|
PERKATAAN HARI INI غَلَى Mendidih. 2 kali disebut di dalam al-Quran
|
|
Mukadimah Alhamdulillah, kita
dapat meneruskan pengajian pada halaman 498 Surah
Al-Dukhan. Ayat
44:40 إِنَّ يَوْمَ ٱلْفَصْلِ مِيقَـٰتُهُمْ أَجْمَعِينَ Sesungguhnya hari pemutusan hukum
untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun Pengajaran 1. Allah SWT jadikan
langit dan bumi ada tujuan. Allah jadikan kita yang kecil ini sudah pasti ada
tujuan juga. Allah SWT tundukkan langit dan bumi untuk kita menjalani
kehidupan ini. 2. Kita ada satu
lagi dunia yang kita akan dihadapi iaitu hari penentuan untuk memberi balasan.
Kita mesti bersedia supaya lebih dekat kepada syurga. Ayat
44:41 يَوْمَ لَا يُغْنِى مَوْلًى عَن مَّوْلًى شَيْـًٔا وَلَا هُمْ
يُنصَرُونَ Iaitu hari seseorang kerabat atau
sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang
kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan
pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), Pengajaran
Ayat
44:42 إِلَّا
مَن رَّحِمَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ Kecuali orang yang telah diberi
rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani. Pengajaran 1. Kecuali orang
yang telah diberi rahmat oleh Allah. 2. Sesungguhnya
Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Ayat
44:43 إِنَّ شَجَرَتَ ٱلزَّقُّومِ (Ingatlah), sesungguhnya pokok
Zaqqum, Ayat
44:44 طَعَامُ ٱلْأَثِيمِ (Buahnya)
menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). Pengajaran
Ayat 43-44 1. Allah ingatkan
sesungguhnya pokok Zaqqum menjadi makanan bagi orang yang berdosa dalam
neraka. 2. Mereka jadi
begitu kerana makan yang tidak halal termasuk rasuah dan tipu dalam
perniagaan. 3. Allah memberi
peringatan supaya kita tidak menjadi orang yang diazab. Ayat
44:45 كَٱلْمُهْلِ يَغْلِى فِى ٱلْبُطُونِ (Makanan ini pula panas) seperti
tembaga cair, mendidih dalam perut, Ayat
44:46 كَغَلْىِ ٱلْحَمِيمِ Seperti mendidihnya air yang
meluap-luap panasnya. Ayat
44:47 خُذُوهُ فَٱعْتِلُوهُ إِلَىٰ
سَوَآءِ ٱلْجَحِيمِ (Lalu diperintahkan kepada malaikat
penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah
neraka. Ayat
44:48 ثُمَّ صُبُّوا۟ فَوْقَ رَأْسِهِۦ
مِنْ عَذَابِ ٱلْحَمِيمِ "Kemudian curahkanlah di atas
kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak". Pengajaran
Ayat 45-48
Ayat
44:49 ذُقْ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْكَرِيمُ (Serta dikatakan kepadanya secara
mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang
berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)" Ayat
44:50 إِنَّ هَـٰذَا مَا كُنتُم بِهِۦ
تَمْتَرُونَ (Kemudian dikatakan kepada ahli
neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu
ragu-ragu terhadapnya!" Pengajaran
Ayat 49-50
Ayat
44:51 إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى مَقَامٍ
أَمِينٍ Sesungguhnya orang-orang yang
bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Pengajaran
Ayat
44:52 فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ Ia itu di dalam beberapa taman
Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, Pengajaran
Ayat
44:53 يَلْبَسُونَ مِن سُندُسٍ
وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ Mereka memakai pakaian dari kain
sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di
tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin
masing-masing). Pengajaran
Ayat
44:54 كَذَٰلِكَ
وَزَوَّجْنَـٰهُم
بِحُورٍ عِينٍ Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan
kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik
matanya. Pengajaran
Ayat
44:55 يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَـٰكِهَةٍ
ءَامِنِينَ Mereka meminta - di dalam Syurga itu
- tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman
sentosa. Ayat
44:56 لَا
يَذُوقُونَ فِيهَا ٱلْمَوْتَ إِلَّا ٱلْمَوْتَةَ ٱلْأُولَىٰ ۖ وَوَقَىٰهُمْ عَذَابَ ٱلْجَحِيمِ Mereka tidak merasai kematian dalam
Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan
Allah selamatkan mereka dari azab neraka; Pengajaran
Ayat 55-56
Ayat
44:57 فَضْلًا مِّن رَّبِّكَ ۚ ذَٰلِكَ
هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ (Mereka diberikan semuanya itu)
sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah
kemenangan yang besar. Pengajaran
Ayat
44:58 فَإِنَّمَا يَسَّرْنَـٰهُ
بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ Maka sesungguhnya tujuan Kami
memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka
(yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). Pengajaran
Ayat
44:59 فَٱرْتَقِبْ إِنَّهُم مُّرْتَقِبُونَ (Kiranya mereka tidak berbuat
demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya
mereka juga menunggu (akan kesudahanmu). Pengajaran
RESOLUSI Ingat!
Saya berasa lega,
Allah SWT berikan motivasi dengan gambaran syurga untuk saya tingkatkan amal
soleh. Saya jelas
saya mesti bersedia dengan bekalan untuk hadapi hari Kiamat. Saya jelas saya
mesti jauhi dosa syirik dan maksiat yang menjurus diri kepada azab api neraka.
Saya jelas untuk dapatkan suntikan ayat motivasi bagi meningkatkan iman dan
sabar dengan kepayahan di dunia. Ya Allah,
pimpin kami agar bersedia dengan bekalan untuk hadapi hari Kiamat. Ya Allah,
jauhkan kami daripada dosa syirik dan maksiat yang menjurus diri kepada azab
api neraka. Ya Allah, tingkatkan iman kami dan jadikan kami orang yang
bersabar dengan kepayahan di dunia. Ya
Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ya Allah,
ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami
ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib. |