PERKATAAN HARI
حَلَّ / حَلَلَ Halal, boleh. 51 kali disebut di dalam al-Quran
SINOPSIS
- Penegasan untuk meneladani sifat Nabi Ibrahim AS dan orang beriman (6)
- Hubungan kaum Muslimin dengan bukan Muslim (7-9)
- Hukum tentang kaum wanita yang berhijrah dari wilayah kafir menuju wilayah Islam (10-11)
Mukadimah
Alhamdulillah, kita dapat meneruskan pengajian pada Surah Al-Mumtanah halaman 550.
Ayat 60:6
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ
Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Pengajaran
- Allah memerintahkan kita agar mengikut teladan Nabi Ibrahim AS. Menjadi kewajipan untuk kita mengikut teladan nabi-nabi terutama Nabi Muhammad SAW. Di akhirat seseorang itu akan digolongkan ikut mereka yang kita sayang.
- Kalau degil tidak mahu ikut, Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Tidak ada siapa boleh halang rahmat Allah dan tidak boleh halang kalau Allah hendak beri azab.
Ayat 60:7
عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ ٱلَّذِينَ عَادَيْتُم مِّنْهُم مَّوَدَّةً ۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٌ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Pengajaran
- Kalau kita sayang kepada keluarga atau kawan yang tidak beriman, maka hendaklah kita berusaha mejadikan mereka insaf dan memeluk Islam.
- Sahabat-sahabat semuanya taat kepada Nabi SAW. Namun mereka tetap ada kasih sayang kepada keluarga yang masih kafir.
- Dengan Islam, akan terlerai permusuhan. Semasa Fathul Mekah, ramai masuk Islam. Nabi SAW dan sahabat-sahabat sangat gembira kerana hubungan kasih sayang dengan keluarga di Mekah semakin erat.
Ayat 60:8
لَّا يَنْهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمْ يُقَـٰتِلُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَـٰرِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوٓا۟ إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Pengajaran
- Allah tidak melarang kita berbuat baik dengan orang kafir yang tidak menzalimi kita. Allah SWT mencintai orang-orang yang berbuat adil.
- Akhlak muslim sebenar, kita kena berbuat baik dan berlaku adil. Wajib kita melayan orang Islam atau bukan Islam selagi mereka tidak memusuhi atau menghina Islam.
- Islam tertegak dengan keadilan. Jangan kita menjadi fitnah kepada Islam sehingga orang lain lari dari Islam
Ayat 60:9
إِنَّمَا يَنْهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَـٰتَلُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَـٰرِكُمْ وَظَـٰهَرُوا۟ عَلَىٰٓ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Pengajaran
- Kita tidak boleh berbuat baik kepada golongan yang memusuhi Islam. Sesiapa yang menjadikan mereka sebagai teman rapat, mereka itu orang-orang yang zalim.
Ayat 60:10
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا جَآءَكُمُ ٱلْمُؤْمِنَـٰتُ مُهَـٰجِرَٰتٍ فَٱمْتَحِنُوهُنَّ ۖ ٱللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَـٰنِهِنَّ ۖ فَإِنْ عَلِمْتُمُوهُنَّ مُؤْمِنَـٰتٍ فَلَا تَرْجِعُوهُنَّ إِلَى ٱلْكُفَّارِ ۖ لَا هُنَّ حِلٌّ لَّهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّونَ لَهُنَّ ۖ وَءَاتُوهُم مَّآ أَنفَقُوا۟ ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ أَن تَنكِحُوهُنَّ إِذَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۚ وَلَا تُمْسِكُوا۟ بِعِصَمِ ٱلْكَوَافِرِ وَسْـَٔلُوا۟ مَآ أَنفَقْتُمْ وَلْيَسْـَٔلُوا۟ مَآ أَنفَقُوا۟ ۚ ذَٰلِكُمْ حُكْمُ ٱللَّهِ ۖ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Pengajaran
- Ayat ini menceritakan satu scenario yang berlaku semasa Nabi SAW selepas perjanjian Hudaibiyah. Kalau perempuan muslim berhijrah dari suami yang kafir, mereka tidak boleh dihantar balik ke Mekah. Hukum lelaki dan perempuan berbeza. Islam membela wanita.
- Uji keimanan mereka. Tanya soalan-soalan untuk uji keimanan mereka. Iman itu apa yang ada dalam hati dibuktikan dengan amalan.
- Perempuan mukminah tidak sesuai untuk orang tidak beriman. Nikah mereka terbatal. Nabi SAW perintahkan untuk kembalikan mas kahwin kepada suami mereka yang kafir. Kalau orang beriman hendak berkahwin dengan wanita tersebut, mereka mesti berikan mas kahwin.
Ayat 60:11
وَإِن فَاتَكُمْ شَىْءٌ مِّنْ أَزْوَٰجِكُمْ إِلَى ٱلْكُفَّارِ فَعَاقَبْتُمْ فَـَٔاتُوا۟ ٱلَّذِينَ ذَهَبَتْ أَزْوَٰجُهُم مِّثْلَ مَآ أَنفَقُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ
Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti maskahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.
Pengajaran
- Sahabat yang isterinya murtad, serta melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, dan tidak mendapat ganti rugi mas kahwin, Allah SWT benarkan mendapat harta rampasan sebagai ganti maskahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar.
- Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.
RESOLUSI
- Tanamkan rasa kasih sayang kepada sesama manusia (60:7)
- Berbuat baik tidak kira kepada siapa kecuali penghina agama Islam (60:8-9)
- Memastikan keislaman pasangan sebelum bernikah (60:10)