Saturday, October 28, 2023

Halaman 501 Al-Jathiyah (45:23-32)


PERKATAAN HARI INI


جَثَا/ جَثَوَ Berlutut, membongkok. 

3 kali disebut di dalam al-Quran



SINOPSIS  

 

  1. Kesesatan orang kafir yang tunduk kepada hawa nafsu (23)
  2. Kaum ateis, pengingkaran hari kebangkitan dan pelbagai kengerian hari kiamat (24-29)
  3. Mengenai orang Mukmin yang patuh dan orang Kafir yang derhaka (30-32)



Mukadimah

 

Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada halaman 501 Surah Al-Jathiyah. Semoga kita dapat mengambil permata al-Quran sampai ke halaman terakhir.

 

Ayat 45:23

 

أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

 

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

 

Pengajaran

 

  1.  Ada manusia yang menyembah berhala daripada batu. Ada yang mengikut hawa nafsu berbanding dengan Allah SWT. Contoh: Mesyuarat sampai tertinggal solat, itu tandanya dia mengutamakan hawa nafsu berbanding dengan perintah Allah SWT, iaitu dia mengambil hawa nafsu sebagai Ilah dalam kehidupan.
  2. Keutamaan yang silap membawa seseorang itu mengutamakan hawa nafsu. Allah SWT tahu siapa yang benar-benar mendapat hidayah. Allah SWT akan kunci pendengaran dan hatinya. Ubat penyakit ini ialah tadabbur al-Quran.
  3. Orang yang tidak kisah melihat kesusahan orang lain, itu petanda pendengaran dan hatinya sudah dikunci oleh Allah SWT kerana mengikut hawa nafsu.
  4. Tiada siapa dapat memberi hidayah selain Allah SWT, maka hendaklah kita patuh kepada peraturan Allah SWT. Peringatan-peringatan ini adalah tanda Allah SWT sayang kepada kita.

 

Ayat 45:24

 

وَقَالُوا۟ مَا هِىَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

 

Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

 

Pengajaran

 

  1. Orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat berkata bahawa tiada lagi hidup yang lain selain daripada hidup di dunia.
  2. Mereka tidak tahu bahawa kehidupan dan kematian itu disusun oleh Allah SWT untuk kita buat persediaan. Maka kita kena merancang dengan ilmu.
  3. Mereka tidak ada ilmu tentang hidup dan mati yang sebenarnya. Jangan kita terpengaruh dengan kumpulan ini.
  4. Kita perlu bertanggungjawab dengan amanah yang dipikul selama ini.

 

Ayat 45:25

 

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتُنَا بَيِّنَـٰتٍ مَّا كَانَ حُجَّتَهُمْ إِلَّآ أَن قَالُوا۟ ٱئْتُوا۟ بِـَٔابَآئِنَآ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ

 

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: "Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!"

 

Pengajaran

 

  1. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah SWT yang jelas nyata mengenai soal hidup semula sesudah mati, tidaklah ada hujah mereka untuk menolak kebenarannya.
  2. Mereka mencabar supaya dihidupkan datuk nenek mereka yang telah mati. Mereka mati hujah. Al-Quran penuh dengan hujah kebenaran.
  3. Pada suatu masa nanti kita semua akan pergi ke suatu negeri yang dinamakan hari akhirat.
  4. Menurut Imam Biqa'i, salah satu kemuliaan bagi umat ini ialah Allah SWT tidak jawab cabaran mereka. Kalau Allah SWT jawab mereka semua akan hancur.

 

Ayat 45:26

 

قُلِ ٱللَّهُ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يَجْمَعُكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ajarkan kepada Nabi SAW dan kepada kita supaya menjawab bahawa Allah yang menghidupkan mereka, kemudian Allah akan mematikan, setelah itu Allah akan menghimpunkan mereka dalam keadaan hidup semula pada hari kiamat.
  2.  Allah SWT ingatkan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
  3. Kebanyakan manusia belajar macam-macam tetapi tidak belajar ilmu tentang akhirat yang akan memberi kesan dalam kehidupan ini.
  4. Hendaklah kita letakkan Tuhan paling atas dalam urusan kehidupan ini. Utamakan apa yang diseru oleh Allah SWT.

 

Ayat 45:27

 

وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ ٱلْمُبْطِلُونَ

 

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.

 

Pengajaran

 

  1. Bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi.
  2. Ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
  3. Pelajaran: Kalau ada orang mencabar perkara yang tidak sesuai jangan kita jawab dengan cara marah-marah. Tidak perlu layan cabaran orang-orang yang tidak berilmu kerana ia boleh membawa kepada banyak lagi kerosakan yang akan berlaku.

 

Ayat 45:28

 

وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً ۚ كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَىٰٓ إِلَىٰ كِتَـٰبِهَا ٱلْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT ingatkan bahawa pada hari kiamat tiap-tiap umat berlutut dalam keadaan cemas untuk menunggu panggilan.
  2. Tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya.
  3. Pada hari ini kita akan dibalas menurut apa yang telah dilakukan semasa di dunia.

 

Ayat 45:29

 

هَـٰذَا كِتَـٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

"Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"

 

Pengajaran

 

  1. Pada waktu itu, apa yang kita buat di dunia akan ditayangkan dengan benar. Database malaikat amat luas. Ia amat mudah bagi Allah SWT. Ia amat mengerikan sebab semua orang boleh lihat apa yang kita buat sepanjang hidup di dunia.
  2. Semoga buku catatan kita tercatat perkara-perkara baik yang kita lakukan dan kesilapan-kesilapan kita dipadam daripada catatan.

 

Ayat 45:30

 

فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِى رَحْمَتِهِۦ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْمُبِينُ

 

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

 

Pengajaran

 

  1. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang amat jelas.
  2.  Allah SWT boleh padam keburukan yang kita lakukan dengan kita memohon ampun dan maaf daripada Allah SWT.
  3. Semoga Allah SWT masukkan kita ke dalam rahmat-Nya dan kita dapat kemenangan yang besar.

 

Ayat 45:31

 

وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَفَلَمْ تَكُنْ ءَايَـٰتِى تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَٱسْتَكْبَرْتُمْ وَكُنتُمْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

 

Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?

 

Pengajaran

 

  1. Adapun orang-orang yang kafir, mereka akan ditempelak kerana kesombongan mereka semasa di dunia. Mereka tidak suka diingatkan.
  2. Mereka kekal berada dalam kaum yang berdosa.

 

Ayat 45:32

 

وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُم مَّا نَدْرِى مَا ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنًّا وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ

 

"Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ', kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya '."

 

Pengajaran

 

  1. Allah SWT menemplak kepada orang-orang musyrik dan munafik, bahawa janji Allah SWT adalah benar, hari kiamat tidak ada keraguan tentang kedatangannya.
  2. Mereka pula mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui tentang hari kiamat dan mereka tidak yakin tentangnya. Itulah yang menyebabkan mereka terus buat dosa.

 

RESOLUSI

 

Ingat!


  1. Didik diri agar tidak tunduk kepada hawa nafsu (23)
  2. Pasak keyakinan bahawa urusan hidup dan mati ketentuan Allah SWT (26)
  3. Jaga amal perbuatan kerana semuanya dicatat dan akan dihisab (29-30)

 

Saya berasa lega, Allah SWT ingatkan supaya didik diri agar tidak tunduk kepada hawa nafsu.

 

Saya jelas saya mesti didik diri agar tidak tunduk kepada hawa nafsu. Saya jelas saya mesti pasak keyakinan bahawa urusan hidup dan mati ketentuan Allah SWT. Saya jelas saya mesti jaga amal perbuatan kerana semuanya dicatat dan akan dihisab.

 

Ya Allah, bantu kami untuk didik diri agar tidak tunduk kepada hawa nafsu. Ya Allah, bimbing kami untuk pasak keyakinan bahawa urusan hidup dan mati ketentuan Mu. Ya Allah, bantu kami jaga amal perbuatan kerana kami sedar semuanya dicatat dan akan dihisab.

 

Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ya Allah, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, kurniakan kami ganjaran Syurga Firdaus. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.


Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...