Wednesday, October 4, 2023

Sinopsis Juzuk 22

 



Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) Ayat 31-73 (sambungan)

Kod etika isteri nabi (31-44)
Peringatan Allah kepada Nabi (45-49)
Syarat nabi mengahwini perempuan (50-54)
Isteri Nabi boleh bertemu dengan beberapa orang (55-62)
Kiamat tetap akan berlaku (63-73)


Surah Saba’ (Kaum Saba’) Ayat 1-54 

Saba’ (disebut dalam ayat 15) adalah negeri yang diberi rezeki kemakmuran, namun kembali syirik (selepas era Nabi Sulaiman a.s. dan Kerajaan Saba'), lalu Allah SWT musnahkan mereka. Kemusnahan kaum Saba' ialah bukti kemampuan Allah SWT memusnahkan alam ini semasa kiamat dan mengadakan dunia yang lain semula (akhirat).

Dimulai dengan Allah memperakukan bahawa segala puji-pujian hanya tertentu kepada Tuhan yang memiliki apa sahaja yang terdapat di langit dan di bumi. Dia sahaja yang berhak diberi pujian. Diakhiri dengan pernyataan, di hari kiamat nanti, sebaik saja mereka yang tidak beriman ternampak azab di depannya, barulah mereka mahu beriman. Tetapi, harapannya terhalang kerana di dunia dulu mereka menafikannya. 

Tema: Serah budaya kepada Allah

Puji-pujian hanya untuk Allah (1-2)
Reaksi orang kafir (3-9)
Allah memberikan kelebihan ke atas Nabi Daud (10-14)
Gunung dan burung sentiasa bertasbih bersamanya.
Kuasa boleh melembutkan besi.
Anaknya Nabi Sulaiman diberi kuasa mengarahkan angin dan jin,  melembutkan tembaga.
Cerita negeri Saba' (15-21)
Terdapat dua kebun buah-buahan yang subur, tetapi mereka tidak bersyukur.
Lalu Allah binasakan mereka dengan banjir yang memusnahkan kebun.
Nabi menyedarkan mereka (22-30)
Perbalahan orang kafir sesama sendiri (31-39)
Keadaan mereka di akhirat (40-50)
Muka orang kafir pada hari kiamat – hitam, menahan malu dan sedih kerana azab semakin hampir (51-54)
Surah Fatir (Pencipta) Ayat 1-45 

Nama surah ini disebut dalam ayat 1 iaitu mengenai ciptaan Tuhan yang sangat kreatif (tidak pernah sama dengan apa yang pernah diciptakan sebelumnya) dan ini merupakan rahmat Allah SWT untuk menunjukkan kewujudan-Nya. 

Dimulai dengan Allah memperakukan bahawa segala puji-pujian tertentu kepada Allah yang mencipta langit dan bumi. Menjadikan malaikat itu bersayap: ada dua, ada tiga malah ada empat. Di akhiri dengan perakuan, jika Allah menghukum perbuatan manusia sebaik saja ia berlaku, nescaya akan hapuslah makhluk dari jenis manusia di muka bumi. Tapi, sengaja dibiarkan hidup sehingga ajalnya sampai. Namun kita tidak akan terlepas darinya kerana Allah melihat apa saja yang hambanya buat.

Tema: Serah diri adalah jalan keagungan

Malaikat wakil Allah menjaga alam (1-2)
Allah ingatkan manusia (3-8) – bersyukur, jangan tolak ajaran Nabi SAW, manusia akan diberi balasan yang adil
Kerana itu, renungkanlah (9-17) – angin, hujan, kejadian diri kita, dua laut yang masin dan tawar, kapal, malam dan siang.
Bandingan dosa dengan pahala (18-26) 
Renungkanlah kejadian alam – hujan, tumbuhan, gunung beranika warna, binatang ternakan (27-31) 
3 sikap manusia terhadap al-Quran (32-37) : 1) Menolak  kafir, 2) Menerima tapi tidak beramal sepenuhnya  munafik, 3) Berlumba-lumba mengamalkan suruhannya  beriman
Sifat Allah Pencipta (38-43) 
Ambil iktibar daripada kejadian yang lalu (44-45)


Surah Yasin (Ya, Sin) Ayat 1-21 

Dinamakan dengan Surah Yasin kerana Allah memulai surah ini dengan nama huruf Yaa dan Siin. Menegaskan keagungan dan kemukjizatan al-Quran yang boleh menghidupkan hati yang mati sebagaimana Allah SWT menghidupkan tanah yang mati.

Dimulai denga bukti bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah yang membawa manusia ke jalan lurus terus ke syurga. Diakhiri dengan memperakukan, Maha Suci Allah yang memiliki semua yang ada di alam Ini. Itulah Tuhan yang akan kita temui di akhirat nanti.

Tema: Serah diri ketika berdakwah

Al-Quran diturunkan memberi amaran (1-12)
Contoh penolakan ke atas Kerasulan Nabi (13-19)
Nasihat seorang penduduk (20-21)

Wallahua’lam

Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin
2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...