehingga mereka merasakan ia sebagai azab yang pedih.

 

Ayat 44:12

 

رَّبَّنَا ٱكْشِفْ عَنَّا ٱلْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ

 

(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".

 

Pengajaran

 

  1. Ketika mereka susah, mereka meminta kepada Nabi SAW berdoa untuk dihapuskan azab itu daripada mereka dan berjanji mereka akan beriman.
  2. Ini sama seperti kaum firaun yang meminta Nabi Musa AS berdoa untuk dihapuskan azab katak, belalang dan lain-lain tetapi mereka mendustakan janji untuk beriman.
  3. Ulamak tafsir mengatakan ini menunjukkan mulianya iman. Iman ini adalah untuk mengelakkan azab.
  4. Hidup kita ada ujian tetapi dapat dihadapi dengan baik sekiranya ada iman. Bila hadapi ujian berdoalah kepada Allah SWT kerana yang menguasai sebenar-benarnya ialah Allah SWT.
  5. Selagi ada orang-orang yang baca al-Quran, buat baik, inilah yang menyebabkan azab terhindar dalam negara kita.

 

Ayat 44:13

 

أَنَّىٰ لَهُمُ ٱلذِّكْرَىٰ وَقَدْ جَآءَهُمْ رَسُولٌ مُّبِينٌ

 

Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

 

Pengajaran

 

  1. Dalam surah ini, al-Quran dikaitkan dengan ‘zikra’ iaitu sesuatu yang kita sudah tahu dan diingatkan kembali.
  2. Kita mengaku 'bala syahidna'. Tetapi kalau tidak baca al-Quran, tidak diingatkan, kita terlupa.

Ayat 44:14

 

ثُمَّ تَوَلَّوْا۟ عَنْهُ وَقَالُوا۟ مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ

 

Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"

 

Pengajaran

 

  1. Walaupun mesej sudah diterima tetapi mereka berpaling. Mereka kutuk Nabi SAW dengan mengatakan Nabi SAW diajar oleh bangsa asing dan baginda gila.
  2. Nabi SAW tetap tenang dan terus sampaikan mesej terbaik.

 

Ayat 44:15

 

إِنَّا كَاشِفُوا۟ ٱلْعَذَابِ قَلِيلًا ۚ إِنَّكُمْ عَآئِدُونَ

 

Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT hapuskan sedikit azab itu, namun mereka akan kembali kufur.
  2. Peringatan: Kita sudah diuji dengan COVID, Allah sudah angkat kembali, maka janganlah kita buat balik perangai lama yang dibenci Allah SWT.

 

Ayat 44:16

 

يَوْمَ نَبْطِشُ ٱلْبَطْشَةَ ٱلْكُبْرَىٰٓ إِنَّا مُنتَقِمُونَ

 

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ingatkan kalau kita ulangi keingkaran, buat perangai lama, Allah akan binasakan kita.
  2. Jangan sampai kita tidak bersyukur kepada Allah SWT dalam kehidupan kita.

 

Ayat 44:17

 

وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَآءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ

 

Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT bawakan kisah firaun dan Nabi Musa AS untuk kita ambil pelajaran. Jangan sampai kita tidak menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

 

Ayat 44:18

 

أَنْ أَدُّوٓا۟ إِلَىَّ عِبَادَ ٱللَّهِ ۖ إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

 

(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.

 

Pengajaran

 

  1. Nabi Musa AS adalah seorang rasul yang amanah, diutuskan kepada firaun bagi memperingatkannya supaya menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


  1. Lazimi membaca al-Quran kerana padanya ada keberkatan dan kemuliaan (3)
  2. Ancaman azab merupakan peringatan besar untuk umat Islam tetap beriman (10)
  3. Pentingnya pelajaran daripada kisah lalu untuk tidak ulangi kesilapan dan lihat akibatnya (17)

 

Saya berasa lega, dengan baca al-Quran saya akan dapat keberkatan dan kemuliaan.

 

Saya jelas saya mesti lazimi membaca al-Quran kerana padanya ada keberkatan dan kemuliaan. Saya jelas bahawa ancaman azab merupakan peringatan besar untuk umat Islam tetap beriman. Saya jelas tentang pentingnya pelajaran daripada kisah lalu untuk tidak ulangi kesilapan dan lihat akibatnya.

 

Ya Allah, bimbing kami untuk lazimi membaca al-Quran kerana padanya ada keberkatan dan kemuliaan. Ya Allah, bimbing kami supaya ambil peringatan daripada ancaman azab agar kami tetap beriman. Ya Allah, bimbing kami supaya ambil pelajaran daripada kisah lalu agar kami tidak ulangi kesilapan dan lihat akibatnya.

 

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...