Saturday, November 4, 2023

Halaman 549 Surah Al-Mumtanah (60:1-5)

 PERKATAAN HARI

   ثَقِفَ  Menemui, menguasai, cerdik. 6 kali disebut di dalam al-Quran

SINOPSIS    

  1. Larangan ber-Muwaalaah dengan kaum kafir (mengambil orang kafir menjadi pemimpin) (60:1-3)
  2. Meneladani Nabi Ibrahim AS dan orang yang beriman bersamanya (60: 4-5)

Mukadimah


Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada Surah Al-Mumtanah halaman 549. 

Ayat 60:1


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ عَدُوِّى وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَآءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا۟ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلْحَقِّ يُخْرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَـٰدًا فِى سَبِيلِى وَٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِى ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعْلَمُ بِمَآ أَخْفَيْتُمْ وَمَآ أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

Pengajaran


  1. Ayat ini berkait dengan seorang sahabat yang bernama Hatib ibni abi al-Bata'ah. Dia berhijrah. bersama Nabi SAW. Dia juga bertempur di Badar. Seorang yang mulia sebagai ahli Badar.
  2. Hatib mengirimkan satu surat kepada orang musyrikin Mekah bersama seorang wanita. Surat itu memberitahu misi Rasulullah SAW untuk pergi ke Mekah. Allah memberitahu kepada Nabi bahawa surat itu dalam perjalanan. Nabi hantar wakil untuk mengejar wanita itu. Sampai di satu. kebun mereka meminta surat berkenaan. 
  3. Perempuan itu enggan tetapi akhirnya dia bagi surat itu kepda dua sahabat itu. Hatib menerangkan bahawa dia dari kabilah yang kecil yang tiada perlindungan untuk keluarganya. Dia harap surat itu dapat membina hubungan supaya musyrik mekah beri perlindungan kepada keluarganya di Mekah.
  4. Dia buat kerana memikirkan ahli keluarganya. Omar hendak pancong lehernya tapi Nabi larang kerana dia ahli Badar. Penting untuk rujuk sebab nuzul.
  5. Allah melarang buat connection dengan musuh. Kerana mereka kufur dan memerangi orang Islam dan rasulullah kerana mereka beriman. Jangan ambil mereka sebagai teman setia.
  6. Allah ingatkan Dia tahu apa yang dilakukan walaupun secara senyap. Kita lupa Allah lihat apa yang kita kerjakan. 


Ayat 60:2

  
إِن يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا۟ لَكُمْ أَعْدَآءً وَيَبْسُطُوٓا۟ إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُم بِٱلسُّوٓءِ وَوَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

Pengajaran 


  1. Kita tidak boleh berkasih sayang dengan musuh kerana musuh akan menzahirkan permusuhan mereka dan mereka akan membunuh dan mencerca.
  2. Mereka suka kalau orang islam menjadi kafir. Benda paling berharaga adalah agama. Biar hilang nyawa jangan hilang agama.
  3. Musuh Islam mereka akan buat apa sahaja sehingga meningalkan islam.

Ayat 60:3


لَن تَنفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَآ أَوْلَـٰدُكُمْ ۚ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ يَفْصِلُ بَيْنَكُمْ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.

Pengajaran


  1. Hubungan kekeluargaan yang tidak didasari keimanan tidak akan berguna di hari akhirat. Sebagai orang beriman, kita boleh berdoa untuk ibu bapa yang meninggal kalau ibu bapa beriman.
  2. Syarat syafaat: izin Allah dan Allah redha.

Ayat 60:4


قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِىٓ إِبْرَٰهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ إِذْ قَالُوا۟ لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءَٰٓؤُا۟ مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةُ وَٱلْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَحْدَهُۥٓ إِلَّا قَوْلَ إِبْرَٰهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَآ أَمْلِكُ لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن شَىْءٍ ۖ رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Pengajaran


  1. Nabi Ibrahim adalah contoh yang baik. Ada batasan antara orang yang tidak beriman. Kita tidak boleh membantu orang lain dalam urusan syirik. Bila mereka beriman terlerai permusuhan. Ukhuwah terbina atas dasar iman.
  2. Nabi Ibrahim cuba memohon keampunan untuk ayahnya tetapi perbuatan itu dilarang oleh Allah SWT. Nabi Ibrahim berlepas diri.
  3. Doa Nabi Ibrahim: "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
  4. Kerana kurangnya tawakal kepda Allah, ibni balt'ah minta tolong kepada musyrik.

Ayat 60:5


رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَٱغْفِرْ لَنَا رَبَّنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Pengajaran


  1. Doa: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
  2. Jangan tonjolkan kebaikan orang kafir.

RESOLUSI


  1. Tidak berpihak kepada musuh Islam dan melakukan khianat (60:1)
  2. Pelihara diri dan ahli keluarga agar selamat daripada seksaan api neraka (60:3)
  3. Contohi teladan dan ikuti legasi Nabi Ibrahim AS dengan mempelajari sirah Islam 60:(4)

Halaman 601 : Al 'Asr 103 : 1-3 & Al Humazah 104 : 1-9 & Al Fil 105 : 1-5

  Surah Al 'Asr PERKATAAN HARI INI   خَسِرَ   =   rugi Diulang  63 kali sahaja di dalam Al-Quran SINOPSIS    1.    Risalah kehidupan ata...